Happy Birthday to Me

1 comments

Alhamdulillah dah 30 tahun hidup di muka bumi ni

Harini genap umur aku 30 tahun. Macam tak percaya. Perasaan??Ntah..macam takde perasaan.hahaha...Lately ni otak aku agak serabut, hati tak berapa nak happy. Maka birthday pun rasa macam biasa-biasa je.

But, malam tadi happy sangat sebab en adha buat suprise. Tak pernah dalam hidup dia buat suprise masa birthday aku. Yelar suami saya bukan lelaki romantik. Semalam aku tidur dulu sebab hadif dah macam zombie. Ngantuk tapi ditahan-tahan matanya supaya celik. Last sekali aku bawa dia naik bilik. Lately ni dia memang jenis tidur lambat. Selagi kitaorang tak tidur, dia pun sama. En adha still buat kerja dia. Aku cakap aku nak tidur dulu.

Hadif dah tidur, aku plak layan whatsapp kawan-kawan baik sampai le aku tertidur. Tiba-tiba aku rasa ada orang kejut aku. Dalam mamai-mamai aku celik, aku tengok bilik cerah je...rupanya lilin.hahahah..

Lepas dah tiup lilin makan-makan kek, sambung tidur balik.hahaha..tu je sambutan birthday aku tahun ni. Pada aku takde apa yang best birthday dah tua-tua ni selain dari ingatan dari family tersayang & kawan-kawan. Hadiah paling bermakna tahun ni of coz Adli Hadif. Anak teruna aku tu. And my beloved husband, en adha. Kalau diaorang takde memang rasa hidup ni kosong sangat.

Harapan untuk birthday tahun ni, cuma berdoa family kami dilindungi, dimurahkan rezeki and perkahwinan kami bahagia till jannah. Itu je harapan aku.
InsyaAllah.

p/s: entry Perth tu anggap jela dah habis.memang dah takde daya nak update.hahha...bulan Oct tahun ni paling meriah. Banyak berita gembira dari kawan-kawan. Korang happy,aku pun happy juga...

Perth:: E-Shed Market

1 comments

Orait lepas dari Kings Park kami pergi ke E-Shed Market plak. Datang sini semata-mata nak beli sourvenir. Sebab mostly suggest beli kat sini. Ramai yang cakap murah compare kat tempat lain.
Ni le rupa EShed Markets tu. Macam gudang je pun. Tapi dalam tu ada kedai-kedai 

Mostly dalam ni memang jual sourvenir je. Ada gak kedai jual makanan tapi tak banyak. Dalam ni ada kedai makanan halal. So, jangan risau kalau tetiba lapar kat sini.
Cari je kat area food court, ada 1 kedai yang halal.

View dari pintu belakang Eshed Markets


Belakang Eshed ni actually pelabuhan.

Ok. Sila pergi ke kedai Megabes Souvenir. Kedai ni dekat dengan pintu masuk

Aku memang banyak beli barang kat Megabes dengan Freo Souvenirs. Kedai ni berdepan je. Yang Megabes tu owner dia cina Spore. Yang Freo tu owner dia org Indonesia. Harga tak banyak beza sangat tapi bila korang cakap korang dari M'sia and tau kedai dia dari blog, sure dapat diskaun masa nak bayar. So, lepas korang baca ni, cakap je ada blogger suggest kat kedai dia. Untung jadi bloggerkan.

Mana yang takde kat Megabes, aku beli kat Freo.Korang pandai-pandai la survey. Aku memang beli banyak fridge magnet je. Keychain memang tak beli sebab aku tak suka. hahaha..So, aku rasa orang lagi suka dapat fridge magnet macam aku. Macam-macam ada kat sini. T-shirt, apron, beg, fridge magnet...isshh..tak tau nak cakap.hahaha...Cuma setiap kali beli mesti nak kena kali dengan 3. Terus fikir 3 kali nak beli ke idak. Katanya budget holiday, gini le gayanya.

Disebabkan aku dok Perth seminggu, memang bukan kat sini je sourvenir yang aku beli. Ada satu kedai lagi kat area hotel aku duduk tu pun sourvenir murah gak. Nanti aku share ye.

Sempat bergambar dengan kereta antik
Ehh..kereta tu ada ownernya. Maybe tengah shopping dalam Eshed.
Kat Perth memang banyak kereta camni.

p/s: ok,ada lagi beberapa entry untuk settlekan story Perth ni.

Perth::Kings Park

0 comments

Hari kedua pagi-pagi lepas sarapan terus g ke Kings Park.
Park ni besar gile. Even sehari pun belum tentu boleh habis pusing. View memang cantik sangat waktu pagi.

Hadif muka tak puas hati sebab kena duduk atas rumput


Gaya macam model sangat.haha..
^___^

aawww..rasa macam zaman couple-couple dulu

ni namanya whispering stone.duduk hujung dengan hujung batu tu pastu bisik-bisik.
Boleh dengar wei..teruja kitaorang.
Tapi tak amik plak gambar gambaran sebenarnya 

Budak debab tu cukup geli dengan rumput.Melalak-lalak dia taknak baring atas rumput.
Hygiene sangat kononya


Ini memang aktiviti diaorang kat sana. Ramai sangat yang BBQ dengan family. Best sungguh aku tengok
Even diaorang masak, makan bagai, ketahui;ah bahawa park mereka adalah SANGAT BERSIH.
Sekian,terima kasih

Bunga-bunga baru nak kembang time aku g ni. Banyak lagi gambar bunga,malas le nak upload.

