Rindu??

1 comments

First time aku update blog tengah-tengah malam sejak aku jadi mak-mak ni. Bukan apa, nak habiskan masa tunggu en adha online skype. En adha takde seminggu g Pattaya. Ada class kat sana. Ini kira second time dia kena outstation sepanjang dia jadi lecturer and this is first time dia kena mengajar luar dari Msia.

Kerja dia yang sebelum ni memang dah sedia maklum selalu sangat takde kat rumah. Selalu g offshore tak pun plant atas darat. But still more than 2 weeks. Bila dia dapat kerja baru, aku harap dia akan sentiasa dirumah. Kerja ikut normal working hours. Lagipun itu adalah main thing kenapa en adha quit dari oil n gas field. But, hakikat seorang yang makan gaji, terpaksa gak follow rules and schedule company. Cuma beza dari kerja dulu, dia outstation pun takde lama sangat and kami still boleh contact via email,skype,sms. Kalau dulu g offshore payah sesangat. Nak call jangan harap. Pergi plak tu lama-lama. Bila dah ada anak ni memang macam tak sanggup. Cukuplah aku survive masa pregnant 7 bulan dok sorang-sorang masa en adha g Labuan. Seksa wei!!

So, masa dia cakap bos hantar dia g Pattaya untuk mengajar, aku rasa bangga dengan en adha. Yelar, kerja tak sampai setahun, bos dah percaya untuk hantar g oversea mengajar kat sana. Ohh..kerja baru ni plak yang bestnya, family boleh ikut kalau husband travel ke mana-mana. Wahh..suker mak. Flight tiket sendiri la.  Aku doa en adha dapat mengajar kat Korea ke Aussie ke, memang aku follow.Hu..hu..

 Perasaan aku masa tau tu biasa je. Tak macam masa dia nak g offshore dulu. Sedih manjang. Belum pergi lagi air mata aku dah bercucuran macam hujan lebat.Dalam fikiran aku terdetik, mungkin sebab aku dah ada hadif, so aku tak rasa sedih sangat. At least hadif boleh jadi teman aku. Lagipun setiap kali en adha outstation memang mama akan datang rumah aku temankan kami. Selamat gak mama pun dah pencen. Aku ok je nak tinggal berdua dengan hadif, tapi mama risaukan kami especially cucu debab dia tu.

Sedih memang takde but rindu still ada. Mungkin aku dah biasa independent and dah biasa en adha takde, maka hati aku lebih cekal. Macam dah lali. Just set dalam mind, dia g kerja cari duit untuk kami. Lagipun aku still bersyukur sebab aku boleh contact and tau perkembangan dia hari-hari. Tu dah cukup untuk aku. Sanggup aku berjaga malam-malam buta ni nak skype walau aku dah tau soklan pertama dia sure "hadif buat apa harini" -___-. Sentap mak!!

Takpe..aku tak kisah asalkan kami still contact each other..Pada sesiapa yang husband memang ada hari-hari depan mata, hargailah husband anda.eehhh...macam ustazah plak aku.hahah..Perasaan rindu tetap ada. Hidup rasa tak lengkap sebab takde kawan nak gaduh, nak sembang, takde orang nak tolong tukar pampers.hew..hew..

So, aku doa cepat la hari ahad. Dah tak sabar nak jumpa en suami saya ^__^
Dah,tu je aku nak cite..Nampak sangat entry ntah apa-apa. Just nak isi masa lapang.
Nite..nite..

p/s: Selamat bercuti semua!!

Wordless Wednesday:Jawapan WW last week

2 comments

Buah Apple
^__^

Wahh!!Kemain poyo aku wat WW. Last week punya teka teki baru minggu ni bagi jawapan.
Buah tu buah apple.
Ya..memang buah apple.
Aku jumpa masa aku g Cameron haritu. Sebab pelik,jadi aku pun beli
Katanya orang yang jual tu rasanya macam honeydew
Tapi masa beli tu keras lagi. Kena peram dulu katanya
Dah dekat nak 6 hari aku simpan,last-last mama potong
Rasanya??
Takde rasa weii...hahahha
Pada tekak aku macam tawar je. 
Mungkin juga sebab mama potong awal sangat kot.

