Pernah Makan KODOK goreng tepung??

0 comments

Semalam aku blog walking.Then,baca blog ajjah.Dia minta advice pasal trip to Jakarta.
So,memandangkan aku dah pernah g sana dua kali,aku cadangkan dia g Mayestik.Makanya,aku pun dok terimbau kenangan silam masa aku g sana.


Second trip aku g dengan makcik aku,mama aku n KKS(kawan karib selamanya) aku yah.Mayestik ni memang terkenal dengan segala macam kedai kain.Sepanjang jalan kedai kain.Lace berlonggok-longgok.Bukan lagi rambang mata,mau terkeluar biji mata.hhahaa...Trip kali ni adalah untuk misi mencari kain baju pengapit,kain baju melayu untuk jejaka dalam family aku dan kain untuk dayang-dayang yakni KKS aku.


Gambar tidak dapat disertakan kerana kemungkinan camera untuk tertinggal di kedai kain adalah tinggi.Takde sape ingat camera or aktiviti bergambar bila dah nampak kain yang lebih menarik perhatian.Setelah penat menghabiskan duit berjuta-juta,baru rasa lapar.Maka,pencarian kedai mengisi perut pun bermula.


Pada aku,agak sukar untuk jumpa kedai makan yang sedap kat jakarta compare to Bandung.Tapi akhirnya,berjaya menjumpai kedai yang menepati piawaian Pn Hamidah(mama aku).Lagipun,kata mama mesti halal sebab pekerjanya pakai tudung(tipikal la kan.pakai tudung je islam.Kot orang tu botak,nak cover,pakai tudung ;-)


Dapat menu semua muka cam dapat emas.Lapar siot...Mama paling excited rasanya.


Mama : na,mama nak air orange jus (jauh-jauh datang,order fresh oren je..ceett).Makan,kome(cakap perak yang bererti korang) order le apa-apa.Mama tak kisah
Aku : mama, nak makan KODOK tak?
Yah : wei,kat sini pun ada jual cekodok (cucur) ke?(sambil wat muka blurrr)


Apa kejadah ada menu cekodok kat jakarta.Siap ada dalam menu KODOK goreng tepung,KODOK masak cili, sup KODOK.Lepas je yah cakap camtu,aku terus bantai gelak.


Kodok (bahasa Inggris: frog) dan katak alias bangkong (b. Inggris: toad) adalah hewan amfibia yang paling dikenal orang di Indonesia(sumber yang dipercayai)


sayalah en KODOK bukan cekodok ok 


Aku : KODOK tu katak la wei....
Mama: eiii..jom le kita balik.Kembang tekak mama.Terus hilang rasa lapar..


Kami semua bantai gelak kat situ.Mama aku ada allergic kat binatang macam cicak,katak,tikus.Pernah je dia buang mug sebab ada cicak mati dalam tu.Kalau ada cicak tersesat dalam sink,dia sanggup tak g dapur langsung.Berbalik pada kejadian tadi,disebabkan dah masuk kedai tu,takkan nak keluar je tanpa order apa-apa.Just order air je.Masing-masing dah putus selera.


Mama aku lagi la,sampai air tu pun dia tak nak minum.hahahah...Moral of the story,berhati-hati kalau berjalan ke negara orang.And aku pernah tengok dalam tv,orang kat jakarta suka makan kelawar.Bayangkan kelawar masak 3 rasa.gagaggaga...So,sape-sape ke area Mayestik ni,beware ye.Aku tak ingat nama kedai tu..


Next year,aku dengan mama dah book tiket untuk vacation.Kali ni naik Air Asia X.Jauh sikit..so mesti akan ada banyak lagi makanan eksotik yang akan aku jumpa :-)


Nak tengok camne rupa KODOK goreng tepung??


pergghh..mesti rangup cam keropok kan?? ;)

p/s: hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri ;>

::DIY tin can vases::

0 comments

Aku pasti kat rumah korang sure banyak tin-tin yang kosongkan?
Demi menyahut seruan kerajaan supaya kitar semula,aku buat tin tu tanam pokok keladi ;P
Tapi aku ada cari-cari idea lain untuk recycle tin-tin kosong ni..
Let me share with all of u,k


What you’ll need:
- Ruler
- Pencil
- Scissors
- Scrapbook Paper or gift wrap with interesting designs
- Decorative ribbon
- Spray Adhesive
- Containers to cover like an empty can, old unused vases and soda cans
- Floral foam
- Flowers




Instructions:
Step 1: Choose the container you would like to cover and measure a strip of the scrapbook paper to fit around the container.

Step 2: Cut the scrapbook paper into a strip that fits around the container.

Step 3: Spray a thin layer of the spray adhesive onto your scrapbook paper strip on the side you want adhered to your container.

Step 4: Wait one minute for the spray adhesive to get really sticky.

Step 5: Then, carefully adhere the scrapbook paper strip to the container.

Step 6: To add more interest to your covered container, spray measured pieces of ribbon with the spray adhesive and adhere to the container.

