Wishlist...

2 comments

Nama pun manusia, nafsu nya banyak sangat.hohohoho....
Aku tengah terbayang-bayang dua benda ni sampai tak lalu makan,mandi tak basah,tidur tak lena...hahhaa...takkkk..aku tipu. Takde la sampai camtu kan.Cuma nya termimpi-mimpi


Wishlist pertama: aku nak camera

aku mahu G11

Harga camera ini almost nak sama dengan DSLR.tapi aku masih mahu camera ini juga walaupun telah dinasihat oleh en adha untuk beli saja SLR katanye.Takmo juga kataku..Aku tetap mahu camera di atas.Tapi G10 sudah discontinued.Makanya,terpaksa membeli G11.Hobi aku memang ambil gambar dari dulu. Aku enggak mau SLR sebab,sekarang macam dah trend bawa SLR ke mana-mana.Even budak sekolah pun ada SLR.Wahh..dah macam handbag aku tengok,suma kepit SLR.huhuhu..Lagipun,SLR terlalu besar pada aku.G11 ni function almost sama dengan SLR and saiz agak kecil and kami tak perlukan SLR lagi since en adha dah ada SLr.Pasti aku kelihatan kacak bila ambil gambar pakai camera ini~aisshhh..perasan~ ;P

Wishlist kedua: Laptop

wahhh...white colour~i loike~

Aku juga memerlukan benda di atas.Ye aku sudah ada laptop pemberian ayahanda tercinta ketika aku study dulu.tapi tu dulu...Aku mahu yang sekarang.hehehe...Laptop aku itu sudah tua.Sudah berumur hampir 6 tahun.Lama bukan???Tapi aku mahukan laptop berwarna putih,ringan-less than 2kg,kecil-saiz A4 paper,nipis,enggak mau netbook and harga below 2k.hahahah...Masa aku cakap kat en adha,dia cakap aku gile.hahaha..Nak feature hebat-hebat,tapi nak murah.Telah aku cakapkan,manusia mempunyai nafsu yang melampaui batas terutamanya aku.Bukan apa,aku ni kurus,macamana nak bawa laptop berat-berat.huhuhu..lagipun,laptop aku sekarang memang saiz A4,berat less than 2kg tapi of coz harga more than 3k.Time tu bapa aku bagi,takkan nak minta kat dia lagi kan.hehehe...

Setakat ini,hanya ini saja wishlist aku.bila nak dapat tak tahu lagi.Dah dapat nanti aku cerita,k.Ala...nama pun wishlist,betul tak???

nota kaki: entry ni ditujukan khas buat "seseorang".Birthday saya hari terakhir bulan oktober~tragedi oktober~ahakss...faham-faham la ye awak.sempat lagi nak menabung dari sekarang.btw,saya sayang awak(ayat amik hati-hahahah)

Dua bulan sudah...

0 comments

Oppsss...aku belum pregnant ;P
Tapi kami dah dua bulan kawin.Alhamdulillah....
Actually,semalam anniversary kami.Aku lambat membuat entry ini


Source: google

Happy MonthSary for us!!!
LOVE U SO MUCH!!!!

Buku tetamu kami

4 comments

okeh!!!sekarang baru ada mood nak sambung cerita wedding aku.Aku nak cerita pasal Buku Tetamu aku


hasil kerja tangan aku~bangga~



Apa yang dirancangkan seperti dalam entry ini, aku nak letak gambar-gambar pre wed dalam buku tetamu aku berjaya direalisasikan.Terima kasih kepada en adha and kawan baiknya Lofti sebab sudi print gambar-gambar tu




Walaupun pada mula nya aku dengan en adha rasa macam tak nak buat buku tetamu ni,takut takde orang nak sign,but kami buat gak.kalau tak buat,camne orang nak sign.Aku agak gila kuasa~as usual~,buat punya tebal.Sampai adik aku cakap"akak,ko ingat ko tu artis ke?".hahahaha..biasa la,aku felling diva..ahakss...

