Wedding Review-Famous Female Photographer

4 comments

Sabtu lepas aku telah meraikan hari bahagia classmate aku masa sekolah teknik dulu, Rashid bersama cinta hati beliau Fatini. She was featured in the FACES magazine for ‘top ten female wedding photographers’ in June issues. Sila lawati blog fatiniz untuk melihat hasil kerja beliau yang bisa memukau ;P

Mesti semua tak sabar nak tengok gambar kan?.Ok..ok...gambar coming



Selamat Pengantin Baru ^___^


Guest book area. Sangat sweet gambar-gambar dalam guest book mereka
Terus rasa nak kawin sekali lagi
T___T

Si gemuk & si kurus sibuk interframe ;P




Cantik okeh!!!


Kek yang cantik & menyelerakan
Apsal muka aku macam orang tak pernah tengok kek
-_____-""

Muka Yah kekenyangan sebab tambah nasi 2 kali
Dasar muka tak malu T___T

Last but least harus ada gambar dengan pengantin
Tetiba aku dengan en adha sama tema
Tetiba yah kelihatan paling besar dalam gambar ni ;P

Wedding yang sangat simple yet sangat lovely. Gambar pelamin tak sempat snap sebab en adha sibuk amik gambar lain. Makanan sangat sedap hingga Yah dengan muka bangga bangun and tambah nasi lagi sedangkan meja buffet jauh kot dari meja kami. Terbaek la Yah.hahaha....

Anyway, buat Rashid and Tini semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Hope majlis di Ipoh minggu ni berjalan lancar. InsyaAllah.... ;P

p/s: tak sabar nak tengok gambar dari OP mereka




Happy Birthday Hubster ;P

2 comments

17 September yang lepas birthday en adha. Bayangkan Jumaat wat open house, Sabtu birthday dia. Perghh..memang mencabar minda. Last-last aku tak sempat nak plan apa-apa. Sob3.. ;(
Pukul 12 tengah malam, en adha dah tertidur depan hall. Masa aku wish pun, dia mamai. hukhuk...Sian birthday boy letih.hahaha...


Ikutkan banyak gila planning aku. Siap dah pakat dengan kawan-kawan aku nak buat suprise party untuk dia kat Janda Baik. Nak tolak dalam kolam ikan kat sana.hahaha... Semua plan hancur lebur sebab aku tukar date open house. Tukar pun sebab Yah takde 24/11 nak ke Kenyir katanya. Kang dia nangis plak tak dapat makan kat open house aku. Hobi dia dah la makan. Last-last dia tak jadi gi Kenyir. Damn u Yah!!!!


Tapi takpe la, aku still akan plan something untuk en adha Sabtu ni ;P. Tapi sabtu pagi-pagi, aku dengan adik aku g bawa en adha beli hadiah birthday. Hadiah birthday mengikut pilihan sendiri. Dekat nak sejam lebih aku tunggu dia pilih -____-


Dapat robot hijau ni, terus aku dilupakan.sob3..
Pagi petang asyik pegang robot

Dia minat gadget, so hadiah harus gadget. Memang totally different from me..-___-. Selamat cukup duit tabung ayam aku nak belikan hadiah dia.hahaha...Dapat hadiah terus upload status fb

Harini birthday saya.saya dapat hadiah dari wife saya.terima kasih!!

En adha memang bukan jiwang-jiwang. So, even dia tulis status camtu pun aku dah 
terharu.. T__T

To en hubby,happy birthday to u. hope u will always have a good health, more career in life..and hope that more birthdays to come..always take care and i love u so much.

p/s: hadiah birthday nad masih belum difikirkan

Adlyn Open House

2 comments

Alhamdulillah open house kami berjaya dengan jayanya. Tetamu kenyang dan suka hati (^___^). Open house berlangsung hari Jumaat dari pukul 3 petang hingga ke malam. Khamis tu plak tetiba ada meeting sampai ke pukul 7.30. Damn!!!Pukul 8 malam baru aku sampai rumah.


Terus ke dapur dengan baju kerja. Pukul 3 pagi baru aku tidur. Selamat mama, babah dengan adik aku datang membantu. Kalau harap aku dengan en adha alamat dua-dua pengsan tengah hall.hahaha...Aku dengan mama sibuk masak, en adha dengan adik kemas rumah. Ala-ala wonderpets T___T.


Pagi esoknya pepagi dah bangun and setelkan apa yang patut. Babah plak sibuk masak nasi beriani. Babah memang pandai masak. Jimat duit, takyah pakai catering.. ;P


Menu : Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Dendeng
Acar Timun, Soto Ayam, Nasi Impit & Kuah Kacang


Desert : Tiramisu hasil air tangan mama

Triffle pujaan ramai aku habis 
Ramai request resipi.Nanti aku bagi

Buah-buahan : Jambu batu dan apple

Tetamu dari pukul 3 petang sampai ke malam tak putus-putus. Tapi aku tak jemput ramai sangat pun. Mostly kawan terdekat je. Malam tu banyak makanan dah habis.hahaha....Last-last aku goreng ayam je sebab ayam masak merah dah habis..

Kawan en adha, Pasangan pengantin baru-Lan & Ju


Kawan-kawan ofis lama aku.
Thanks for coming : Linda, Kak Syakiroh and Nadia


Kawan yang bakal jadi jiran
Bila nak pindah Yan??


