Meet Our Junior-3D Scan

5 comments

Last Sunday, kami dah berjaya buat 3D 4D scan for our baby. Aku buat kat UMRA, Shah Alam. Aku book through 3D 4D Scan in Malaysia or korang boleh search kat FB di link ini. Aku ada baca banyak review yang best-best pasal scan kat sini, tu yang aku terus book. Soonographer tu namanya Jess.

Ikutkan aku nak buat bulan depan masa 28 weeks ke tapi risau tetiba en Adha dah fly ke seberang, maka bakal Babah itu akan ketinggalan moment indah ni. So,kalau boleh aku nak en Adha teruja sama-sama dengan aku.hehe..Aku sampai dalam pukul 10am. Aku orang ketiga. Appointment ni first come first serve basis. Tapi tak lama mana pun.

Before scan, diaorang akan test urine, blood pressure and berat badan. Semua ni dah include dalam pakej scan 3D ni. After that, baru scan. Excited ok. Jess akan scan untuk tau gender baby. Aku memang dah tau since haritu check up pun doc kat Putrajaya dah cakap. But, kali ni memang terang-terang baby tunjuk -_____-

Jelas kelihatan kejantanannya.hahaha

Tapi keterujaan kami tak berterusan. Adlyn Jr langsung tak nak tunjuk muka dia. Pemalu sangat macam "Mama" dia T_____T. Jenuh gak si Jess dok goyang-goyang perut aku, picit pusat aku nak bagi dia bangun.hahah..lawak ok. Adlyn Jr kami ni memang tak aktif waktu siang. Dia akan start aktif petang and malam. So, masa scan ni dia memang tengah tidur.


Jess siap cakap Adlyn Jr ni degil. Boleh plak en Adha menyampuk cakap ikut perangai aku.Damn!!. Memang lama sangat Jess ni nak scan untuk dapatkan muka dia. At last dapat gak. Sangat naughty ini baby boy. Tapi tu pun tak nampak jelas sebab muka dia dekat sangat dengan uri..

Jangan kacau boleh tak??kata beliau ;P

hidung kelihatan penyek mewarisi mamanya
-_____-""

Muka memang tahap sombong gaban sebab tengah marah orang kacau dia tidur. Dia memang sebijik ikut perangai aku masa kecik sebab sangat suka tidur siang ^____^. Jess cakap pipi dia tembam..macam aku lagi. Berat dia tak sampai 1kg lagi tapi ikut cakap doc, kalau aku makan banyak masa trimester 3, tak mustahil berat adlyn jr boleh jadi 3kg and above. Entah-entah sama berat macam aku lahir haritu, 3.6kg.hew..hew...Jenuh mak nak teran nak *_____*

Agak-agak Adlyn Jr ikut muka aku or en Adha ye?? Bila ditanya kat en Adha, boleh plak dia cakap bila tengok balik, muka adlyn Jr macam muka adik aku. Ceettt!!!Tak sanggup le rambutnya kembang macam adik aku tu.

After the scan, ada consultation dengan doctor. Takde apa sangat pun. Dia just explain condition baby. Alhamdulillah semua ok. Syukur sangat diberikan kesihatan yang baik dari mula sampai sekarang. Berharap sangat berkekalan sampai aku deliver. Cuma doctor pesan jangan buat kerja berat sebab aku mengadu yang aku dah mula rasa pelvic pain.

Bil RM100 and kami dapat CD and 3 printed gambar. Overall sangat berpuas hati and kami pun pulang dengan hati yang gumbira *___*

p/s: Adlyn Jr kami dah ada nama ;P

Macam-macam Story

1 comments

Sorry sebab dah lama sangat tak update. Banyak idea and story tapi aku takde masa and mood untuk bercerita. Actually hati masih tersentuh dengan cerita sedih yang aku terima baru-baru ni. Belum pun habis sedih dengan pemergian arwah nenek en adha, tiba-tiba dapat satu lagi news kawan adik aku plak meninggal pagi ahad lepas.

