Adlyn Open House

Alhamdulillah open house kami berjaya dengan jayanya. Tetamu kenyang dan suka hati (^___^). Open house berlangsung hari Jumaat dari pukul 3 petang hingga ke malam. Khamis tu plak tetiba ada meeting sampai ke pukul 7.30. Damn!!!Pukul 8 malam baru aku sampai rumah.


Terus ke dapur dengan baju kerja. Pukul 3 pagi baru aku tidur. Selamat mama, babah dengan adik aku datang membantu. Kalau harap aku dengan en adha alamat dua-dua pengsan tengah hall.hahaha...Aku dengan mama sibuk masak, en adha dengan adik kemas rumah. Ala-ala wonderpets T___T.


Pagi esoknya pepagi dah bangun and setelkan apa yang patut. Babah plak sibuk masak nasi beriani. Babah memang pandai masak. Jimat duit, takyah pakai catering.. ;P


Menu : Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Dendeng
Acar Timun, Soto Ayam, Nasi Impit & Kuah Kacang


Desert : Tiramisu hasil air tangan mama

Triffle pujaan ramai aku habis 
Ramai request resipi.Nanti aku bagi

Buah-buahan : Jambu batu dan apple

Tetamu dari pukul 3 petang sampai ke malam tak putus-putus. Tapi aku tak jemput ramai sangat pun. Mostly kawan terdekat je. Malam tu banyak makanan dah habis.hahaha....Last-last aku goreng ayam je sebab ayam masak merah dah habis..

Kawan en adha, Pasangan pengantin baru-Lan & Ju


Kawan-kawan ofis lama aku.
Thanks for coming : Linda, Kak Syakiroh and Nadia


Kawan yang bakal jadi jiran
Bila nak pindah Yan??


Cik Zue & Cik Syida


Ni group paling last sampai
Paling bising
Sesuka conquer depan tv
Sampai kawan-kawan en adha terus malu nak tambah makan
T____T

Thanks for coming girls!!!

Orang paling aku sayang Mama
tak sempat nak amik gambar sama-sama.Sob3
Sebelah tu tunang sepupu aku-Eli
Tapi tetiba mama panggil dia Farah
-____-

Terima kasih kepada semua yang hadir. InsyaAllah ada rezeki kami buat lagi tahun depan.

p/s: Letih tak hilang lagi ;(


2 comments: (+add yours?)

nick said...

uwaaaa tibe2 tingat triffle ina sedey xsmpt nk mkn ritu.igt nk mkn pas melantak soto skali akak nk blik trus lupa dh.seb bek dan mkn tiramisu mama ina slurpp sedap gile oh.thnks ina 4 inviting us ;)

p/s: nx week umah akak ari ahad jadi tau ;p

adlyn833 said...

nick>>laa...awat x habaq.kalau x kami tapaukan.ada kwn kami siap mintak tapau.hahah..xpa,nanti mai rumah kami lagi.kami buat khas utk hangpa,k

Post a Comment

any idea or comment?just drop here