Iftar Bersama Teman-teman

0 comments

Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku dengan kawan-kawan aku sure akan plan untuk iftar bersam-sama. Macam aktiviti wajib bulan puasa. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan untuk berkumpul bersama-sama lagi. Tapi tahun ni kami buat kelainan dan demi memenuhi permintaan kawan aku si Yah dengan Mala. Diaorang request tahun ni iftar beramai-ramai dekat rumah aku memandangkan aku je yang dah berkahwin and tahun ni kebetulan aku dah pindah KL. En adha adalah suami yang sporting and dia tak kisah .. ;P


Terus wat formal invitation kat FB. Budak-budak ni memang senang sangat nak ajak join apa-apa aktiviti. Semua setuju. Korang memang best. Tambah seronok bila mama dengan babah pun datang. Kata mama dah lama tak jumpa kawan-kawan aku. ;P


Menu-menu semua pilihan tekak aku. Katanya aku tuan rumah kan.hehehe...Apa yang aku masak??ok...bawah ni ada gambar-gambar makanan yang aku masak

asam pedas ikan tenggiri

BBQ ayam,kambing,daging,udang,sotong,ketam,sosej
BBQ disponsor oleh Yah
thanks Yah,lenkali sponsor lagi ye

Chicken Wings

Sayur campur
Thanks mama sebab masak
Yah dengan mala terus surrender bila mama suruh potong carrot macam bunga
Cancel jadi menantu
T__T

Sotong oyster

Gulai lemak tempoyak udang
Saya orang Perak sejati 
;P

Kuih KAsui
Mama buat khas untuk mala
Dia nak kuih lompang tapi rumah aku takde acu lompang
Lompang jadi kasui

Semua dah kekenyangan




En adha & adik gemuk aku tukang bakar BBQ terbaek

Ramai gile puji rambut sarang tebuan adik aku
Budget ko glamer la kan??

Bisnes makeup Revlon aku 
Menjana duit Raya aku tahun ni

Ada lagi menu-menu lain yang aku tak sempat snap gambar. Aku  ada wat Spaghetti Oleo and signature dish aku Pudding Triffle. Sebenarnya Triffle tu je yang aku pandai wat.hahah...tapi en adha yang wat. Sebab aku busy masak benda lain. Semua pun puji sedap. Kembang semangkok en suami aku tu.

Alhamdulillah semua makanan pun habis. Terima tak terhingga untuk Yah sebab dia datang paling awal and balik paling lambat. Tu pun balik sebab dah kena halau. Kot idak tak reti balik-balik.hahah...Yah aku main-main je wei. Raya nanti aku mintak maaf ye -____-

Thank juga untuk semua yang sudi datang ke rumah aku. Nad and Fit hope korang jangan serik plak datang ye. Second time sure korang tak sesat dah ;P

p/s: sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung














Sepi

2 comments

Aku tak dapat bersiaran di sini seperti selalu sebab Unifi kat rumah aku ada problem. Ada jiran renovate rumah, potong pokok sampai wayar Unifi tu putus. Nak aje aku potong kepala orang tu. Damn!!
En adha dah call TM hari Sabtu lepas. Katanya appoinment pagi ni pukul 9.30am. Dengan rela hati en Adha half day sebab nak tunggu diaorang datang repair.

Pukul 10am en Adha cakap diaorang tak sampai lagi. Aku call Unifi dari ofis. Pastu diaorang boleh cakap "kalau ikut system, appoinment Pn hari sabtu ni 13hb". Terus rasa nak maki. Tapi en Adha dah pesan before aku call tu, katanya jangan marah-marah orang bulan puasa ni T____T. Bila nak marah budak TM tu, terus teringat cakap suami, terus redha.

Sabtu ni la baru aku boleh update best-best. Baru ingat nak share resipi. Nak update dari ofis ni aku tak berapa suka sangat. Konon baik la kan *___*

Lagipun, en Adha takde untuk minggu ni. Tengahari tadi dia dah g Port Dickson.Sob3.Sedihnya nak berbuka sorang-sorang harini.Hatiku sepi -____-

Sudah mahu pulang. Selamat berbuka ye kawan-kawan.

p/s: dah seminggu berpuasa ;P

Picnic di Ofis Waktu Puasa

2 comments

Benda ni aku dah simpan dari semalam. Tetiba aku jadi emo tak tentu pasal kat ofis. Semalam sempena first day kita berpuasa sure semua pun bersemangat waja. Tetiba kejadian semalam membuatkan aku rasa sakit hati.