Mesti ramai yang dah dengar pasal ada sorang bikers kena langgar lari kat Melawati ahad lepas kan?Arwah is one of BFF adik aku. Kebetulan last week aku balik kg. Pagi ahad tu, dia pergi Ipoh dengan en adha and bila balik terus inform aku yang Rafizi dah meninggal. Serius aku sangat-sangat terkejut even aku tak rapat sangat dengan arwah. Malam tu baru je sembang-sembang dengan adik aku pasal arwah. Katanya wife arwah Kak Ellis baru lepas bersalin anak kedua. Aku banyak gak tau pasal arwah sebab kitaorang adik beradik jenis kawan-kawan aku jadi kawan adik aku and kawan adik aku jadi kawan aku.

Arwah memang dari rumah PIL dia sebab wife dia still dalam pantang. Then, dia memang selalu sangat riding route tu. Arwah seorang yang sangat ceria ok. Otak jenis gile-gile. Yang aku paling sedih sebab wife dia dalam pantang, anak first dia baru umur 8-9 tahun. Bayangkan baby tu tak sempat nak jumpa bapa dia. Ya Allah, beratnya dugaan untuk wife dia. Kalau aku ada kat tempat Kak Ellis, tak tau camne nak cakap. Tapi macam mama aku cakap, orang baik ni selalu pergi dulu ;((

Moga, arwah Rafizi tenang di sana. Hope family dia tabah untuk terima semua dugaan ni. So, pada semua yang selalu riding tu hati-hati. Aku rasa Malaysia ni bukan negara yang selamat untuk berbasikal. Even, yang riding kat Putrajaya ada marshall bagai pun orang langgar. Terus aku haramkan adik aku g berbasikal. Katanya aku sycho.. -____-. Aku sayang kot adik aku. Dia je satu-satunya adik aku even dia gemuk*tiba-tiba*

Cerita kat ofis yang paling buat otak aku semak semenjak dua menjak ni. Kerja melambak cam timbunan sampah. Then, minggu lepas keluar IT policy baru. Block segala FB, Youtube bagai.hahaha....aku suka sebab memang aku tau ada orang abuse benda-benda tu g download segala game,movie suma. Aku memang tak heran sebab aku tak layan FB, Youtube semua tu. Lagipun kat rumah aku ada Unifi kot. Ada aku kesah ko nak block??Tapi bila aku ada certain website yang ada sangkut paut dengan kerja aku pun diaorang block, mulalah mak buyong naik hantu. Terus takde hati nak datang kerja.

Lagipun aku memang dah takde hati nak kerja sejak Manager aku resign bulan 8 tahun lepas. Dengan kerja cam haram. Serius aku letih. So, otak aku memang dah plan bulan 6 aku nak tender. Wahhh..nekad aku ni.hahaha...Rezeki ada kat mana-mana. En adha pun dah naik meluat agaknya tengok muka tension aku bila balik kerja. Taik telinga dia pun dah nak cair dengar aku membebel pasal kerja. Lalu dia pun pasrah untuk aku resign. T____T. Biasalah emosi orang pregnant memang terlebih kan. Tunggu la bulan 6 nanti kot-kot emosi aku dah stabil.

Bulan depan memang dah confirm en adha akan pergi ke seberang laut. Sebulan katanya. So, tinggal lagi bape minggu je untuk setelkan pasal baby and barang-barang berpantang aku. Paling sadis, time anniversary kami bulan depan en adha takde. Pasrah untuk kali kedua. Last year pun dia g offshore time anniversary. Wei...ke dia memang saje  planning nak naik offshore time anniversary sebab nak ngelat wat suprise untuk aku??hahahha...tak baik prasangka dengan suami -____-. Ini la nasib kalau dapat husband kerja O&G. Sape cakap best???Takpelah biar dia pergi. Aku siap pesan, kerja rajin-rajin nanti dapat duit banyak jangan lupa bagi aku *_____*. Mulut je cakap camtu, dalam hati aku je yang tau.sob3..