Tapi kesudahannya,buku tu full of sign.tak cukup page okeh!!!~satisfied~.Buku ni telah digunakan di dua-dua kenduri.Yakni kenduri rumah aku dan rumah en adha.Macam-macam wish kami dapat~suker~

Ni antara wish yang kami dapat ;P


  
baekk!!! en kinto,insyaAllah kami datang ye ;)

Wish dari team photographer~Fuzuri Design~



Sekarang,buku tetamu tu aku simpan baik-baik.Itu adalah kenangan yang berharga buat aku dan en adha. Really appreciate kepada semua yang sudi sign buku tetamu kami.Terima kasih yang tak terhingga. Until now,kalau ada masa,sure kami akan tengok buku tu sambil tergelak-gelak ;P

Again...thank to all of u...



 

 

Demam Bola

0 comments

World Cup!!!!!!!!!!!Yehaaaaa...


Ada tak perempuan suka tengok match bola?ada..ada....aku la tu.heheheh....
Aku memang suka tengok match bola dari dulu lagi.mungkin disebabkan keadaan sekeliling yang rata-rata lelaki dalam family.Perebutan remote TV selalu berlaku kat rumah aku dulu.Yang kalah,for sure aku.Gile ke nak menang..adik aku besar cam gergasi.lalu aku pasrah menonton benda bulat itu di tengah padang.huhuh....


Dah lama-lama aku suka tengok.Plus,aku penah main bola wakil kolej masa kat UiTM and aku suka main futsal.So,bila world cup mula je..aku jadi teruja.aku dengan en adha memang tunggu-tunggu WC ni.heheheh...Dulu masa bercinta,sanggup lepak mapley kat Kelana Jaya semata-mata nak tengok.kang tengok kat umah naya kawin free.hehehe...


Angan-angan masa WC 2006,kami nak sangat tengok WC 2010 kat umah sama-sama.YESS!!akhirnya hasrat tercapai.Gila best tengok kat umah.boleh makan-makan,baring-baring n yang penting en adha ada kat sebelah.Match pukul 2.30 pagi pun sanggup tunggu.Dah la aku tak keja,lagi la aku sukerr..hehehe...


WC yang lepas,aku sokong England.Tapi tahun ni aku macam nak sokong Brazil,Portugal,Argentina.boleh x?heheheh...tak sabar nak tunggu final. Masa taip ni pun aku tengah tengok match Portugal vs Korea...Sure Portugal menang.bye..;P

Selamat Datang ke Dunia ;)

1 comments

Tanggal 31 Mei 2010, kawan baik aku Syafak dah bergelar ibu-TAHNIAH!!


So,lepas kenduri mala haritu,aku dengan yah terus pergi melawat dia.wahhh...jalan tak hengat donia ;P
Actually, aku dengan en adha dah melawat dia haritu kat hospital.kira ni lawatan susulan.mengalahkan bidan kg aku ni..gagaga...


Syafak dapat baby boy.choymel ;P-Rass Dayyan Khan (nama x hengat punye glamer) sampai ada anak buah dia panggil Giant-hahahhaha...Padan muka ko syafak ;P




it's a boy ;P

Syafak bersalin kat Hospital Teluk Intan.Pengalaman bersalin dia amat scary untuk didengar.huhuhu...Walaupun dia seorang nurse kat Hospital Ampang,tapi layanan yang dia terima amat dahsyat.Bayangakn dia kena menanggung kesakitan almost 12 hours before masuk dewan bedah.Dua-dua sakit dia rasa katanya, sakit bersalin normal and sakit bersalin operate.Aku tengok jahitan kt perut dia pun dah cukup menggerunkan aku.

But,alhamdulillah dia n baby nye selamat.Kadang-kadang rasa insaf bila dengar experience orang bersalin...betapa susahnya mak-mak kita nak lahirkan kita..I Love u Mama ;)

Congratulations again to Syafak n Radhi on your new born baby. Take care of urself ye dear.Kasi kempis dulu apa-apa yang patut pastu baru kita lepak ramai-ramai cam dolu-dolu,k.love u..muahhhsss

p/s: glad to hear my bestest cousin dh pregnant-Congrats dear ;P 

Selamat Pengantin Baru~Mala+Ariff~

0 comments

As usual,cuti sekolah memang banyak sangat kenduri kawin.aku pun dapat dalam 5 undangan.tapi memang tak mungkin la nak g semuanya.Aku kenal Mala dari sekolah teknik .Dia ni juga la yang bertanggungjawab ambil gambar untuk pre-wed aku hari tu.thanks dear ;P


