- Semakin melasak. Memunggah,selerakkan permainan, sepahkan rumah semua hobi hadif pada masa kini. Takpe nak..sepahkan je. Mama memang suka kemas rumah 10 kali sehari. Exercise katanya -___-''
- Selera makan still takde. But, aku still masak hari-hari. Sebab kadang-kadang dia akan berselera untuk makan. Cuma aku akan make sure dia makan buah hari-hari and he loves fruits so much. Bagi buah apa pun dia makan. Kalau buah memang suka sangat-sangat.
- Dah pandai flying kiss, angkat tangan bila panggil nama dia, bila dengar azan terus letak tangan kat telinga. Atuk dah cakap, nanti dia akan ajar hadif azan.
- Dah kenal most of our family members. Cuma dia tak kisah siapa pun nak dukung. Tapi cuma akan gelak or senyum dengan orang yang dia kenal and suka je. Memilih hokeh!! Tak cukup handsome, memang dia buat muka sombong dia je.
- Sangat suka orang ramai-ramai datang rumah. Bila orang tu balik je, for sure nangis. Especially atuk dengan opah. Time opah nak balik tu, mula buat cerekarama. Memang pandai jual saham. Mana la atuk dengan opah tak sayang.
- Dah pandai merajuk + mengamuk. Kalau suapkan makan, tetiba lambat suap..Haa..dan-dan tu menangis. Pastu terus tak nak makan. Ambooii..emo sangat. Style mengamuk plak, tunduk kepala pastu tendang-tendang kaki.
- Pantang jumpa benda atas lantai. Semua nak masuk mulut. So, rumah memang sentiasa kena vacum+mop. Yang susahnya, dia takut bunyi vacum. Mula dia melalak non stop. Kalau aku mop plak, dia mengejar mop tu. Hadoii...So,kalau nak buat memang kena ada orang tolong pegang dia.
- First time naik beca + bot. Kami bawa dia g percutian budget ke Melaka haritu. Suka betul dapat naik beca. So, umur 10 bulan hadif dah sampai Melaka.
- Dah pandai goyang-goyang badan bila dengar lagu yang dia suka
- Belum boleh berjalan cuma bab meniti tu memang dah laju. Merangkak pun sama.
Tu je yang aku dapat recall. Mungkin ada yang berulang mcam bulan lepas. So, next month dah setahun. Sob3..Sayu hati mak...
10 Bulan
Dah semua cakap dia nak adik bila tengok gambar ni
Hakikatnya,dia nak kasut baru. Gigit kasut hokey!!!
Dah nak raya ni..Nak kasut raya la
p/s: kek apa nak tempah untuk birthday hadif ni??any idea?
Cuti 3 Hari Kami
First time kitaorang ada kat KL cuti panjang macamni. Reason nya sebab, kami dah bercuti ke Melaka dua minggu lepas. Then, jumaat ni nak balik kg en adha sebab ada kawan kawin. So, cuti panjang ni dok diam-diam kat KL. Lagipun gaji en adha belum masuk.sob3...
Tapi takde diam sangat pun. Still kuar tapi secara berhemah.haha..Lagipun, tak sampai hati nak biarkan cinta hati kami duduk rumah je. Dah rutin dia, weekend sure g jalan-jalan. Maka, kami bawa dia g park, makan-makan, main-main, tengok layang-layang. Tak pergi malls pun sebab mama takut tergoda dengan sale-sale yang boleh menggugat iman. Untung en adha dapat isteri macam ai kan??hohoho...
Gambar 1- muka mak yang bersemangat tunjuk kat anak rupa bentuk layang-layang
Gambar 2- si anak confuse atas apa dia duduk. Tekstur tak sama dengan carpet kat rumah
Gambar 3- last sekali menangis ye sebab dia geli dok atas rumput. Over betul si anak...tu belum suruh duduk atas lumpur sawah bendang.
Mata stil berair. Mengenang nasib.
