Raya 2011

Hope masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog aku ni. Minta maaf kalau ada tersalah bicara dalam ni. Semua tak sempurna termasuk aku -___-


Puasa haritu otak pun puasa. Maka banyak entry yang dah taip berjela tapi tak publish sebab otak tak cukup makan. Biar jela tersimpan dalam file draft. If next year bulan puasa aku tak tau nak update apa, aku publish je entry tu..pffssttt....


Tahun ni turn aku beraya dirumah en adha. First time dalam sepajang hidup aku first day beraya di luar dari Tapah ;( if tak dari aku lahir first raya sure kat rumah opah aku kat Tapah.Untung jadi mama sebab tiap-tiap tahun memang akan beraya di belah dia. Babah akan bawa kami satu family beraya di Kuala Kangsar cuma pada petang raya pertama. Best kan??


Tapi demi untuk menjadi isteri mithali, aku buat pertama kali balik beraya di rumah mertua di Parit Buntar. Still meriah sebab semua makcik pakcik en adha berkumpul kat rumah mak mertua aku sebab nenek dia ada di sana. Maka aku jadi bidan terjun untuk sediakan juadah raya. Hanya aku je menantu perempuan yang ada -__-. Abang en adha balik rumah mak mertua dia. So, aku masak ikut suka aku.hahah...Aku masak kuah kacang, rendang ayam and daging dendeng. Thanks to Yan sebab bagi resipi. Gambar di pagi raya memang takde sebab aku sangat busy di dapur dari pagi sampai ke malam.. ;(


Raya kedua, sesudah subuh terus gerak balik Tapah. Yahhhoooo!!!. Walau beraya di mana, rumah sendiri tetap yang terbaek T___T. Sampai-sampai mama dah buat nasi lemak kukus. Lepas dah kenyang, terus g kubur and g beraya ke rumah sedara-mara. Sangat seronok dan kecoh bila dah berkonvoi dan jumpa sepupu-sepupu..



Malam tu terus buat BBQ ramai-ramai.Acara tahunan waktu raya aku bersama sepupu-sepupu. Ada kambing, ayam, lembu, udang dan lain-lain. Banyak sangat sampai tak dapat nak recall -___-''


Tukang bakar BBQ


Beli bunga api semata-mata nak asah skill light gravity

Cikgu bunga api. Nama cikgu En Nooruladha
Nama anak murid Adib Izzudin

Cikgu yang efisyen melahirkan pelajar yang cemerlang
Tahniah cikgu Adha

Raya ketiga hanya duduk melepak di rumah. Tapi still masak something if ada tetamu yang datang.Aku dengan mama masak laksa. Raya keempat masak roti puri. Penuh aktiviti masak jela aku sepanjang raya ni. Tapi memang letih sebab ramai tetamu yang datang and aku dengan mama je yang ada. Abang aku dah balik Melaka rumah mak mertua dia. So, aku jela harapan nusa dan bangsa. Sob3...apa boleh buat, dah aku sorang je anak perempuan.

Tu jela cerita raya aku tahun ni. Biasa-biasa je but still meriah sebab dapat jumpa sedara-mara. Lepas ni akan update pasal open house plak ye ;P

p/s: semoga open house aku berjalan lancar ;P





0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here