Iftar Bersama Teman-teman

Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku dengan kawan-kawan aku sure akan plan untuk iftar bersam-sama. Macam aktiviti wajib bulan puasa. Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan untuk berkumpul bersama-sama lagi. Tapi tahun ni kami buat kelainan dan demi memenuhi permintaan kawan aku si Yah dengan Mala. Diaorang request tahun ni iftar beramai-ramai dekat rumah aku memandangkan aku je yang dah berkahwin and tahun ni kebetulan aku dah pindah KL. En adha adalah suami yang sporting and dia tak kisah .. ;P


Terus wat formal invitation kat FB. Budak-budak ni memang senang sangat nak ajak join apa-apa aktiviti. Semua setuju. Korang memang best. Tambah seronok bila mama dengan babah pun datang. Kata mama dah lama tak jumpa kawan-kawan aku. ;P


Menu-menu semua pilihan tekak aku. Katanya aku tuan rumah kan.hehehe...Apa yang aku masak??ok...bawah ni ada gambar-gambar makanan yang aku masak

asam pedas ikan tenggiri

BBQ ayam,kambing,daging,udang,sotong,ketam,sosej
BBQ disponsor oleh Yah
thanks Yah,lenkali sponsor lagi ye

Chicken Wings

Sayur campur
Thanks mama sebab masak
Yah dengan mala terus surrender bila mama suruh potong carrot macam bunga
Cancel jadi menantu
T__T

Sotong oyster

Gulai lemak tempoyak udang
Saya orang Perak sejati 
;P

Kuih KAsui
Mama buat khas untuk mala
Dia nak kuih lompang tapi rumah aku takde acu lompang
Lompang jadi kasui

Semua dah kekenyangan




En adha & adik gemuk aku tukang bakar BBQ terbaek

Ramai gile puji rambut sarang tebuan adik aku
Budget ko glamer la kan??

Bisnes makeup Revlon aku 
Menjana duit Raya aku tahun ni

Ada lagi menu-menu lain yang aku tak sempat snap gambar. Aku  ada wat Spaghetti Oleo and signature dish aku Pudding Triffle. Sebenarnya Triffle tu je yang aku pandai wat.hahah...tapi en adha yang wat. Sebab aku busy masak benda lain. Semua pun puji sedap. Kembang semangkok en suami aku tu.

Alhamdulillah semua makanan pun habis. Terima tak terhingga untuk Yah sebab dia datang paling awal and balik paling lambat. Tu pun balik sebab dah kena halau. Kot idak tak reti balik-balik.hahah...Yah aku main-main je wei. Raya nanti aku mintak maaf ye -____-

Thank juga untuk semua yang sudi datang ke rumah aku. Nad and Fit hope korang jangan serik plak datang ye. Second time sure korang tak sesat dah ;P

p/s: sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung














0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here