Wowww...makan-makan?sure ramai yang suka kan.Oleh yang demikian,anda dijemput hadir ke sesi makan-makan rumah aku pada hari Rabu ni.hehehe...Sesiapa yang berdekatan kawasan Kemaman,boleh la singgah ye.
Aku tak menyatakan ia adalah open house kerana majlis ni hanyalah keci-kecilan.Jemputan kami sekitar 30 orang sahaja.Semua jemputan adalah sahabat handai en adha di pejabat beliau.Bukan tak nak buat open house cuma mungkin belum tiba masanya kerana kengkangan ruang dan tenaga kerja.Rumah kami yang comel ini tidak memungkinkan kami untuk menjemput jemputan yang ramai dan tenaga kerja adalah limit.Cuma ada tulang lapan kerat je (termasuk tulang en adha ;) ).Itu pun tulang aku keding-keding je.hahahah....
Semua barang-barang kami dah beli.Boleh kata hari-hari keluar nak cari barang.Yelar,rumah kami masih belum lengkap.Masa balik kampung haritu aku plak tak angkut pinggan mangkuk mama aku.Mama adalah pengumpul pinggan mangkuk yang berjaya.hahaha..Aku salahkan en adha sebab tak plan awal-awal untuk majlis ni.kalau tau awal boleh la ambil apa yang patut masa kat kampungkan.
Aku dah listkan juadah untuk majlis tersebut.Aku akan masak soto ayam,kuah kacang,rendang ayam,nasi impit dan puding buah-buahan.Best tak juadah kami??.heheheh...Biasa-biasa je sebab itu je yang aku pandai nak masak.Sedap ke tak,aku tak tau la.Takde orang keracunan makanan pun dah cukup bagus kan..gagagga...InsyaAllah takde :)
Doakan aku berjaya untuk masak semua tu.hahhaa....Family aku pun selalu gak wat makan-makan,tapi selalunya,aku hanya pembantu mama.Sekarang,aku kena bertungkus-mulus sorang-sorang.Kalau aku dok KL sekarang,for sure aku hire mama untuk tolong and kawan-kawan aku akan dikerahkan menjadi staf di dapur.hehehe..and list tetamu akan jadi bertambah panjang.Masa kawan-kawan aku tau aku nak wat makan-makan,semua cam keciwa..Sian korangkan..hukhuk..Takpe,lain kali aku wat makan khas untuk korang ye.
Gambaran kejadian akan aku ceritakan kelak.
Bye
Nayli, Welcome to Science Girls School (SGS)
6 months ago
2 comments: (+add yours?)
Aku baru je ahad tu buat..utk adik beradik aku n ece je..suddenly jiran2 dtg serbu..takpelah..mmg rezeki dah terhidang..aku masak nasi impit, kuah lontong, kuah kacang, agar2 kemeyan,dodol (mak aku kasi), kek buah (MIL kasi), buah, kuih2 raya..takde daya nak masak mcm2..sbb takde niat nak buat, suddenly kak liza n cho kata nak dtg (sabtu ptg dia cakap masa aku g rumah dia)..bergegas lah mlm tu beli barang (lepas balik umah anyah around 9 mlm)..kul 2 pg gak la aku tido menyiapkan apa patut..gambo takde byk..2-3 keping je..sibuk layan tetamu smp lupa kuar camera..utk kwn2 pun tak tau bila nak buat..rumah sempit..payah..
aku ni sbb kwn2 adha sibuk tanya.masa br pindah diaorg tnya bila house warming.aku x wat pun.so,raya ni sekali harung.ajak suma sekali.senang,xyh aku nk masak byk2 kali.tapi jemput yg rapat je.nk jemput suma mau lebih 100 org.x sanggup aku.hahah..kalau aku dok KL,sure aku jemput korang dtg.heheh...
Post a Comment
any idea or comment?just drop here