Tu jela kot buat setakat ni. Otak aku agak serabut dua tiga menjak ni. Macam-macam benda aku fikir. Boleh ke aku nak survive sorang-sorang kat rumah sedangkan aku dah nak masuk 7 bulan? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan....Oohhh...ahad ni aku dah booking untuk scan 3D. Teruja mak!!!!..Byee...

p/s: semoga lepas ni dapat news yang happy-happy je ;P

Pergi Tak Kembali ;(

0 comments

Sabtu petang yang lepas aku dan en adha dapat berita sedih, nenek en adha pergi mengadap Illahi.. ;(
Kebetulan en adha plak ada training the whole day hari Sabtu tu. Kami bertolak pun dah lewat petang. Pukul 6 baru gerak dari KL. Sampai Parit Buntar dah dekat pukul 10.30mlm. 

Rasa agak sedih sebab tetiba aku teringat kat arwah Opah aku. Aku agak rapat dengan arwah opah. So, bila dah kawin, dan kebetulan nenek en adha dijaga oleh mak mertua aku, ada juga dua tiga kali aku jumpa dia. Arwah sangat suka bercerita sama macam arwah opah aku. Masa raya tahun lepas, banyak yang dia sembangkan. Lepas raya dia terus lumpuh and dah tak boleh jalan sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir ;(

Semoga arwah dicucuri rahmat ;(

Lepas settle semua urusan, kami pulang ke KL. Sampai KL pun dah malam. Isnin terus text HR office aku cakap nak EL sebab nenek meninggal. Terus di reply katanya dapat compassionate leave untuk dua hari. Terus aku sambung tidur lepas subuh. En adha pun join sama ;P. Tapi harini aku dah masuk kerja. Sebab memikirkan Jumaat aku dah cuti g Motherhood Expo yang tak berapa best tu, so tak mahu la kerja aku tertangguh.

Even sampai harini aku still letih. Badan sengal-sengal. Jumaat tu dah g expo, sabtu g Nilai plak teman mama dengan makcik aku, petang direct balik kg.Pergghh..mencabar sungguh weekend aku. Nak update pasal expo midvalley pun dah tertangguh. Next entry ok ;P

p/s: lagi beberapa minggu nak habis trimester kedua. Nak suker ke nak takut T___T

Sogo Baby Fair

8 comments

Telah berjaya ke Sogo secara kebetulan Sabtu lepas. Pastu baru teringat ada Baby Fair. Nampak plak poster kat escalator. Terus tarik tangan en adha laju menuju ke tingkat 5 T______T

Masih sempat sape-sape yang nak g.
Minggu ni last ye kawan-kawan

Walaupun pada hakikatnya aku dah berjanji pada diri tak nak shopping apa-apa untuk adlyn jr sebab nak tunggu expo kat Midvalley. Tapi bila dah tengok baju yang cantik-cantik dan comel-comel dengan harga yang murah, memang mak tergoda hokey!!!. Terus lupa janji-janji manisku..-______-. Setan banyak sangat time sale kan?

Dari nak beli beberapa helai, jadi berhelai-helai. Siap suruh en adha amik bakul. Hahahah....Actually aku ada dah beli sikit-sikit baju bulan lepas kat JJ. So, kali ni beli sikit lagi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Baju Hippo pilihan bakal babah
Pigeon = RM15/sepasang

Baju Paddington Bear = RM10/sepasang

Aku rasa agak berbaloi sebab semua pun murah. Even lagi murah dari baju kat Expo KLCC tu. Semua baju yang aku beli pun semua below RM20. Paling mahal pun RM15 dan semua baju aku beli sepasang means, baju dan seluar. Senang nanti. Takyah nak pikir-pikir nak beli asing-asing. Aku memang dah budget taknak beli baju yang mahal-mahal. Sebab bukan pakai lama pun kan. Cakap jela yang ko tu berjimat.hahah
Kemeja WOC =RM13
Seluar pendek Cuddles = RM10
Dah balik baru perasan seluar tu ada gambar bunga seketul..awww
=_______=""
Brand yang ada pun semua ok aku rasa, ada Pureen, Paddington Bear, WOC, Cuddles, Pigeon etc. Walaupun tak banyak brand tapi pada aku worth it. Kalau lagi banyak brand, lagi bankrup le aku -_____-""

Bukan baju je yang ada, ada gak barang-barang lain macam stroller, bedding set, toys tapi tak banyak la. Aku memang beli baju je then amik 1 set bantal Pigeon, towel and bath book. Total damage RM150 termasuk 7 pasang baju. Puas hati aku. Heaven gila beli baju baby sebab comel-comel.hahaah...

