Persediaan Solid Food Hadif

5 comments

Masa lagi sebulan hadif nak masuk 6 bulan tu, aku agak excited nak bagi dia makan. Ikutkan nak je bagi dia makan awal, tapi aku rasa tak perlu sebab anak aku tu memang dah terlebih sihat.Siap masa 4 bulan dia dah cecah line obesiti. Bagi plak makan kang, lagi bertambah le beratnya. So, takde keperluan untuk bagi dia makan awal.

Apa yang aku prepare untuk dia? Apa yang aku beli?

Meh aku share. Aku just beli-

- Set mangkuk Pureen yang ada tutup dengan sudu siap. Jimat. Nak g travel pun hangkut je yang tu

- Bib plastik. Kalau kotor just lap. Tapi masa pregnant aku ada beli 2-3 bib yang jenis kain yang pada aku tak berapa praktikal pun sebab susah nak basuh-basuh

- Sippy cup Tommee Tippee. Aku beli sebab hadif dah reject botol susu sejak dia 4 bulan haritu. Silap aku sebab malas sangat nak pam bagi susu dalam botol. Sebab lagi senang bagi direct feed. Bagus gak ajar anak minum dalam cup awal-awal nanti senang nak wean off.

- High chair. Kerusi ni aku just beli kat Ikea. Murah. Mula-mula aku guna je rocker Fisher Price yang aku beli haritu. Tapi aku terpaksa beli high chair ni sebab hadif ni susah nak dok diam kalau aku takde dekat dengan dia. So,kalau aku nak masak ke, kitaorang nak makan ke, masukkan dia dalam kerusi ni. Dok dalam ni dia tinggi. Boleh nampak aku dari living hall.Letak toys atas tray tu. Boleh le bertahan dalam setengah jam. Sempat la mama dengan babah nak makan ^_^

Budak debab ni memang excited bila nak makan

Food Feeder. Memula lepas survey bagai aku dah budget nak beli brand Kidsme. Tapi bila sampai je kat kedai tu, rupanya Autumz pun ada food feeder. Baru je diaorang intro benda tu. Terus beli yang Autumz sebab harga dia lagi murah -__-''. Aku fikir, buatnya hadif taknak makan buah guna benda tu, idak le membazir sangat. Lagi satu, pemegang food feeder Autumz ni beza sikit dengan Kidsme. Lagi senang baby nak pegang yang Autumz punya. Tapi yang ni opah blanja. Jimat duit mak!!

RM19.90
Boleh beli kat Marissa Shoppe

- Hand blender. Ok benda ni aku beli sebab nak senangkan kerja aku. Aku beli yang murah je pun. Lagipun blender aku memang heavy duty. Segala cili aku dah blend dalam tu. Tak sampai hati plak nak blender makanan hadif dalam tu. Aku memang nak hand blender sebab senang nak bawa travel. Lama kot aku survey before proceed nak beli yang ni. Ada yang aku nak, en adha plak tak berkenan sebab mahal sangat -__-. Beli yang jenis ni senang untuk bawa travel sebab kami memang suka sangat travel. Lagipun, bukan semata-mata untuk baby food, guna untuk benda lain pun boleh. At least takde la membazir sangat.

Aku beli hand blender Kenwood
Lama aku survey blender apa aku nak beli
Harga RM126. Berbaloi pada aku

Aku bawa bekas ni je bila nak travel
Semua benda aku campak dalam ni
Senang nak angkut
*_*

Resepi semua aku cari kat internet je. Sekarang semua kan dihujung jari. But, aku banyak refer kat group Homemade Solid Food for Your Baby HSFFYB. Meh join untuk tambah ilmu. Kalau kata nak share resepi, aku rasa belum sampai waktunya. Aku pun tengah belajar lagi. 

Tu jela yang aku prepare masa hadif nak masuk 6 blan haritu. Takde beria mana pun. Yang penting benda yang masuk ke dalam perut dia tu. Benda-benda asas ni sebenarnya boleh je recycle apa yang ada. Tak perlu nak membazir. Tapi kalau ada duit lebih apa salahnya nak beli.hehehe...Dah dua bulan aku start solid food untuk hadif. Setakat ni semua pun dia telan -___-""

Preparation korang macamana plak??


p/s:entry ni dah lama dalam draft. Aku lambat publish sebab 3 minggu pulang ke kg.