Cik Zue & Cik Syida


Ni group paling last sampai
Paling bising
Sesuka conquer depan tv
Sampai kawan-kawan en adha terus malu nak tambah makan
T____T

Thanks for coming girls!!!

Orang paling aku sayang Mama
tak sempat nak amik gambar sama-sama.Sob3
Sebelah tu tunang sepupu aku-Eli
Tapi tetiba mama panggil dia Farah
-____-

Terima kasih kepada semua yang hadir. InsyaAllah ada rezeki kami buat lagi tahun depan.

p/s: Letih tak hilang lagi ;(


Volkswagen Autoshow 2011

1 comments

Ahad lepas kami berdua berjaya merajinkan diri ke Bukit Jalil untuk tengok Volkswagen Autoshow 2011. En adha amat memahami minat aku terhadap kereta VW ni. Dulu aku rasa cool gile kalau ada couple naik keta volkwagen dalam kampus..Macam comel je *____*


Sekarang VW dah banyak model-model kereta yang makin menggoda jiwa aku. Bisa buat aku ternganga. Sampai Bukit Jalil dah pukul 1ptg. Hanya berjaya masuk lebih kurang pukul 2.30ptg.hahhaa...En adha budget tak ramai orang datang. Ternyata sangkaan kami meleset

Q mengalahkan nak main games kat USS
Pengalaman kat USS menjadikan kami lebih bersabar -_____-"

Bila dah dapat masuk, terus ke registration counter untuk isi survey form. Dapat chop kat tangan. Ingatkan adegan ular kena palu dah habis, rupanya kena beratur lagi. At last baru dapat masuk. Bilik ni hanya boleh muatkan 300 orang dalam 1 show. That's why kena tunggu lama. 


Live show dari VW. Semua model-model kereta terbaru dari VW

Salah satu kereta feveret aku. RM132k je...pffssttt -____-

Ini memang kereta idaman aku dari dulu. Asal nampak orang bawa sure toleh 88 kali
Tunggu pokok duit aku hidup segar, sure aku beli
T______T

Entry ni khas untuk En adha sebab birthday aku bulan depan, berharap dalam kotak hadiah ada kunci Golf GTI.hahahah....Takpe la, tak dapat kereta dapat tengok autoshow pun jadi la. ;P

p/s: Jumaat ni aku wat open house, jemputlah datang ye ;)







Raya 2011

0 comments

Hope masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog aku ni. Minta maaf kalau ada tersalah bicara dalam ni. Semua tak sempurna termasuk aku -___-


Puasa haritu otak pun puasa. Maka banyak entry yang dah taip berjela tapi tak publish sebab otak tak cukup makan. Biar jela tersimpan dalam file draft. If next year bulan puasa aku tak tau nak update apa, aku publish je entry tu..pffssttt....


Tahun ni turn aku beraya dirumah en adha. First time dalam sepajang hidup aku first day beraya di luar dari Tapah ;( if tak dari aku lahir first raya sure kat rumah opah aku kat Tapah.Untung jadi mama sebab tiap-tiap tahun memang akan beraya di belah dia. Babah akan bawa kami satu family beraya di Kuala Kangsar cuma pada petang raya pertama. Best kan??


Tapi demi untuk menjadi isteri mithali, aku buat pertama kali balik beraya di rumah mertua di Parit Buntar. Still meriah sebab semua makcik pakcik en adha berkumpul kat rumah mak mertua aku sebab nenek dia ada di sana. Maka aku jadi bidan terjun untuk sediakan juadah raya. Hanya aku je menantu perempuan yang ada -__-. Abang en adha balik rumah mak mertua dia. So, aku masak ikut suka aku.hahah...Aku masak kuah kacang, rendang ayam and daging dendeng. Thanks to Yan sebab bagi resipi. Gambar di pagi raya memang takde sebab aku sangat busy di dapur dari pagi sampai ke malam.. ;(


Raya kedua, sesudah subuh terus gerak balik Tapah. Yahhhoooo!!!. Walau beraya di mana, rumah sendiri tetap yang terbaek T___T. Sampai-sampai mama dah buat nasi lemak kukus. Lepas dah kenyang, terus g kubur and g beraya ke rumah sedara-mara. Sangat seronok dan kecoh bila dah berkonvoi dan jumpa sepupu-sepupu..



Malam tu terus buat BBQ ramai-ramai.Acara tahunan waktu raya aku bersama sepupu-sepupu. Ada kambing, ayam, lembu, udang dan lain-lain. Banyak sangat sampai tak dapat nak recall -___-''


Tukang bakar BBQ


Beli bunga api semata-mata nak asah skill light gravity

Cikgu bunga api. Nama cikgu En Nooruladha
Nama anak murid Adib Izzudin

Cikgu yang efisyen melahirkan pelajar yang cemerlang
Tahniah cikgu Adha

Raya ketiga hanya duduk melepak di rumah. Tapi still masak something if ada tetamu yang datang.Aku dengan mama masak laksa. Raya keempat masak roti puri. Penuh aktiviti masak jela aku sepanjang raya ni. Tapi memang letih sebab ramai tetamu yang datang and aku dengan mama je yang ada. Abang aku dah balik Melaka rumah mak mertua dia. So, aku jela harapan nusa dan bangsa. Sob3...apa boleh buat, dah aku sorang je anak perempuan.

Tu jela cerita raya aku tahun ni. Biasa-biasa je but still meriah sebab dapat jumpa sedara-mara. Lepas ni akan update pasal open house plak ye ;P

p/s: semoga open house aku berjalan lancar ;P