Wedding dia 12/6.Nikah 11/6.Aku datang all d way from kemaman untuk hadir majlis dia.Kau kena terharu ni mala.heheh..penat??of coz...tak boleh nak cakap.aku balik seorang diri,since en adha tengah shutdown yang memang tak memungkinkan dia untuk hadir. As usual la..selamat masa kenduri dia,dia boleh datang ;)


Aku terpaksa jadi photographer terjun since OP dia langsung tak boleh harap.kawan aku just amik sekali dengan pakej butik.bayangkan, dia la yang mekap kawan aku,dia la photographer.gila kuasa okeh!!!So, a lot of happy moment does not capture by him. SLR en adha jadi penyelamat keadaan.Thanks hubby bagi pinjam camera tu ye...Just layan gambar-gambar ni ok



  

Malam tu ada marhaban and cukur jambul anak buah mala.Kebetulan,aku dengan kawan aku yang lagi sorang tu memang tido umah mala.So,kami pun join la semua acara-acara tu.Pagi esoknya ada acara khatam Quran.Then,pukul 1 majlis sanding.Yang bestnya,pengantin lelaki berarak naik vespa tu.huhuhu...memang klasik ;)



    
Even,kawan-kawan sekolah kami ramai yang tak dapat hadir,tapi kawan-kawan kolej mala ramai yang datang.baru la aku tau,letihnya jadi OP ni.dah la camera tu berat.pergghh!!!memang mencabar.paling susah nak kumpulkan suma family untuk gambar keluarga.tapi aku suka bila en adha cakap tangan aku berseni.yeehaaaa!!!!

Outdoor hanya di buat sekitar umah mala.Memandangkan umah mala ni dekat dengan Hot Spring,Sg Klah,aku agak teruja nak ke sana untuk outdoor. Tapi memandangkan hujan rahmat telah memunculkan diri,niat tu lenyap bersama awan yg gelap(ayat poyo gile..gagaga).Sebelum hujan,kami sempat snap beberapa keping gambar


 


                        

ok, tu saja setakat ini.Petang tu kami terus ke teluk intan untuk melawat sahabat yang baru melahirkan baby sulungnya...Next entry,k

TERUJA

0 comments










;p

Lagenda Budak Setan~LBS

4 comments

huhh...aku rasa ramai yang tengok cite ni and dah review pasal cite ni. mula-mula aku macam tak nak komen apa-apa.tapi bila dah baca ada wall comment dalam muka buku,terus berkobar-kobar nak review pasal cite ni.


comment dalam muka buku- "lagenda budak setan~touching~"


haaaaaaaaaa!!!!touching?celah mana yang touching aku pun tak tahu.okehh..aku dah tengok cite ni masa opening.semangat beb!!!aku berjaya memujuk en adha untuk merealisasikan impian aku.bukan senang nak memujuk en adha tengok cite melayu unless cite arahan afdlin shauki or yasmin ahmad.aku berkobar nak tengok sebab masa aku sekolah dulu memang gile la baca novel LBS tu..


kami tengok kat ipoh sebab kebetulan time tu kami ada kat kg.wayang tak full maybe sebab hari kerja kan.starting pada aku ok.especially time lisa tercekik cicak.tapi bila dah nak klimaks tu aku rasa takde impak.masa scene ayu kawin dengan azmi,baru nak sedih dah move to scene lain.sampai part suzana bagitau kasyah yang ayu dah kawin dengan azmi,sepatutnya time tu memang sedih.tapi feel x sempat sampai dah move to scene lain..cettt...apa da...


pastu,scene kawan-kawan si kasyah,sapi,man and cincai pun skit sangat.memang aku frust dengan cite ni.jalan cite memang ada.cuma benda tu tak sampai ke penonton.tak sempat nak touching...tu pandangan aku.mungkin ada yang review cite ni best..tapi pada aku memang mengecewakan.


and..aku rasa paling lawak masa muka ayu terbakar.dah macam hantu bungkus and time tu satu panggung gelak ye..bukan orang sedih.suppose Farid Kamil tu ganti dengan remy ishak maybe better kot.haritu pun aku dengan kawan-kawan aku dah berdebat pasal si FK ni.kitaorg suna vote for remy ishak untuk jadi kasyah.huhuhu...


en adha siap cakap yang dia dah agak cite tu memang tak best.hahahha..hampeh!!cite ni akan ada sambungan...kali ni aku terpaksa berfikir 365 kali nak g tengok ke tak ;(