Universal Studios Singapore-Tips-tips Berguna

Sebab dah terlampau ramai yang request kat aku camne kami ke USS, aku paksa diri untuk menaip. Sebab aku sayang semua readers aku. Terima kasih ye semua ;P


Hotel
Buat pengetahuan semua, aku ke sana atas tiket percutian budget. Tiket beli last year masa Air Asia promotion.Bila dah nak g, baru terkedek-kedek cari hotel. Harus diingat, bulan 6 adalah bulan GSS (Great Singapore Sales). So,mostly hotel dah fully book. Kitaorang tidur kat hotel kat area Little India. If korang nak mudah ke USS, boleh book hotel kat Resorts World Sentosa. Boleh go trough website tu and ada juga pakej untuk hotel dan USS. Mudah bukan. Tapi untuk kami memang tak la. Kami nak adventure (sebenornya budget kecik ).

kami hanya backpackers
En adha tunjuk kuat bawa dua beg.Macho la bang *___*

Transportation
Camne nak ke USS if tak stay dalam resort tu?Ok..sepanjang kami kat Singapore, MRT adalah kawan terbaek.Perrgghhh....MRT BBF kitaorang kat Singapore.hahah...Jangan risau sebab MRT di sana sangat efektif and efficient. Kami naik dari station Little India, turun di HarbourFront, berjalan ke Vivo City. Naik ke tingkat 3 and naik train untuk ke USS. Kalau tak silap hanya 3SGD untuk perjalanan pergi dan balik. Lebih mudah jika anda beli siap-siap Ez Link Card. Sama seperti kad T&G di Malaysia. Jadi tak perlu untuk beratur untuk membeli tiket and harga tiket untuk pemegang Ez Link Card juga agak murah dibanndingkan jika anda beratur beli tiket. Makanya, jika anda ingin menaiki MRT, hanya turun di stesen HarbourFront iaitu menaiki tren ke Northeast Line.


Tiket
Boleh dibeli secara online di web USS. Jika tidak mahu beratur atau takut kehabisan tiket pada hari kunjungan anda, boleh juga membeli tiket dari travel agent di Malaysia. Macam kami, tiket dibeli awal-awal di sini. Semua urusan kawan aku Yah yang buat.So,nak cite lebih-lebih aku tak tau~sorry~. Cuma yang tau dia beli tiket dari travel ejen di sini. Dapatkan bukti pembelian and boleh reedem dari kaunter di USS.
Yah tengah redeem ticket kami
Terpaksa ambik gambar dari jauh supaya Yah nampak kurus T__T''

Yiipiiieee!!!!boleh masuk sudah

Mungkin ada kelebihan pada siapa yang tinggal dalam resort ni sebab tiket tu boleh digunakan sehari.Means korang boleh keluar and masuk dalam masa sehari.So,kalau sape yang basah lenjun masa main tu boleh balik hotel and tukar baju and masuk balik dengan baju yang kering. Siapa yang bawa anak-anak mungkin bagus duduk dalam resort ni. If anak dah meragam, boleh balik tidurkan mereka and malam masuk balik tengok bunga api.
Selain itu, jika tak nak beratur lama untuk satusatu game tu sila beli express Universal Express Pass. Terpaksa tambah dalam 30 SGD for non peak and 48 SGD during peak season.Pengsan!!!Kami yang budget memang tak beli and ingatkan pergi hari Jumaat tak ramai orang, rupanya meleset sama sekali. Even ada officemate aku g hari Isnin pun cakap ramai. So,sape-sape yang kurang kesabaran sila beli pass ini, juga kepada sesiapa yang bawa anak-anak.Sian wei,tengok budak-budak beratur sampai tertidur-tidur.

Food &Beverages
Kalau tengok pada rules USS,korang tak bleh bawa makanan dari luar.Tapi tak perlu jujur sangat.Kami bawa je and diaorang tak check pun bag since orang ramai kan.Harus diingat sebotol air mineral yang kecik tu berharga 2 SGD.huhuh..Kami bawa air mineral and roti je pun.Tak la sampai nak bawa nasi lemak plak kan.So,untuk langkah berjimat,kami bawa je air mineral dari luar and bila dah habis kami refill dengan air water cooler yang memang disediakan hampir di setiap tempat.

