Raya Dulu VS Raya Kini

Bila dah dekat nak raya ni,mula la otak aku mengimbau kenangan zaman lampau.ecehhh..ayat,macam sastera.hahah...Bawah ni aku list apa yang aku terlintas perbezaan raya zaman dulu dengan zaman sekarang...


1- Baju raya zaman dulu tema pelangi.Sekarang semua nak tema sedondon.Yelar dulu,1 family tu macam-macam warna ada,biru la merah la,kuning dll.Sekarang 1 family dah ada tema.Mesti nak pakai sedondon.


2- Kuih raya zaman dulu semakin dilupakan,contohnya kuih sarang semut,semperit.Sekarang,kuih wajib almond london.Boleh kata semua rumah ada.Rindu betul dengan kuih sarang semut.Kesian semut dah takde kuih ;P


3- Kalau dulu,raya selalunya mesti kacau dodol dalam kawah.Sekarang dah tak payah.Beli aje dodol tu.Macam-macam warna dan perisa.perisa strawberi pun ada


4- Dulu ucapan raya semua hantar kad.Macam-mcam jenis kad.Dari kad bisu sampai kad menyanyi.Pantun "pecah kaca pecah gelas" sure ada ;P.Sekarang semua main ucapan alam maya,pakai internet,guna "muka buku" or hantar je pakai sms.Dapat msg best,tekan je forward.Mudah dan pantas.


5- Bunga api,mercun zaman dulu relax je boleh main.Apa mercun yang takde..Sampai boleh main lawan-lawan mercun dengan kampung sebelah.Sekarang semua tu dah diharamkan.boleh main mercun pop-pop je.Tak mencabar langsung ;(


6- Dulu dapat duit raya RM1 tu dah syok gila.Budak sekarang dapat RM1 mula muka mencebik."Kak Na,mana cukup kalau kita nak beli PSP (ni ayat adik sedara aku tahun lepas.Hebat tak? ;P)


7- Zaman dulu gantung lampu kelip-kelip yang warna warni.Sekarang dah ada lampu bentuk ketupat..comelkan?? ;)


8- Dulu kerepek ubi kayu ada perisa original je. Sekarang dah dimodenkan.Ada macam-macam rasa contohnya black pepper,jagung etc.But, I still prefer yang original ;P


9- Balik kampung dulu selain kereta, orang akan prefer naik bas or train.Naik plane ni jarang.Tapi sekarang,tiket plane pun macam goreng pisang panas gak."Everyone can fly" :)


10- Ketupat pun dah tak payah nak anyam-anyam macam dulu.Beli je kat kedai,balik rebus.Siap!!!


Setakat ni,tu je yang aku dapat fikirkan.Kalau ada lagi aku tambah nanti.hahaha...Tapi walau apa pun yang berubah,aidilfitri tetap disambut meriah kan.Tak kisah la raya dulu ke raya sekarang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan (^_^)

2 comments: (+add yours?)

IRYANI ALIAS said...

ada satu lg, dulu2 raya, sume berhimpit2 naik kete pakcik2 yg ada kete utk konvoi beraya..sbb masa tu tak sume ada kete termasuk bapak aku (terpaksalah aku menempek kete bapak kau)..huhu..skrg masing2 dh ada kete, masing2 nak bwk kete masing2..end up, satu kete 2-3 org je..dan jadilah faktor penyumbang kesesakan di jalan raya..huhu..

adlyn833 said...

hahaha...yelar wei.thn ni tambah plak keta hitam menawan korang tu.mana nk parking?suruh mak ko wat parking bertingkat.pastu kutip duit.selamat thn ni aku x bw keta aku balik.kot idak,tambah lagi 1 keta.heheheh..

Post a Comment

any idea or comment?just drop here