Okey cerita terjadi bila tiba-tiba ada sorang officemate aku makan depan-depan orang dengan muka slumber macam takde perasan. Dia seorang perempuan okeh!!!. Mula-mula dia g toilet, tetiba balik dari toilet dia bawa balik air coke sebotol, sandwich and makanan lain. Dengan suara yang konon-konon ayu, dia boleh cakap"sorry ye,baru je tau tak bleh puasa plak". Terus minum macam takde rasa bersalah.


Sebelah dia officemate lelaki aku. Depan tu ada staff lelaki lain. Mungkin ada yang rasa lantak la dia tak bleh puasa. Tapi pada aku, please show some respect to others yang tengah puasa even ko tak bleh puasa. Aku memang bengang gile semalam.Kot iye pun tak puasa,tak perlu nak bagitau semua orang. Memalukan kaum wanita sungguh.


Aku tak tau orang lain camne sebab aku jenis even aku tak puasa pun, aku takkan nak makan and minum tengah orang.Malu kot. Before g keja aku akan minum secawan air just untuk batalkan puasa. Takde plak sampai nak bawa bekal bagai nak wat picnic kat ofis. If baru tau pun yang ko tak boleh puasa, g minum senyap-senyap kat pantry sudah la. Ni siap boleh makan roti habis 1 ofis berbau. Baik ko bawa durian je.Malu wei T___T


Aku tak layak kot nak tegur sebab dia lagi tua dari aku.Lagipun aku baru je pindah dari tingkat 10 ke tingkat 1 ofis aku. Ingat semalam jela, harini pun sama. Siap tapau air teh o ais. Harini makin ramai yang join the group. Aku pun tak puasa, tapi aku memang tak join. 


Aku rasa benda ni sangat memalukan sebab kawan-kawan cina aku yang lain pun respect sampai diaorang segan nak minum depan-depan budak melayu. Before minum pun say sorry dulu.Mungkin ini boleh jadi pengajaran untuk kita.Please show some respect ye kawan-kawan.


p/s: esok entah-entah dia bawa nasi lemak -____-

Ramadhan Kembali Lagi

0 comments

Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk menjalankan ibadah puasa. Tahun ni tahun kedua aku berpuasa di samping en Adha. Tapi ditempat yang berbeza dan situasi yang berbeza.
Tahun lepas kami berpuasa di Kemaman,Terengganu. Time tu plak aku tak kerja, housewife. Tahun ni dah pindah KL, dan aku dah bekerja.


Dari malam tadi dok terfikir, boleh ke aku nak masak bulan puasa ni sebab kitaorang memang tak suka g bazar Ramadhan. Sahur memang takde masalah. Pukul 4.45pg aku dah bangun. Kejut en adha sekali sebab aku malas nak naik atas dua kali. Masa kat T'ganu dulu lepas siap masak baru aku kejut dia. Dulu takpe sebab rumah setingkat je. Ni rumah dua tingkat. Tak kuasa aku. Sambil aku masak, en adha layan mata atas sofa. Menu sahur nasi goreng and nugget. En adha bedal 2 pinggan.. T___T


Dekat ofis asyik dok fikir nak masak apa. Asyik tengok jam sebab risau tak sempat nak balik. Tapi bulan puasa ni aku balik pukul 4.30.Lega di situ. En adha balik pukul 4. Jeles.. -____-
Sampai-sampai umah, tengok nasi dah masak, lauk pauk untuk dimasak dah dikeluarkan dari fridge, air nescafe dah siap kat coffee maker.Sayang bangat sama kamu en adha.^____^


Menu berbuka harini ikan sambal, sotong goreng oyster and cucur roti.

ikan goreng berlada~favourite dish en adha~

sotong goreng oyster

cucur roti
abaikan rupa buruk.rupa tak penting
rasa yang diambil kira
-______-


Pukul 6 dah setel masak suma. Rasa puas hati sebab berjaya masak untuk en adha. Pastu g terawih sama-sama. Tahun ni terawih kat surau dekat rumah ni je. Aku syukur sangat sebab en adha ada kat rumah masa ramadhan ni. Harus terus berdoa agar dia tak dihantar ke tengah laut.Sob3...sebab memang ada ura-ura dia terpaksa bekerja di tengah lautan.. -___-''


So, macamana ramadhan korang tahun ni? Ada menu-menu menarik? Share-share la ye. Boleh aku try nanti ;P


Aku doakan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini. Maafkan aku jika ada salah dan silap terkasar bahasa selama aku menulis di sini.