So,kalau korang g cameron,cari buah apple ni ye..
Tapi aku rasa buah pelik-pelik kat cameron ni mesti tak sedap
Macam buah cinta. Korang pernah rasa buah cinta?
Kalau tak pernah g cameron cari dan beli

p/s:penantian satu penyeksaan.lambatnya hari ahad.sob3

6 bulan

1 comments

Dah nak masuk 7 bulan baru aku update progress hadif sebab baru boleh tau apa yang jadi sepanjang bulan tu.

- Dah g cucuk 6 bulan kat KK. So, lepas ni bulan 3 baru pergi balik.Tak payah nak mengadap nurse tetiap bulan. Berat masa cucuk haritu dah 8.5kg. Naik sikit je dari 5 bulan haritu but still consider baby yang chubby compare dengan baby lain yang sama umur dengan dia -___-

- Dah start makan solid food. Setakat ni semua makanan yang aku bagi dia boleh makan. Belum ada yang dia reject. Tapi aku just intro dengan buah and sayur je pun buat puree. Alhamdulillah dia boleh makan semua.

- Semakin aktif. Setakat nak meniarap and berguling-guling tu memang dah pro sesangat. Malam-malam nak minum susu, bunyi sikit je, bila aku bangun nak angkat dari cot tengok dia meniarap. Pastu boleh sengih-sengih kat aku.hahah..

- Semalam dia dah mula meniarap ke depan. Kalau sebelum ni asyik masuk gear reverse je. So, semalam dalam sejarah, kereta dia dah ada gear D.hahaha..Tapi dia bergerak ke depan tu ikut cara dia. Takde sistem kata opahnya. Dah macam ulat beluncas pun ada.



- Merangkak belum lagi. Gaya tu dah ada. Hadif dah mula angkat-angkat bontot dia macam nak merangkak. Hopefully bulan depan dia dah merangkak.

- Boleh duduk tapi kena orang dudukkan.heheh..So,sekarang dah boleh main sambil duduk. Bila dah boring, dia jatuhkan badan sendiri pastu meniarap plak.




- Dia dah mula kenal orang especially yang dia dah biasa tengok. Kalau tanya "mama mana"?, dia akan tengok aku. Babah dia pun dah kenal. Selain tu of course le kenal atuk dengan opahnya.

- Still ada problem susah tidur waktu siang. Kadang-kadang aku pelik sebab dia tidur siang tak sampai 3 jam pun kadang tu. Nak tidurkan memang dah macam nak bergaduh dengan dia. Dekat nak 2 jam dodoikan baru tidur, alih-alih tidurnya 45 minit je. Tu untung 45 minit,kadang-kadang 10 minit je -___-". Tak menangis maknya ni. Dah la kalau nak main tu aku kena dok dekat dengan dia. Kalau aku g dapur jap nak masak, mau menangis-nangis. Adoi laa...

- Paling pantang tengok orang kelam kabut nak g jalan. Nak nye nampak aku dah pakai tudung. Mula dia panas bontot. Menangis bagai takut sangat orang tinggalkan dia. Dia memang suka sangat g jalan. Dengar orang sebut perkataan "jom" je, dia pun mula la tak senang duduk. Ni la penangan masa pregnant dulu aku asyik berjalan tetiap minggu. Dah menurun kat anak

-  Dah pandai tepuk tangan even takde bunyi pun.hahah...dah pandai kiss orang. Kalau cakap"sayang skit", memang dia akan kiss muka orang tu. Kiss plak dengan sungguh-sungguh sampai melekat air liur habis kat muka orang.hew.hew..

Aku rasa ni jela perkembangan hadif setakat 6 bulan ni. Ohh..umur dia 6 bulan ni babah dia bagi reward. Bawa dia g jalan-jalan makan angin kat Cameron Highland. Balik hari je pun sebab kg aku kan kat Tapah. G Cameron semata-mata nak beli aiskrim strawberry.hahah..Just singgah time tunnel je. But, dah ada plan nak g lagi and tidur sana plak..


Buai laju-laju sampai cameron highland!!
Budak bam-bam yang selalu buat orang nak toleh pastu senyum-senyum
Dah macam bawa artis kecik



Kami makan kat kedai cina +___+
Kalau g Cameron jangan lupa g Time tunnel tau
Boleh mengimbau zaman kanak-kanak

p/s: en adha g pattaya seminggu.so, aku harap minggu ni cepat skit hari ahad ;(

Wordless Wednesday::Cer Teka??