Step 7: Then, fill your container about halfway full with water. Cut flower stems at an angle to ensure they get the most water pumping through their stems. For a more hand-picked feel, simply cut the stems and place in the container. For more of a controlled, full look, you can use floral foam. Simply cut the floral foam into a piece that fits snuggly into your container and insert stems into foam.

Step 8: This method of covering different containers can work for a variety of containers and creates a fun, custom look for each vase covered. Great for bridal showers, centerpieces, place cards, and votives. For larger containers, you can use a fabric covering using the same methods of adhering the fabric. Be bold and be creative!


Mudah bukan?..pada B2B tu,maybe boleh jadikan idea ni as a centerpiece or untuk meja pengantin.Murah dan mudah.Pastu boleh recycle untuk letak kat rumah sendiri plak.
Aku nak amik gambar pasu pokok keladi aku,tapi camera takde battery.Next time ye.
So,selamat mencuba ;P




p/s:mood blogging hilang disebabkan internet lembap cam siput sedut

Review Filem::aku tak bodoh::

2 comments



Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Boris Boo

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari,
Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak - budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia?

Korang tak kan bodoh lepas tengok cerita ni
Aku tengok movie ni hari Selasa lepas..
Movie ni penuh dengan elemen kekeluargaan.Mesej yang disampaikan jelas.Ada part lawak,sedih,gembira...
Cerita ni menyampaikan mesej apa yang sebenarnya yang remaja rasa dan cara didikan ibu bapa di Malaysia ni
Banyak mesej yang cuba disampaikan kepada ibu bapa sebenarnya...Aku suka cerita ni

Tak semestinya bapa kita tak marah or membebel kat kita dia tak sayang kita.Maybe dia tak pandai nak tunjuk kasih sayang dia.
Tak semestinya,anak kita tak pandai dalam pelajaran,kita kena marah and pukul dia.Setiap orang ada kelebihan masing-masing.Mungkin dia ada kelebihan dalam bidang lain.
Jangan sibuk sangat mencari duit sampai anak-anak terabai.
Puji la anak anda walau dia tak pandai mana.

Tu antara mesej yang aku rasa amat berguna dari filem ni.So,aku memang suggest korang g tengok cerita ni..

F.A.M.I.L.Y

Father and Mother, I Love You

p/s:Kungfu Panda 2...menanti untuk bergelak ketawa ;P

27th=Crocs+"Rahsia Resipi"+Bubba Gum+Frends+happy

3 comments

Crime scene: Curve + Ikea (cam takde tempat lain kan??hahah)
Date: 4 December 2010
Team member: Burfday girl, Nad, Fitri, Puza, Marlina last but not least en adha ;P


Aku muda lagi sebab baru celebrate birthday aku sabtu lepas.hahaha....

kaki sampan aku memang susah nak cari saiz ;(

pencarian berhasil.thanks to Nad,Fit & Ani for the present

us at secret recipe

hazel cheese yang nad & en adha tak suka ;P

next stop Bubba Gump



wajib ke Ikea untuk menghabiskan duit ;)

nad with her new look

Sangat happy.Really appreciate for the celebration,cake,crocs,bubba gum.Masa amat memcemburui (ayat tak nak kalah) kami.Tak puas bergossipan.hahahha...
Rasa diri dihargai bila dikelilingi dengan orang yang sayang kita. Pada aku tak perlu ada sahabat yang ramai,just cari sahabat sejati.

Friendship Forever 
(^____________^)

p/s: akan review pasal makanan di Bubba Gump untuk next entry,k








Nasi minyak di Ipoh & tanjung karang

2 comments

salam dan hai y'all (ucap dalam muka gembira)
Dah lama tak update kat sini.Mood tak sampai nak berkarya.
Semua entry ni dah berkurun.Maaf kan hamba.Aku rasa pengantin-pengantin pun dah balik honeymoon agaknya.

Tempat kejadian :- Ipoh,Perak
Pertalian :- Kawan aku & en adha masa sekolah teknik
Tarikh kejadian: - 20 November 2010
Nama pengantin :- Lone (nama panjang aku tak tau ;p )

mereka semua classmate en adha

aku jadi camerawoman ;P

Tempat kejadian :- Tanjung Karang, Selangor
Pertalian :- Kawan en adha masa kat UTM,KL
Tarikh kejadian: - 21 November 2010
Nama pengantin :- Ajib & Ayu


selamat pengantin baru ajib & ayu

 
ada acara baling gula-gula
(kalau baling coklat cadbury,sure aku dgn fida g rebut sekali)


Masa wedding ajib ni aku jumpa blogger pn fida.Husband dia classmate en adha masa kat UTM.Kami jela kaum hawa.hahahah....Semoga fida selamat melahirkan baby tahun depan ye.

Ada lagi 2 wedding yang aku akan storykan nanti.Tunggu ye

p/s: aku dah dapat hadiah contest haritu.thanks ajjah ;)




december = shopping

4 comments


Shopping is a good therapy.So,lets shopping :-)

Happy Thursday!!!


p/s: weekend ini akan bertemu teman-teman ;P