*Entry ni dah lama dalam draft,baru nak publish.harap maaf*
Aku rasa boleh katakan setiap baby yang lahir mesti kena kuning. Sama ada teruk atau tak je. Ada juga yang tak kena, kira beruntung la kan. My baby hadif pun kena gak. Aku discharge dari hospital hari isnin. Hari rabu nurse dari Klinik Kesihatan datang rumah buat check up. Tetiba dia cakap hadif ada kuning. Petang tu juga kami bawa dia g Klinik Kesihatan.
Sampai je sana, terus kena cucuk kat tumit untuk amik darah. Hantar lab pastu result keluar, jaundice hadif tahap kritikal. Bacaan dia 297. Paling tinggi 308 rasanya. Ya Allah time tu jantung rasa nak tercabut. Doctor terus suruh bawa g hospital. Kami terus cakap nak ke hospital Putrajaya and doc bagi referral letter. Immediately en adha drive ke hospital. Sampai sana terus kena tahan. Sebab hadif kes kritikal, dia terpaksa di tahan di putrajaya je sebab kalau tak sampai tahap kritikal, baby akan ditransfer ke Wad bersalin berisiko rendah yang kat presint 8 ke 9. Aku tak sure.
Menurut kata nurse tu, ibu yang berdarah O, baby memang berpotensi untuk dapat jaundice and aku memang darah O. Alhamdulillah, aku memang breastfeed hadif dari dia lahir haritu. Susu ibu adalah yang terbaik untuk kurangkan jaundice. Nak menitik air mata aku bila tengok hadif kena tinggal kat wad tu duduk bawah biru. Bila tanya sampai bila kena tahan, nurse tu cakap depends kat baby. Kalau baby kuat, kejap je.
Alhamdulillah, hadif memang baby yang kuat, esoknya dah boleh discharge. Tapi hadif still kena pantau. Balik tu hadif memang tidur je and tak aktif. Baby yang kena jaundice memang akan pasif and banyak tidur.
Esoknya, still kena bawa hadif pergi amik darah and again, jaundice dia still ada and still belum tahap normal. Bacaan normal is below 150. Disebabkan still tak normal macam-macam petua yang orang sekeliling bagi.
Antara yang aku try, mandikan dengan ubat sensei cina tu. Yang ni manager aku punye petua. Tapi mungkin badan anak aku tak boleh terima, bukan main kurang. Makin naik kuningnya ada la -___-''
Last sekali, mama dapat petua dari kawan dia. Petuanya bagi baby minum air anggur hijau then mandikan dengan air daun kucai. Masa ni aku agak susah nak terima sebab yang aku tau, baby bawah umur 6 bulan tak boleh diberi makanan lain selain dari susu ibu. Tapi mama cakap bagi sikit je. Dengan tawakal aku bagi juga. Just ambil sebiji anggur tu, lenyekkan and bagi airnya kat baby.
Lepas minum air tu, Hadif memang asyik poo-poo dengan banyaknya. Daun kucai tu plak, just ramas-ramas dalam air mandian. Memang anak aku udah bau macam kebun sayur.hahah..Kuning tu turun but still bukan bacaan yang normal. Aku keep bagi air anggur tu and mandikan dengan air daun kucai tu. Nurse kat KK tu cakap kalau dalam masa 14 hari kuning tu tak normal, baby kena refer ke hospital sebab dah jadi kes prolong jaundice. Hari yang ke 14 tu, aku berdoa sangat-sangat hope dia ok. Alhamdulillah akhirnya bacaan tu normal ^___^
Sesapa nak try petua ni bolehlah tapi aku tau sure ada yang akan tak setuju sebab bagi baby minum air anggur tu. Tak payah nak kondem sangat, kalau rasa tak nak cuba tak yah buat.hahah..Sebab aku pernah nak wat hati mulia bagi petua, last-last bagi syarahan plak kat aku. Pada aku petua yang tak memudaratkan baby aku, tak salah nak cuba. Kalau takut baby tak boleh terima or takut kembung ke, cuba bagi sikit dulu. Tapi at the same time sila bagi susu dengan sekerap yang boleh. Aku memang akan breastfeed Hadif every one hour.
p/s: hati ibu mana tak sedih kalau anak sakit
Kisah Anak-Anak
4 years ago
11 comments: (+add yours?)
Salam... anak saya pon kena kuning yang lama gak.. dan agak teruk... sanggup ja buat dan try mcm2 agar anak cepat sihat... daun kucai mmg mujarab sgt... mmg sgt tak sanggup tgk anakk sakiitt...
salam.yg sy pernah dengar anggur hitam..mean,xkisahla kot mana anggur bole kurgkan jaundice..alhamdulillah semua dah ok =)
hi adlyn, i can feel u. just sharing my experience..
hari tu baby i pn kuning.mcm2 i buat.masuk ward 4hari.i pn berkampung sama sbb nk bf.cuma masa tu susu i mmg xkeluar.baby i pulak hisap tak efektif.xisap kuat.mmg dia nangis lapar. i curi2 bg fm(wpun doc suruh bf,tp dia xbg i pam,boleh?duhh),kasi air anggur hitam tu lenyek2,alhamdulillah turun dr 313 ke 204.discharge.still monitor.tiap2 hari i g bwk amik darah.kesian gile cucuk kt tumit..in the meantime mcm2 i buat i dont care apa org nk kata xelok kasi itu ini.suruh bf semata.tp kalau dh anak nangis lapar xkan nk tgk nk tegar je sumbat breasts yg kurg susu tu huhu.i try kasi anak air masak setitik dua,air sengkuang cina setitik dua,mandi ubat sensei semua i try.xslh pn kasi skit,org tua kata kdg2 panas dlm la etc. mmg turun pun.semua petua tu xcuba xtau.kalau tak takdela org kata petua kan.hehe.last skali bacaan dia jd 105.legaaaa.dlm 2weeks jugak br sembuh.yg penting kene sabar.. :)
oii lupe ke petua aku?? daum belimbing kuning... entah mane nk cr pokok xtau... nnt tngu aku tanam dpn umah....
yuny>>petua org bagi suma pun cuba asal anak sihatkan.memang tak sanggup tgk anak sakit ;(
riana>>yup..memang ada yg cakap anggur hitam tu. tak kisah la yg mana pun janji anak sihatkan
Lisa>>serius masa anak kena bawa hari2 g amik darah tu memang sangat sedih.dah la kita tgh pantang, anak plak sakit.memang stress kot.pada i selagi tak memudaratkan baby, i try je. dalam otak fikir nak anak sihat je.
anon>>aku dah taip entry ni 3 bulan yg lepas.time tu tak dapat lagi pun petua ko..wei,mak aku cakap umah aku ada pokok belimbing tu.hahah..sengal..
Belimbing kuning..yg bt makan tu ker? Rmh saya ada pokok tu n ank saya ada kuning..mcm mana nk buat yer..ramas2 kan ker?
Anon>>yup,belimbing yg buat makan tu.amik daun dia ramas-ramas dan air tu buat mandi.sy x sure pasal petua ni sebab ni kwn yg bagi.sy x sempat cuba pn ;P
salam..nk cek kuning bby kt mna bleh??kne g hospital jugak ke??tw x paras bby kuning normal brapa??
Post a Comment
any idea or comment?just drop here