2 comments

Cuba teka buah apa??
^___^

Selamat Hari Rabu!!

p/s: aku masih hutang entry pasal solid food..insyaAllah aku publish nanti ye

Entry Pertama 2013

6 comments

Assalamualaikum...
Hye semua. Ini entry pertama aku untuk 2013.
Belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru kan.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di tahun 2013 ni
Semoga lebih banyak kebaikan yang dapat dalam tahun ni.

Permulaan tahun yang agak slow bagi aku tahun ni.hahaha...
Masih tercari-cari rentak untuk tahun ini. Banyak plan sebenarnya, tapi semua pun belum pasti.
Semoga terlaksana hendaknya.

Tahun baru haritu kami balik kg en adha kat Parit Buntar.
Terus plan nak ke Taiping. Kononnya nak ke Zoo Taiping bawa hadif tengok binatang
Hajat tak kesampaian sebab orang ramai sangat. Kang binatang tak nampak, kepala orang je nampak
Lain kali ye hadif. Tak lari pun Zoo Taiping tu. Kalau lari kita g Zoo Singapore..^--^

Maka kami lepak-lepak je kat Taman Tasik Taiping.
Biasa la dah jadi parents ni, mesti nak cari tempat yang boleh nak mesra-mesra dengan anak
Nak g tengok wayang macam dulu-dulu??eerrr...aku dengan en adha tak berani lagi nak g bertiga
So,lepak kat taman amik gambar jela jawabnya

Ada orang tak caye aku ada anak debab
Sebab kata mereka aku kurus sangat
Aaawww..malu i

Bapak dia je boleh timang cenggini
Mama??mintak maaf le hadif
Semput mama nanti -____-"


"Selamat Datang ke Taiping"

Tak sampai setengah jam lepak kat taman, hujan pun turun.Waaaaa!!!
Time tu baru pukul 3pm. Takde warning, tau-tau hujan. Nama pun taiping kan
En adha cakap, Taiping ni ala-ala London. Hujan tak ikut time. Kena selalu bawa payung.
Sepantas kilat selamatkan si debab tu. Takut tak pasal-pasal demam plak.

Ingat nak lepak sampai ke petang kat Taiping. Dah hujan semua pun cancel.
Kalau tak kami nak g minum cendol Bismillah yang famous amos tu dengan makan sotong kangkung
Lain kali le nampak gayanye. Nak balik kg en adha memang lalu je Taiping ni.
Kami sempat makan popia dengan air teh tarik yang sedap bangat kat pasar taiping
Serius sedap sampai aku order 2 gelas. Kome try le minum ye ^__^

Elok je lepas sikit je dari Taiping, cuaca cerah. Panas ada la. Nampak sangat Taiping je hujan
Balik tu sebab awal lagi, saja je lalu ikut jalan Kuala Gula
Stop kat sana nak makan soft shell crab. Takde rezeki sebab dah habis juga.
Nampak sangat tak bagi aku gemukkan badan. Redha jela. Terus order mee udang.

Ada chalet yang boleh sewa kat Kuala Gula

Budak debab tido
Mak bapak memenuhkan perut dengan senang hati
T__T

Tu jela sambutan new year kami. Takde tengok-tengok bunga api macam zaman dulu-dulu.
Kalau tak malam new year, dah sibuk call kawan-kawan nak ajak lepak
Ooohhh...miss the good all days. But,kehidupan kami yang baru ni lagi best
Ada anak banyak mengajar kami erti kehidupan yang baru. Semua pun untuk hadif *__*

2013 ni sebenarnya agak busy buat kami
Kenduri kawin cousin aku je dah dua orang
Pastu nak celebrate 1st birthday hadif lagi..opss..mama dia over excited ok
Kami ada tiket flight untuk celebrate anniversary bulan 4 ni- 1st time nak bawa hadif naik flight
Mungkin tahun ni juga aku akan mula bekerja semula- i hate this so much!!!sob3
And many more to come...
Hope tahun ni lebih bermakna dari tahun lepas
Azam aku tahun ni malas nak share. Biar aku sorang je yang tau

Tapi paling penting, aku dapat jadi isteri yang terbaik untuk en adha and mama yang terbaik untuk hadif

Hero dihati saya

p/s: Nak cerita pasal cabaran bagi solid food kat hadif. Rajin nanti aku publish. Sekarang malas