Majlis Aqiqah + Selamat Pengantin Baru Man & Eli

Sebelum entry ni jadi entry terperam, better aku taip cepat-cepat supaya boleh menjadi satu memori di kemudian hari. Alhamdulillah, dah selesai lagi satu tanggungjawab kami sebagai parents untuk buat aqiqah si budak gebob tu. Majlis ni dah setel pun 29 September 2011 berlangsung kat kampung aku kat Tapah. Lagi sekor kambing plak akan di aqiqahkan kat kampung en adha raya haji ni,insyaAllah.

Majlis aqiqah ni sebenarnya tumpang majlis wedding sepupu aku, anak kepada anjang aku. Tu yang nampak meriah..mana tak nya majlis naik buai kat dewan kot, siap atas pelamin lagi.hehhe..Thanks kepada pengantin dan family sebab bagi anak kami tumpang majlis ni ye. Ooh..anak along aku pun join sekali sebab umur anak kami beza dua minggu je. Anak aku lahir dulu pastu baru kakak ipar aku plak bersalin. So, mama and babah aku dapat dua orang cucu sekaligus, tapi dua-dua pun lelaki +____+

Meriah tak naik buai anak aku, siap ada pelamin
*____*

Majlis naik buai mula dalam pukul 10pagi. Ada marhaban bagai. Makcik marhaban ada dalam 10 orang. Buai tu pun aku just sewa yang self pick up je. Yelar, kat Tapah ni mana nak cari orang buat sewa buai bagai macam kat KL. Selamat ada pelamin orang kawin, so terus jadi back drop yang amat cantekkk...

Sesape nak sewa boleh search
Sewa RM 150 



Okey, masalah mula menjelma bila makcik tu suruh letak baby dalam dalam buai tu. Masa time ni hadif memang dah tidur setelah didodoi oleh en adha. Time letak dalam dalam buai tu dia tidur lagi. Bila tiba masa makcik tu mula marhaban je, terus dia menangis key note paling tinggi. hahaha...

Satu masalah anak aku ni, dia dalam hati ada taman sikit -___-''. Kalau orang tinggi suara sikit, udah la dia ingat orang marah dia. Makcik-makcik tu plak marhaban pakai microphone, so suara memang sah-sah kuat, tu yang dia bantai menangis ingat makcik tu marah dia. Adoii laa....Sepanjang dalam buai tu memang dia nangis le. Time makcik-makcik tu stop marhaban sebab nak tukar lagu, dia diam. Mula marhaban balik, dia pun marhaban dalam buai tu.hahahah...hai la anak, rugi mama sewa buai cantik-cantik tau

Menangis sampai tercabut kasut
+___+

Anak along aku plak, sebelum masuk buai tu dia asyik la menagis. Masuk je dalam tu, terus lena tidur. Terbalik plak dengan aku ni. Lagipun, anak along tu memang tidur dalam buai pun. So,dia memang suka bila dapat masuk dalam tu.

Terus senyap dapat tidur dalam buai

Kambing aqiqah tu catering tu masak kurma. Sangat sedap sebab aku yang memang tak makan kambing ni pun boleh tersuka plak. Catering pun still pakai catering masa aku kawin dulu. Kambing tu pun dia yang uruskan and dia tolong masakkan secara percuma, just bayar duit kambing je. Alhamdulillah, murah rezeki hadif ;P. Overall food sangat sedap sebab semua pun puji makanan sedap.

Anak & menantu

Sempat bergambar berdua sementara anak tidur

Muhammad Ar-Rayyan Afham
Anak along aku, comel tak?

Dah setel satu tanggungjawab. Tinggal raya haji ni aqiqah lagi sekor kambing. Rezeki murah lagi sebab mak en adha yang sponsor kambing tu. Alhamdulillah..

Ehh..tak lupa gak, Selamat Pengantin Baru Man & Eli. Terima kasih daun keladi ye bagi tumpang majlis korang. Terus orang semua ingat majlis naik buai anak aku havoc gile sebab ada pelamin bagai.hahaha....

Ni la pengantinnya.
Amik berkat semoga dapat anak gebob macam anak aku

p/s: semua stress pasal berat lepas bersalin, aku pun nak stress gak *_*



3 comments: (+add yours?)

ketikketok said...

semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

Aimy.Aflah.Inspiration said...

Salam.. Found this blog via google... sgt cantik pelaminnye..
boleh tak saya nak copy gambar pelamin & baby to post in my blog/fb?
:-)
FB:Buaian-Berendoi-Cukur-Jambul/168028459876465
blog: pelaminhantaran.blogspot.com

adlyn833 said...

aimy>>boleh apa salahnye.. ;P

Post a Comment

any idea or comment?just drop here