Kitaorang memang biar je. Dah lama-lama suka plak dia
Dah suka sebab baru tau rumput tu boleh di tarik-tarik, cabut-cabut
Lastly, dia buat cubaan masukkan rumput dalam mulut
-_____-''
Gambar 1- Muka happy dapat bawa lion g park.hew..hew..hew...
Gambar 2- Tension sebab tolak lion atas rumput asyik tersangkut-sangkut. Bagi track lain please!!
Gambar 3- Okeh!!Laju tak hengat menolak lion. Sampai jatuh entah beberapa kali
Dah penat main lion, babah bawa tengok fish plak.
Next time bawa roti. Baru best
Ni dok tumpang tengok couple sebelah baling-baling roti
Sian si anak sebab deme lagi banyak bercinta dari bagi ikan makan
T___T
Haa..tu jela aktiviti kami. Ehh..ada masuk malls. Hari jumaat g malls sebab beli barang rumah. Sabtu dengan ahad bawa hadif g park. Yang lain lepak kat rumah, masak pastu layan movie. Enjoy sangat aktiviti macamni. Pada aku yang penting, dua orang hero ni ada dah sangat-sangat enjoy cuti aku.
p/s: sayu bila fikir anak teruna dah nak setahun bulan depan. Jangan cepat sangat besar boleh tak?
Selamat Hari Guru
Hari ni 16 Mei, Hari Guru katanya.
Entry ni khas untuk en suami kesayangan yang menyambut Hari Guru hari ini
Dengan ucapan semoga menjadi pendidik yang berjaya
n jangan nak menggatal dengan student.hahaha..
Aku memang tak terlintas langsung nak wish en adha
Sampai la malam tadi, ada student dia bagi msg wish
Baru teringat yang en adha sekarang lecturer. Kira cikgu la juga ye tak
Tahun pertama untuk dia celebrate hari guru
Even sampai sekarang aku macam tak percaya en adha jadi lecturer
-____-''
Tak lupa buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku
Terima kasih atas segala jasa & pengorbanan anda
p/s: banyak yang nak dishare,tapi otak agak tepu untuk menaip
9 Bulan
Semakin melasak. Aku pun kadang-kadang dah tak
larat nak handle -___-
Selera makan still so-so
Gigi dah bertambah. Atas dah ada 4 batang. Bawah
dah ada dua. Setakat ni, belum ada lagi drama menggigit even kalau tengah
breastfeed. Good boy!!
Waktu tidur dah semakin ok. Tidur dah agak lama
compare bulan-bulan sebelum tu. Mungkin sebab bila waktu dia jaga tu, memang
dia akan main je. Memang takkan diam even seminit.
Merangkak memang dah laju and dah ada percubaan
untuk panjat tangga.hahah..Aku biarkan je but still aku pantau.
Dah semakin laju meniti kat sofa and coffee
table. Cepat jalan nak oii..babah nak bagi reward kalau dah pandai jalan.
Lebih minat nak explore ruang tamu, laci, main
wayar dari main permainan dia yang selambak tu. Dia main beberapa minit, pastu
merangkak dating dapur ambil periuk bagai. Adooii..memang tak senang nak wat
kerja kalau dia jaga.
Tak berminat dengan tv even cerita kartun. Iklan
je dia suka layan. Yang lain semua bolayan.sob3…
Of course manja dengan mama compare dengan babah
sebab babah selalu sangat tinggalkan dia. T__T
Sekarang dah tak mandi dalam bathtub. Asal masuk dalam bathtub je mula dia buat aksi nak terjun.hahah..Dia nak keluar dari tub tu. Sudahnya, aku just berdirikan dia. Suruh dia pegang baldi. Jirus je badan dengan air..Bagus juga sebab senang & cepat.
Gambar terbaru kami bertiga
Susah betui nak suruh budak debab tu tengok camera
p/s: takziah untuk kawan ofismate lama aku yang kehilangan baby sabtu lepas. Baby baru 45 hari..aku sedih sangat sebab tak sempat nak melawat lagi baby tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)