Ini adalah sambungan dari entry before ni pasal makan-makan kat rumah kami. Alhamdulillah,semuanya success.Makanan semua habis sampaikan aku dengan en adha terkulat-kulat nak makan rendang ayam,soto ayam and makanan yang lain-lain.Padan muka!!!.
Aku memang letih.Serius...tapi amat puas hati sebab semua orang kenyang and puji makanan sedap~~blush~~ *_*.Aku tak tipu.Tapi aku takut tetamu yang tipu.Makanan tak sedap tapi nak amik hati tuan rumah punya pasal,puji juga la buat manis mulut (macam biasa buat je.hahah).Tak kisah la as long as permanent food tester aku cakap sedap,aku anggap benda tu adalah benar.Food tester tu of coz la en adha.. ;P
Hari Selasa tu aku dah prepare apa yang patut.Malam tu memang aku dah start busy.Selamat en adha ni jenis ringan tulang. Dia kemas rumah and aku masak. Dia tak pandai masak even mak dia ada kedai makan.heheh...tapi setakat nak minta tolong potong-potong tu,still boleh diharap. Pencapaian yang paling tinggi setakat ini,dia telah berjaya wat pudding.hahahha...Habis kat semua kawan-kawan yang datang dia bagitau.Poyo betul en suami ku itu ;P
Malam tu aku tidur lambat buat preparation.Malam tu setelkan kuah untuk soto,begedil,goreng ayam and rebus nasi impit.Desert kami dah siapkan awal-awal.Awal pagi aku dah bangun.After subuh and en adha g kerja,aku dah mula masak rendang ayam,kuah kacang and prepare semua benda.Lunch time, as usual en adha balik rumah.Habis semua makanan dia test.Dia memang food tester terbaik aku.hahah..kalau tak sedap,memang direct je cakap.Tapi setakat ni, tak pernah lagi makanan aku kena reject.Lepas rasa semua,dengan muka yang teruja terus cakap LULUS!!!thanks hubby ;P
Lepas kerja dalam pukul 5.30,rombongan pertama dah sampai.Tak ramai pun,3 orang je.Lepas diaorang balik,kawan aku masa kat sekolah teknik plak datang.Kebetulan dia kerja kat Petronas Carigali.Lama gila enggak ketemu beliau.Memang sembang panjang la.Lepas maghrib,jiran-jiran kami plak datang.Then,after Isyak rumah kami telah diserbu dengan kawan-kawan en adha.Time ni memang kelam kabut sebab kami belum sempat nak refill semua makanan.
Time ni aku memang busy.Selamat en adha ada.Dia tolong apa yang patut.Aku memang tak sempat sangat nak menyembang dengan semua tetamu.Paling aku cuak masa en adha cakap kuah soto dah habis.HAIIIYAKK!!!Time ni aku dengan en adha dah gelak-gelak kat dapur.Dia suruh berdoa supaya takde orang nak tambah makan soto dah.hahahah...lawak gile.Selamat cukup-cukup je.
Kawan-kawan en adha yang bujang-bujang memang lepak lama kat rumah kami.Siap tengok album kawin.Makan entah bape round aku pun tak tau.Siap tapau pudding lagi.hahahha...Aku tak kisah pun sebab memang kami dah beli siap-siap bekas plastik untuk sape yang nak tapau.Aku ada buat dadih mangga gak,then aku letak fruit cocktail.Aku buat dalam bekas plastik yang kecik tu.Memang untuk ditapau.Habis semua diaorg rembat.hahah....
Lepas semua orang balik,kami memang lapar gile sebab kami tak makan apa-apa dari petang tu.Tapi makanan semua dah habis.hahahha...Last-last makan la nasi impit.Selamat kuah dia ada tinggal sikit,pastu rendang ayam tinggal seketul,kami share.hehehe...Tak kisah la,janji kami amat puas hati.Seronok rasanya bila dapat bagi orang rezeki.Feedback amat memberansangkan.Siap ada suruh aku buka kedai makan.Argghhh....tak mungkin la..Untuk makan-makan boleh la.Nak meniaga memang tak mungkin.
Aku letak skit gambar.Memang sikit sebab masa orang ramai tu,kami dah tak fikir pasal camera..Sibuk punye pasal....
Kisah Anak-Anak
4 years ago
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here