Kitaorang just jalan-jalan amik gambar sikit-sikit, then terus gerak g tempat lain. So, sesiapa yang ke Perth make sure datang Kings Park. Jalan-jalan and amik gambar ye.

p/s: semua entry pendek-pendek je aku buat. janji ada memori dalam blog ni,k

Perth::Caversham Wild Life Park & Freemantle

0 comments

Disebabkan en adha pergi Perth ni atas dasar kerja, maka weekend jela kami dapat berjalan bersama-sama. Hari biasa nak berjalan kena tunggu dia balik dalam pukul 5 baru sampai hotel. Malangnya, kat Perth ni kedai & semua shopping mall pukul 5 dah tutup -__-''. Sedih ok..

So, kami decide nak sewa kereta je untuk weekend. Senang nak bergerak, lagipun travel with infant. Banyak benda nak kena fikir. Tak boleh nak gamble-gamble macam trip Singapore kitaorang dulu. Maka, pagi Sabtu tu bangun pagi-pagi. Kat sini cepat sangat cerah. Pukul 6.30pg dah terang. After breakfast, terus jalan kaki pergi tempat kereta sewa. Aku jalan berdua je dengan en adha. Mama dengan hadif tinggal kat hotel. Lagipun, si debab tu tak bangun pun lagi.

Pemandangan pagi di Perth


Aries Car Rental

Kitaorg sewa kereta kat Aries Car Rental. Mula-mula ingat nak sewa kat Bayswater, berdepan je dengan Aries, tapi companynya tak buka lagi. So, pilih kereta, bayar deposit, settle.
Kitaorang pilih kereta Nissan Tiida Hatchback. Kereta paling murah rasanya kat situ ;)

Rate : $55 x 2 days = $110
GPS Hire : $7.70 x 2 days = $15.40 (penting sebab tak reti jalan kat sana)
Baby Seat : $7.70 x 2 days = $15.40 (wajib guna untuk baby tapi tak sure untill umur berapa)
Deposit : $500 (boleh bayar guna kredit kad. Tapi en adha lupa nak inform bank. Maka bayar cash)

Minyak memang dah full masa kami sewa tu. Before pulangkan nanti kena full kan balik minyak tersebut.

Lepas balik hotel, siapkan hadif then terus gerak ke Caversham. Tempat ni ala-ala zoo. Tapi tak semua binatang ada. Mostly binatang yang memang ada kat Australia je yang ada kat sini. Yang bestnya, kita boleh main dengan kangaroo. Boleh bagi makan, ambil gambar secara dekat, lepak-lepak dengan kangaroo..lepak ok..hahaha...

Muka ceria masa baru sampai. Time ni hujan renyai-renyai.
Sejuk wei.

Mama pose dengan kangaroo.
Alih-alih kangaroo nak melompat nak kejar sebab nak makanan lagi
^___^

Acara bagi makan kangaroo. Hadif nampak berani.
Hakikatnya dia geli nak pegang kangaroo tu.


Ada banyak show kat sini and timing pun lain-lain.
Show yang ni je kami sempat pergi. Agak terkilan juga


Koala. Keja asyik tidur je. Bahagia ko ye koala.
20 jam waktu tidur sehari
-_____-''

Binatang ni nama wombat. Lelaki tu je boleh pegang.
Yang lain boleh ambil gambar je

Kalau pergi sini, ambil pamplet and tengok semua waktu show. Macam aku ni sebab nak kejarkan masa. Pastu anak debab tu dah mengamuk nak tidur. Kesian plak. Terpaksa berkorban show ketam bulu biri-biri demi hadif.sob3...

Next stop kami pergi Freemantle. Kat sini pun just pergi market dia je. Tengok life orang Perth. Weekend memang ramai sangat orang sebab diaorang semua bawa family keluar. Aku tak pergi pun penjara ke apa ke.

Budak debab tidur masa ni. Selesa mak berjalan nak

Kami borong buah kat sini. Buah kt sini fresh and manisssss



Dari freemantle ni, kami berjalan kaki sebab nak g makan fish & chips yang famous kt sini. Actually ada dua tempat yang ramai sangat suggest untuk g makan. Tapi kami makan dekat Kaili's. Yang lagi satu tu Cicerello's.

Muka tahan sejuk.



Ok, mula-mula kami pilih seat kat luar. Biasalah orang Malaysia kan...kalau lepak mapley pun sure nak dok luar. Kekonon sambil makan boleh tengok kapal, cuaca sejuk. Sekali, masa makanan sampai kat meja, seagull dah curi sotong!!Hampeh betul. Patut takde orang duduk kat luar.hahaha..Last sekali, en adha suggest kitaorang tukar seat kat dalam.




Ni Cicerello's. Kedainya dekat-dekat je.
Tak senonoh ok patung tu

Lepas makan, terus gerak balik hotel. Lagipun dah hujan time kitaorang balik. Tapi kat sini hujan dia jenis tiba-tiba. Tau-tau dah hujan. Cuma hujan tak lama. So, memang cuaca agak sejuk. Settle hari pertama. Nanti aku sambung lagi.

p/s: entry Perth ni aku nak wat pendek-pendek je lepas ni.heheh

HELLO OKTOBER!!!

0 comments


Alhamdulillah sudah Oktober. 
Cepat betul aku rasa masa berlalu tahun ni. Tau-tau dah nak hujung tahun.
Aku suka bulan Oktober sebab aku lahir bulan ni
^____^

Kalau orang lain tak suka sebab umur bertambah. Aku plak suka.
Hakikat yang kena terima tetiap tahun. Memang umur bertambah kan
So, October please be nice to me. Jangan noty-noty ye. Saya tak suka.
Saya nak happy-happy je bulan ni.

p/s:ok-ok..lepas ni sambung story Perth. Ada orang request habiskan story Perth cepat-cepat