Entry Pertama 2013

Assalamualaikum...
Hye semua. Ini entry pertama aku untuk 2013.
Belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru kan.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di tahun 2013 ni
Semoga lebih banyak kebaikan yang dapat dalam tahun ni.

Permulaan tahun yang agak slow bagi aku tahun ni.hahaha...
Masih tercari-cari rentak untuk tahun ini. Banyak plan sebenarnya, tapi semua pun belum pasti.
Semoga terlaksana hendaknya.

Tahun baru haritu kami balik kg en adha kat Parit Buntar.
Terus plan nak ke Taiping. Kononnya nak ke Zoo Taiping bawa hadif tengok binatang
Hajat tak kesampaian sebab orang ramai sangat. Kang binatang tak nampak, kepala orang je nampak
Lain kali ye hadif. Tak lari pun Zoo Taiping tu. Kalau lari kita g Zoo Singapore..^--^

Maka kami lepak-lepak je kat Taman Tasik Taiping.
Biasa la dah jadi parents ni, mesti nak cari tempat yang boleh nak mesra-mesra dengan anak
Nak g tengok wayang macam dulu-dulu??eerrr...aku dengan en adha tak berani lagi nak g bertiga
So,lepak kat taman amik gambar jela jawabnya

Ada orang tak caye aku ada anak debab
Sebab kata mereka aku kurus sangat
Aaawww..malu i

Bapak dia je boleh timang cenggini
Mama??mintak maaf le hadif
Semput mama nanti -____-"


"Selamat Datang ke Taiping"

Tak sampai setengah jam lepak kat taman, hujan pun turun.Waaaaa!!!
Time tu baru pukul 3pm. Takde warning, tau-tau hujan. Nama pun taiping kan
En adha cakap, Taiping ni ala-ala London. Hujan tak ikut time. Kena selalu bawa payung.
Sepantas kilat selamatkan si debab tu. Takut tak pasal-pasal demam plak.

Ingat nak lepak sampai ke petang kat Taiping. Dah hujan semua pun cancel.
Kalau tak kami nak g minum cendol Bismillah yang famous amos tu dengan makan sotong kangkung
Lain kali le nampak gayanye. Nak balik kg en adha memang lalu je Taiping ni.
Kami sempat makan popia dengan air teh tarik yang sedap bangat kat pasar taiping
Serius sedap sampai aku order 2 gelas. Kome try le minum ye ^__^

Elok je lepas sikit je dari Taiping, cuaca cerah. Panas ada la. Nampak sangat Taiping je hujan
Balik tu sebab awal lagi, saja je lalu ikut jalan Kuala Gula
Stop kat sana nak makan soft shell crab. Takde rezeki sebab dah habis juga.
Nampak sangat tak bagi aku gemukkan badan. Redha jela. Terus order mee udang.

Ada chalet yang boleh sewa kat Kuala Gula

Budak debab tido
Mak bapak memenuhkan perut dengan senang hati
T__T

Tu jela sambutan new year kami. Takde tengok-tengok bunga api macam zaman dulu-dulu.
Kalau tak malam new year, dah sibuk call kawan-kawan nak ajak lepak
Ooohhh...miss the good all days. But,kehidupan kami yang baru ni lagi best
Ada anak banyak mengajar kami erti kehidupan yang baru. Semua pun untuk hadif *__*

2013 ni sebenarnya agak busy buat kami
Kenduri kawin cousin aku je dah dua orang
Pastu nak celebrate 1st birthday hadif lagi..opss..mama dia over excited ok
Kami ada tiket flight untuk celebrate anniversary bulan 4 ni- 1st time nak bawa hadif naik flight
Mungkin tahun ni juga aku akan mula bekerja semula- i hate this so much!!!sob3
And many more to come...
Hope tahun ni lebih bermakna dari tahun lepas
Azam aku tahun ni malas nak share. Biar aku sorang je yang tau

Tapi paling penting, aku dapat jadi isteri yang terbaik untuk en adha and mama yang terbaik untuk hadif

Hero dihati saya

p/s: Nak cerita pasal cabaran bagi solid food kat hadif. Rajin nanti aku publish. Sekarang malas






6 comments: (+add yours?)

afidah hasanbasri said...

Awat x habaq mai tpg. Bleh kite piknik2 =)

adlyn833 said...

fida>>kami memang nak suruh en adha call man.Tapi time tu kitaorang fikir sure fida kat kg lg.cuti panjangkan.ingat nak g melawat harits..xpe,next time kami datang rumah baru kome ye

cha said...

happy new year. i suka pg tasik taiping sebab pokok dia lawa-lawa and i suka keow teow doli aaaaaa

adlyn833 said...

cha>>tmn tasik tepeng tu memang cantik pun.u suka ye kue teow doli??yg i plak tak suka.hahaaa..

LisaLisut said...

dah lamaaa i x g taiping.wpun husbn i org kuala kangsar tp dia xbwk2 pn i g sne.teringin.last i pegi ms umur 7 ke 9 thn.sgt lamaaaa.i nk mkn je g sne hahaha

btw i change my url to upsanddowns2013.haha tkr thn je

adlyn833 said...

lisa>>i pun dah lama ajak,baru tula kitaorang g.dah ada anak ni baru dia rajin sikit nak bawa g jalan2 tempat camtu..

Post a Comment

any idea or comment?just drop here