Abang Hadif- Setahun Lapan Bulan

Sejak dah nak dapat baby baru ni, kitaorang dah start panggil hadif abang. Memula nak panggil along, tapi macam abang lagi best. Bunyi gaya abang besar gitew.hahah.. Kalau tanya sape abang, automatik dia angkat tangan. Good boy!!

Lama sangat tak update pasal budak debab sorang tu. Ehh..dah tak debab dah. Bila dah masuk umur setahun 2 bulan haritu semua lemak-lemak dia dah lari.. ;). Bagus la..aku risau gak kalau dah obesiti plak nanti.

Currently dah wean off masa umur dia setahun setengah. Perasaan adalah sedih. But, sangat bangga dengan pencapaian diri sendiri sebab dapat BF dia lama camtu. Terpaksa wean off due to my pregnancy.sob3..sorry hadif. Nanti dalam entry lain aku share ye cara aku wean off kan dia. Alhamdulilah berjaya and experience aku tak sesusah orang lain rasanya.

Dah banyak words yang dia boleh sebut. Tapi nak buat ayat tu macam agak payah lagi. Still pelat-pelat. Biasa la budak kan. Sangat senang nak imitate and ajuk orang cakap. So, memang kitaorang agak berhati-hati bila nak bercakap sekarang ni. Tapi bahasa semua rojak. Ada english ada malay. Animal semua dalam bahasa inggeris. Fish, dog, cat, horse, etc. Words makanan semua bahasa melayu...nasi, kuih, roti,ayam. Nampak sangat memang tekak melayu kan. heheh


Sekarang dah pandai cakap terima kasih kalau kita bagi something yang dia nak. Actually masa umur setahun 4 bulan haritu dah kami perasan. Tak ajar pun lagi time tu. Maybe dia selalu dengar kitaorang cakap terima kasih once dia bagi something. So, dia belajar dari situ. Seriously, budak-budak sangat senang imitate apa yang kita buat. So, tunjuk benda yang baik-baik je depan anak-anak ye.

Tantrum punya fasa memang dah bermula masa setahun 2 bulan tu. Tapi still boleh handle. Biasa kalau dia tak dapat barang memang dia agak tunjuk perasaan. Berguling macam hero hindustan atas lantai. At first aku akan pujuk, tapi kalau tak jalan, aku biarkan je. Nanti lama-lama dia akan datang sendiri kat aku. Tau pun...hahaha...Tapi setakat ni ta pernah lagi buat hal kalau kat luar. Tantrum pun kat umah je. 

Ada je kerjanya T__T

Minat terhadap kenderaan adalah sangat mendalam. Especially crane, cement truck, big rig. Kalau nampak memang dia excited sangat. Bawa keluar memang suka sangat tambah plak sekarang tengah busy projek MRT kan..so, benda-benda tu banyak. Memang semua benda nak tengok. Tak sia-sia gak belikan dia buku pasal kenderaan. Mostly dia banyak belajar dari situ.

So far lately ni aku memang tak berapa ajar dia sangat. Kalau tak dulu memang aku akan spend masa pagi dengan petang akan ajar dia ABC, menulis, membaca..tapi sejak aku pregnant memang malas bertingkat-tingkat. En adha pun dah busy sebab dia dah sambung study. Maka, masa agak terhad. Kalau tak dulu, malam memang en adha akan ajar dia. But, still bacakan gak dia buku, ajar la juga ABC. Sekarang ni, ABC tu dia dah tau. Cuma ada certain alphabet yang dia tak reti sebut tapi memang dia kenal. Dia memang suka buku, so, at least hari-hari aku akan bacakan buku. Minat menulis dah sekarang. Tapi faham-faham la kan..more to menconteng.heheh..Selamat en adha dah belikan paper roll yang kat Ikea tu. Memang suka sangat-sangat. Lepas tu terpaksa melayan dia melukis. Main order je nak suruh orang lukis apa. Tapi balik-balik suruh lukis lorry, bus, car, big rig -___-''. Sampai naik boring sebab sehari ntah bape kali nak kena lukiskan.

Ni mama yang belikan. Senang nak bawa ke mana-mana

Selera makan memang ok. Cuma aku memang dah start bagi family food kat dia. Konon memang nak avoid garam dengan gula untill dia 2 tahun. Tapi masa aku awal pregnant tu, memang tak larat nak buat apa. Even masak pun en adha yang buat. So, aku decide bagi jela family food apa yang kitaorang makan. Kesian plak en adha nak masak lain untuk hadif. But, benda-benda manis memang aku tak bagi lagi except roti. Aiskrim, kek, gula-gula, air manis-manis memang dia tak pernah makan lagi. Tunggu la bulan 6 ye hadif.
Buah memang sentiasa kena ada kat rumah.
Hari-hari mesti nak makan buah

Birthday dia this year maybe akan sambut lambat sebab aku dah nak bersalin time tu. Tambah plak en adha akan busy untuk final exam. Dengan dah dekat nak puasa lagi. Maka kami sepakat nak postpone untill baby dah deliver. Maybe buat aqiqah and open house raya sekali. Senang cerita. Semua sekali harung. Save duit. And yang penting aku dah habis pantang time tu. Boleh le melantak semua makanan kan...kehkehkeh...

Hero kesanyangan. Still nak duduk dalam car seat dengan behave nya
*____*


p/s: Next month pregnancy aku dah masuk 6 bulan. ehhh..apsal yg 2nd ni rasa cepat sangat?? 

1 comments: (+add yours?)

LisaLisut said...

hah? dh 6 bbulan? rs mcm br je i bc berita u pregnant. huhuhu. take care

Post a Comment

any idea or comment?just drop here