Singapore Trip-Universal Studios Singapore

Trip dianggotai oleh 5 orang. Aku, en adha, Yah, Mala dan Pian.Semua kawan sekolah teknik(korang best & giler!!)
Ke USS pada 1 July yang lepas. Sampai di depan pintu USS seawal pagi. Ingat kami paling awal, rupanya orang dah penuh macam semut hurung gula kat depan pintu USS tu.


antara objek paling glamer kat USS
Globe berputar adalah tempat wajib bergambar
"siap ada asap-asap,dah macam bola ahli sihir <+___+>

Pintu di buka pukul 10. Time ni dah beratur panjang. Melangkah je ke dalam harus cari map dulu.
Aku kat hollywood okeh!

Once dah masuk, terus sampai di Hollywood.Waahhh!!!tak yah nak naik flight berjam2 kan. Tapi kami tak stop pun sebab dah plan nak explore Hollywood ni waktu malam. Lagi cantik dan menarik. Research done by Pian. Harap Yah, dia reasearch pasal makan je.

Madagascar
First tempat yang kami stop. Tempat seakan-akan dalam filem Madagascar. Best!!Ada Alex, Marty, Melman & Gloria. If lucky, character cartoon Madagascar akan keluar. Sila berlari ala-ala Watson Nyambek ye sebab terpaksa beratur and ada limit. Kami hanya sempat bergambar dengan si penguin. Jadi la dari takde kan
Binatang feveret Yah sebab saiz perut mereka sama


Attraction kat sini ialah A Carte Adventure and King Julien's Beach Party-Go-Round. A Carte Adventure kita akan naik bot and nanti akan jumpa kartun-kartun Madagascar kat tepi. Party Go Round ala-ala mery go round yang kat Fun Fair tu. Aku memang teruja nak naik semua benda walau benda tu setakat pusing-pusing.hahaha..dasar kanak-kanak riang. Hakikatnya,aku memang tak pernah g fun fair masa kecik dulu T_T

adakah muka aku akan begitu bila tua nanti??

gaya Yah sebiji macam badak tu
ooo..saiz mereka sama.
aku memang memahami ko Yah

Far Far Away



Ni adalah castle Shrek dan Princess Fiona. Attraction here is Shrek 4-D Adventure. Sangat best sebab 4D. 4-D adventure ni korang akan experience sama macam apa dalam cerita tu. Cam time aku g ni, diaorang tunjuk cerita Shrek. So,bila Shrek lari kerusi tu akan rasa bergoyang sama. Terasa cam berlari sambil duduk(korang faham ke?)hahaa...siap bila kartun tu bersin kuar air hidung, air hidung tu akan terasa kat pipi korang.yeeekkkk!!!geli tak?hahhaa...Sangat BEST sampai rasa nak Q lagi sekali. Tapi masa mencemburui kami
Far east movement ke kumpulan panca sitara? ;P
Bergambar before masuk menonton 4D

Next attraction is Enchanted Airways. Ini hanyalah JUNIOR roller coster. Kenapa aku Caps word Junior tu, sebab en adha telah menggeletar lutut sehingga lutut berlaga antara satu sama lain. En adha memang dilahirkan untuk mempunyai hati tikus. Tikus pun berani dari dia.hehehe...Dia TAKUT naik suma benda yang ala-ala roller coaster. Dia naik ni pun sebab dah kena tipu dengan aku. Sorry B..Kami yang perempuan-perempuan ni asyik gelak-gelak. Sementara lelaki dua orang ni dok jerit-jerit -___-''. Malu okeh..sebab budak naik pun relax je.Adooiiii!!!

muka ketakutan en adha
muka kepuasan kami bertiga wanita berhati kental

The Lost World


This is our next pitt stop. Kat sini banyak attractions antaranya Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Amber Rock Climb and WaterWorld. Out of 5, kami hanya berjaya main 2 benda sebab dah tak larat nak beratur. Time ni nak main 1 game, waiting time dia dah jadi 2 hours. Boleh mati dalam barisan okeh. Kami beratur selama 2 jam untuk main Jurassic Park Rapids. Gile punya sabar. Time ni kalau salah cakap cakap skit,memang makan pelempang aku rasa. Letih wei...Tapi amat berbaloi tunggu 2 jam.Game tu adalah sangat best(semua game pun sangat best kot).Sila pastikan beli survivor gear yang berharga 2sgd. Kalau tau bawa je plastik sampah hitam tutup badan..benda sengal camtu dah dekat RM5.

kami berbungkus dengan survival gear
harapan mengGunung Kinabalu supaya tak basah

Tapi bila dah beli jangan bermulut longkang seperti "seseorang" itu."Aku mintak balik duit aku wei kalau aku tak basah",katanya. Ni gara-gara ada orang yang main langsung tak basah. Oleh kerana mulut longkang tahap lebar 10 kaki, "seseorang" itu yang habis basah lenjun. Kasut sampai tahap ikan boleh berenang. Tahniah!!!. Actually benda ni hanyalah naik atas bot, pastu lalu kat sungai. Tepi-tepi tu ada dinasour. Tapi tetiba benda unexpected jadi. Tu yang basah. Aku expect dianasour tu akan sembur-sembur air.Rupanya sangkaan ku meleset sama sekali.ko ingat dinasour tu naga boleh main sembur-sembur.

dia la "seseorang" itu.
Padan Muka!!

Operasi menjemur kasut 
Supaya ikan tak berenang di dalam kasut kami

After that, we manage to watch live show kat WaterWorld. Ada pelakon yang melakonkan watak-watak yang hebat ditambah plak set tu memang awesome. Kata Pian, set tu sebiji macam dalam filem WaterWorld.Aku tak tau sebab aku tak tengok filem tu T__T. Siap ada explosions okeh.Tapi show ni ada time.So,sila arrage masa anda dengan baik supaya tak terlepas live show ni.

