kejadian terjadi pada hari sabtu lepas
Alhamdulillah, dah setahun aku dengan en adha hidup bahagia sebagai suami isteri. Bersyukur sangat kerana Tuhan berikan aku seorang lelaki yang sempurna pada aku. Kami masih lagi belajar untuk memahami satu sama lain. Susah senang dalam perkahwinan ini kami dah rasai dan masih berjaya untuk mengatasi semuanya.
Buat en adha yang aku sayangi, terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana membahagiakan sayang dan memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Sanggup mengharungi susah dan senang bersama. Semoga perkahwinan kita akan bahagia selamanya. I love u so much and my love for you will be forever.
Nota kaki: ya,aku dah lama tak update blog. Aku akan update sekerap mungkin lepas ni sebab rumah aku dah ada unifi ;P
P/s: kami dah dapat hadiah anniversary yang tiada tandingan nya. Syukur ^__^