Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk semua reader blog ni.Maafkan aku kalau ada entry yang agak menyinggung hati dan perasaan ye..
Perlu ke aku story pasal aktiviti raya aku??ermm..takde apa yang menarik since aku rasa tahun ni raya yang agak suram dan kurang meriah.Tapi aku caye raya korang semua mesti bestkan.Cuma yang best sebab aku dapat beraya dengan en adha tahun ni.hehhehe...Macam pelik tetiba pagi raya dia ada kat rumah aku.hahah...
Tahun ni pagi raya kami berada di Tapah,Perak.Kampung aku.As usual pagi yang lelaki pergi sembahyang raya,aku and mama sibuk kat dapur. Raya kali ni,aku langsung tak tolong mama sediakan juadah hari raya yakni rendang,ketupat dll sebab aku demam ;( Aku demam teruk sejak tiga nak raya.Sehari sebelum raya,mama terpaksa masak sorang-sorang sebab aku dah terbaring je dalam bilik.Lastly,en adha bawa aku g klinik.So,sepajang minggu raya aku memang hilang mood.Pagi raya tu pun kami tak ke mana-mana.Cuma menerima kunjungan sedara-mara.Petang,after solat Jumaat kami 1 family gerak balik ke Kuala Kangsar,kg sebelah Babah.After that,aku dgn en adha teruskan journey kami pulang ke Parit Buntar, kg en adha plak.
Sampai je sana,terus terjah umah Mak Su dia.time ni aku memang dah flat sangat-sangat.Nak cakap dengan orang pun tak larat.Sampai rumah Mak Lang dia,aku gagahkan juga la.Kang ada yang cakap sombong plak.Sampai je rumah MIL,aku terus tidur.Yang bestnye,en adha plak cirit-birit 1st day raya tu.So,memang totally sangat tak syok.Aku dah flat tidur malam tu,yang dia asyik terjaga g toilet.hahahha..
Second day tu,kami yang tak larat ni g juga la beraya ke rumah sedara-mara en adha.setiap rumah kot en adha melepaskan hajat.hahaha..sian dia.Third day raya,beraya ke rumah kawan-kawan en adha.Malam tu kami wat BBQ.Actually,ni BBQ kawan-kawan sekolah en adha.Aku tumpang sekaki la...Esoknya,kami pulang semula ke rumah aku. Kononya nak beraya la ke rumah makcik-makcik aku.Tapi disebabkan kami letih yang amat dan ditambah plak dengan kehadiran kawan Babah,langsung niat terbatal.
Next day just lepak kat rumah sampai petang.And malam tu MIL call, inform yang Tok nek en adha dah meninggal.Lepas solat Isyak,terus gerak balik kg.Time ni aku demam lagi.But,tak teruk sangat dah.Esoknya lepas kebumi jenazah,kami terus pulang ke Tapah.And the next day,aku dah balik Terengganu.Aku rasa aku banyak habiskan masa beraya kat highway je.hahhha....
Walaupun,aku rasa tahun ni tak berapa meriah,tapi still best sebab dapat berkumpul ramai-ramai,bagi duit raya even aku tolong en adha masukkan duit dalam sampul je.heheh...saya tak kerja,so,dikecualikan bagi duit raya.. :P Gambar raya ada la juga,tapi aku takde mood nak upload.Lagipun,kami tak pakai baju baru pun.Even tak shopping raya pun,shopping semua untuk family.Nampak sangat memang takde hati nak raya.
Itu saja coretan raya aku.Raya korang camne plak??
Bye
Kisah Anak-Anak
4 years ago
2 comments: (+add yours?)
demam ehem2 ke weh? aku aritu pun mula2 demam gak..
jgn tertipu ye kazenku..lupa nak mention,aku tiap2 bulan demam.mmg dari dulu.kalo aku x MC dlm sebulan cm pelik je.hahaha..aku rs sbb perubahan cuaca tapah dgn tganu.sbb ms aku study kt dungun pun cmtu.cuti sem balik je kg,1st week tu sure demam.kt cni panas dia lain mcm wei..tp skrg dh nk masuk fasa tengkujuh ;P
Post a Comment
any idea or comment?just drop here