Tadi aku dok belek-belek semua baju yang aku dah beli termasuk yang bulan lepas punye, banyak weiii aku dah beli.hahahah...tu pun ada hati rasa nak beli rompers lagi. Bila aku cakap just nak beli rompers je lagi, terus ada suara sumbing bunyi kat telinga aku "ye ke nak beli rompers je"? T______T. Ceeettt....itu orang dah bunyi.hahahha...yelar-yelar tak beli dah, kalau ada duit lebih baru beli lagi.hahahah...

Buat setakat ni, aku stop dulu bab-bab baju. Tunggu expo Midvalley minggu ni untuk settlekan benda-benda yang lagi penting. Aku kena gak setelkan bulan ni sebab tadi en adha dah hint-hint dia mungkin takde bulan depan sebulan. Katanya, mungkin akan dihantar ke seberang laut. Baekkk!!!!sob3..

p/s: 4D scan belum decide mahu buat dimana. Ada cadangan tak??

Jantina Little Papaya Saya ;P

11 comments

Adlyn Jr dah sebesar papaya.. ;P Terus tak sampai hati nak makan betik.hahaha...

 Baby's now the size of a papaya!
Baby's little face is fully formed...minus the baby fat, of course. The next task at hand for baby: sprouting two teeny-tiny nipples!
                                                                 TheBump

Khamis lepas aku g check up. Alhamdulillah adlyn jr sihat and everything is normal for me. Berat pun tak naik mendadak sangat. Sekarang berat aku 46.2kg je. Oklah kan. Naik la gak. Check up kali nk gak aku kena suntikan kancing gigi. Aku tak takut sangat part nak cucuk-cucuk ni. Tapi lepas cucuk tu, mak aiii...lenguh-lenguh tangan aku. Tapi takde la sampai langsung tak boleh wat kerja.

Cumanya ada ofismate aku cakap, ada setengah orang tak tahan kena cucuk ni boleh sampai demam. Alhamdulillah aku ok je. Next month ada lagi 1 jab aku kena amik. Hopefully aku ok je. Masa scan doc Hamidah tanya dah tau gender baby ke. Aku cakap doc Azmi dah cakap haritu tapi doc Hamidah just confirmkan balik. So, sudah confirm la adlyn jr kami seorang baby....

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


InsyaAllah hujung bulan ni kami nak g wat 4D scan. Tak kisah pun boy ke girl asalkan dia sihat. Sekarang ni pun adlyn jr semakin aktif. Bagi respond kat aku dengan en adha. Kalau sembang-sembang dengan dia, sure dia bagi side kick. hahahah...Tapi aku suka +_____+

Weekend kami dipenuhi dengan aktiviti bershopping lagi. Aku g Sogo terjah Baby Fair kat sana. Adalah beli baju sikit-sikit. So, list untuk baju dah boleh update. Aku rasa macam dah banyak aku beli tapi kalau jumpa baju-baju comel sure aku gatal tangan nak beli lagi.hahah...Nanti aku update pasal Baby Fair tu ye.

Jumaat ni tak sabar nak ke Midvalley plak. Bila dah tau jantina baby ni lagi bertambah teruja nak shopping. Tapi aku rasa baju baby girl banyak kot yang cantik-cantik. Selamat aku waras lagi tak belikan adlyn jr skirt ke headband ke. Kot idak mau krisis identiti anak aku nanti. -_____-

p/s: kami dah pilih nama adlyn jr ;P