Ancient Egypt



Kota mumia. Kat sini penuh patung-patung mumia. Feeling kekonon kat Egypt la kan. Attractions is Revenge of the Mummy and Treasure Hunters. Kami sempat main 1 game je which is Revenge of the Mummy. Sebab apa dapat main sebab waiting time hanya 15 minit. Sebab apa 15 minit sebab tu adalah permainan roller coaster.Waahhhh...mak suker bangat!!!en adha dengan Pian dengan lajunya mengoffer diri untuk jaga bag-bag kami di luar. Serik barangkali. Mungkin juga takut lutut menggeletar dengan kadar yang laju lalu tertanggal.Tak adventure langsung en suami aku.

Kami barisan perempuan yang berjiwa kental dengan gembiranya masuk.Roller coaster kali ni dalam gelap.Tepi-tepi penuh mumia.Lebih mencabar dari yang tadi.Aku rasa kalau en adha main,mau dia nangis..tak pun pengsan -___-

Sci-Fi City
Kali ni attractions kedua-duanya ialah roller coaster, Battlestar Galactica:Cyclon(Blue Track) and Battlestar Galactica:Human(Red Track).Dua-dua benda alah ni ialah roller coaster.Roller coaster kali ni paling hardcore dalam USS ni especially yang Cyclon. Lelaki Malaya dua orang tu memang dah confirm tarik diri. Yah pun dah surrender. Mala sudah terkinja-kinja seperti kanak-kanak riang dapat lolipop.Aku?Berkira-kira.Hati meronta-ronta nak berguling atas tu tapi kesihatan tak mengizinkan.Aku tak sakit cuma langkah berjaga-jaga.Aku batalkan niat terkinja-kinja aku dengan rasa sesalan tak sudah -___-''

Akhirnya Mala kesekoran dengan gembira berlari-lari untuk naik. Mula-mula dia nak naik yang Human tapi disebabkan ada masalah and terpaksa menunggu, dia batalkan niat dan terus ke roller coaster yang Cyclon.Lagak Mala adalah seperti seorang Johan.huhh!!!Johan la sangat

mala sedang digolek-golekkan seperti ayam golek pasar Ramadhan

Kami hanya berani untuk bergambar

Setelah setengah jam menunggu Mala digolek-golekkan dalam roller coaster tu,akhirnya dia kembali kat kitaorang seperti "belacan".hahahah....

"menyesal wei aku naik"kata Mala
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
Akhirnya Mala menjadi
"Johan menjadi Belacan"

Mala sudah seperti mabuk roller coaster. Hampir semua toilet dia stop untuk mengeluarkan segala isi yang ada.Terus rasa sesalan hilang timbul rasa kesyukuran sebab tak naik *_____*

New York
Attractions:Lights,Camera,Action!.Kami tak pergi ;( sebab mala dah separa mabuk.Hanya mengambil gambar.New York ialah adaptasi jalan di New York.Berjalan di sini seperti kita ada kat New York.Ooohhoo..best.Bila nak g New York yang betul-betul ni??

pian ko takde tokoh jadi driver taxi



jumpa Marilyn Monroe.aawww!! 


Hollywood
Siangnya kami hanya lalu.Tapi kini kami sibuk bergambar sakan. Cenderamata USS boleh dapatkan di Universal Studio Store di Hollywood street ni. Sila alert dengan keadaan sekeliling sebab selalunya karakter-karakter kartun akan keluar. Contohnya,kami berjaya bergambar dengan Kung Fu Panda.Impian en adha berjaya aku laksanakan sebab aku yang berlari macam masuk 100meter semata-mata nak amik gambar dengan panda gemuk.Yah memang tak kan berlari sebab dia sayang lemak-lemak terkumpul,mala dah mabuk,en adha lutut dah longgar sebab naik roller coaster,Pian plak perut ke depan.So,calon berlari paling sesuai ialah aku T_T

baru lena tidur en adha lepas ni


Setelah itu kami menyaksikan acara fireworks.Malam yang gelap kini sudah terang!!!Pertunjukan bunga api lebih kurang setengah jam juga.Sangat berpuas hati.Setelah muka dah berkati-kati minyak,kaki dah nak tercabut,kami pun beransur pulang.Baru sedar kami di dalam USS dah nak dekat 13 jam -___-

Baru rasa berbaloi membayar tiket RM166 sebab kami pergi sebelum pintu buka,balik sehingga pintu dah nak tutup.hahahah...Kalau ada peluang,pasti akan ke sini lagi. Tapi aku dan en adha dah bercadang untuk kembali ke sini bersama anak-anak kami.InsyaAllah.....

p/s:next entry aku akan ceritakan tips-tips ke USS..




3 comments: (+add yours?)

eKa said...

bestnya...macam ala2 disneyland juga ae...sbb ada karakter tu keluar.ada fireworks bagai..saya tak penah masuk g USS ni...last time pegi USS lom buka lagi...tgh underconstruction.cuma singgah sentosa je.harus ajak en somi pg lagi ni...eh tapi kan lelaki mmg gitu la...kalu bab roller coster kecut je derang kita yg kaum hawa ni yg terkinja2 lebih...cpt update perjalanan ke sana canne...suggestion hotel n so on. sbb masa sy pegi dulu, balik ari je :)

adlyn833 said...

eka>>nak kata cam disneyland takde la sgt.ala2 je.hehehe..tapi eka g disneyland HK lg best kan.husband eka pun takut naik roller coaster ke??
update akan dibuat dalam masa terdekat ye..

Eika Azis said...

Nak pegi jugak!!!! ;p

Post a Comment

any idea or comment?just drop here