Entry agak ketinggalan. Tapi tetap nak publish sebab raya sebulan katanya.heheh..Raya tahun ni turn beraya di rumah en adha kat Parit Buntar. Kitaorang balik awal seminggu sebab en adha cuti 2 minggu. So, memang langsung tak menempuh segala jam strawberry ke oren ke memang takde.
PAgi raya di rumah Tok Ma
Suka sangat dapat sampul Upin Ipin
Pagi raya tu lepas makan, terus gerak g kubur and g rumah makcik-makcik en adha. Malam tu pulak beraya ke rumah kawan-kawan en adha. Memang pack sangat jadual sebab esoknya sesudah subuh kami dah gerak balik ke Tapah.
Cucu Atok
Sampai kat Tapah pagi tu, aku paksa semua family aku pakai balik baju raya untuk amik gambar family. Selamat dah pesan awal-awal. So, semua pun tak basuh lagi baju raya.hahaha..Lagipun, family aku memang tak berjalan ke mana pun lagi sebab semua tunggu kitaorang baalik baru nak jalan raya sama-sama. Terharu ok.
Tema tahun ni purple
Alhamdulillah dapat jumpa semua adik beradik and saudara mara. Tahun ni turn abang aku beraya kat Tapah. Raya ketiga baru dia gerak balik Melaka plak. Dah jadi tradisi family aku, hari raya sure ada BBQ. So, malam tu kitaorang wat BBQ dengan sepupu-sepupu.
Tugas adik aku tiap-tiap tahun. Tukang kipas.
-___-''
Aktiviti main bunga api
Aku simpan skit untuk main masa raya haji nanti
*__*
Budak debab n kurus yang sibuk juga nak main bunga api
Yang lain-lain aktiviti macam biasa. Pergi rumah makcik-makcik aku and g kubur. Tahun ni raya pada aku biasa je. Maybe faktor usia kot...T__T. Happy skit sebab ada hadif. Tengok telatah dia waktu raya. Syok berjalan kumpulkan duit raya dia.hohoh..
Tahun ni gak, rumah aku takde open house. Sesiapa nak datang, boleh datang bila-bila. Tapi bagitau awal sebab aku nak masak-masak. Tak syok plak orang datang takde makanan best-best.
Tu je cerita raya aku. Taip ni pun laju-laju sebab mata dah ngantuk. Rindu nak tulis macam-macam. Tak tau bila plak nak update blog lagi. Esok aku dah nak tinggalkan bumi malaya ni. Seminggu aku takde. Nanti aku story ye. Bila tu aku tak janji. Bye..
p/s: permudahkanlah perjalanan kami...
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here