Dalam ni juga ada banyak restaurant.Tapi harus diingat tak semua makanannya halal.Sila perhatikan logo halal pada restaurant yang anda ingin makan.Macam kami haritu,pekerja di situ yang bagitau restaurant yang kami nak masuk tu bukan halal.Bagus kan.Mungkin sebab mereka lihat aku bertudung.So,kami makan di area Ancient Egypt iaitu di restaurant Oasis Spice Cafe.

our lunch

Aku dengan en adha just share our food sebab aku bukan makan banyak pun. Tak macam Yah.Kitaorang amik menu nasi beriani. Total cost sekali air dalam 18SGD.huhuh...tapi makanan ok.Sedap gak.Dalam meal ni siap ada roti canai ok.Cuba kalau aku tak share,memang confirm tak habis.

Games
Setiap games dalam ni ada rules dia.Means,kalau kanak-kanak ada had ketinggian yang dibenarkan untuk satu-satu games tu.So,pada pendapat aku kalau anak-anak kecik lagi takyah bawa lagi.Biar dah besar sikit baru bawa.Sebab ramai sangat budak-budak nangis tau sebab tak dapat naik.Dah penat-penat beratur,tetiba tak bleh naik.
Kalau aku pun nangis -___-''.Jenuh plak en adha nak pujuk nanti
Expectant mums pun ada certain games yang tak bleh main.Before proceed with any games,sila baca rules dulu,k.Supaya tak menyesal di kemudian hari.Contohnya,dah diwarning yang Cyclon tu high-speed turbulence roller coaster,nak naik juga.Last-last mabuk sepanjang hari -____-

Akibat naik cyclon,nak amik shoot lompat pun dah tak larat nak lompat
Mala dah macam menari inang
Yah yang gemuk pun boleh melompat tinggi.Syabas Yah!!

Tips yang aku nak bagi ni mungkin korang boleh aplikasikan bila g USS.Dari pemerhatian kitaorang,waktu pagi memang tak ramai sangat dalam USS tu.Nak main games pun makan masa 10minit je nak beratur.Tapi dah pukul 1pm ke atas,terus waiting time jadi 2 jam.Pengsan!!
Apa yang korang boleh buat, masuk je dalam tu, korang terus main semua game yang ada.Boleh survey games yang ada dari previous entry apa attractions yang kat setiap tempat.Tak payah buang masa nak amik gambar dulu.G main semua game yang ada.Bila dah setel main,baru g amik gambar.Okey tak idea aku?? ^____^

Others
-Stroller dan wheelchair untuk disewa juga disediakan
-Sila bawa pakaian lebih sekiranya dirasakan perlu
-Sila bawa wet tissue kerana toilet di sana takde air T__T (terpaksa simpan hajat sampai kat hotel)

Aku rasa tu je kot yang aku boleh share untuk trip USS aku ni.If nak tanya apa-apa,boleh drop kat comment.Sape yang ada keinginan nak g tu,aku nasihatkan baik pergi.Memang best.. ^___^

p/s:Trip next year lebih meriah ;P

5 comments: (+add yours?)

Nor Suhada said...

thankz tip yg berguna

adlyn833 said...

pn susu>>hye..thanks drop kat sini.boleh aplikasikan tips2 ni if u g sana ye.hope boleh bantu sedikit sebyk ;P

Anonymous said...

mmg plan nk g dgn member ..gerak dari Jb..so leh tak email kat sy

syazny7@gmail.com

nk tau pasal agent beli tiket USS n hotel bajet kat singapore... tq

adlyn833 said...

ciknyz>>thanks sudi singgah blog ni.nanti i email u ye.. ;P

Anonymous said...

gr8 info utk org yg br trhegeh2 nk g wlaupun dok kt jbhuhuhu... tq

Post a Comment

any idea or comment?just drop here