Harini genap hadif 6 bulan. Alhamdulillah...Patutnya,harini baru aku bagi dia solid food or makanan pepejal kan..Tapi disebabkan mak paknye excited sangat, kami dah bagi dia makan hari Sabtu haritu.hew..hew..
Aku saja bagi hari awal 2 hari sebab hari sabtu en adha cuti. Kalau bagi harini tak dapat plak babahnye nak tengok reaction anak first time nak makan. Lagipun ramai advise bagi anak makan waktu siang, if dia sakit perut ke apa ke senang nak take action compare to bagi waktu malam. So, kalau nak bagi harini kena plak tunggu en adha balik, mahu malam baru si anak makan. Makanya, kami decide bagi hari sabtu.
Pagi sabtu tu, kami pergi cari buah untuk hadif makan. Sabtu nak bagi makan, pagi tu baru terkedek-kedek nak pergi beli. En adha kan takde, dia balik dari Melaka tu jumaat malam baru sampai. Sabtu tu aku paksa dia bangun awal g cari buah.hahah...Aku nak kata buat research sangat pasal solid food pun takde la, cuma baca info-info penting je.
So, buat permulaan aku ingat nak bagi makan buah avocado. Wahh..avocado kot..mama dengan babah pun tak pernah makan tau. Masa g bandung dulu, glamor gak jus avacado ni, aku try tapi memang tak masuk tekak. Aku tak suka. Kami g Mydin USJ sebab pernah nampak kat sana buah tu. Memang rezeki hadif, buah avocado tu ada and harga sebiji cuma RM2.78 rasanya. Tak sampai pun RM3. Murah le bagi aku sebab selalunya jumpa harga mesti RM5 sebiji.
Kalau nak beli buah avocado ni cari yang kulit dia warna gelap and picit sikit buah tu. Kalau macam lembik tu, maknanya buah tu dah masak. Masa beli tu memang semua pun warna gelap. Tapi kami beli gak buah pear sebagai back up kalau-kalau hadif tak suka avocado tu. Siap ada back up plan.hahah..
Sampai je rumah, terus en adha kopek buah tu campur skit dengan EBM, kacau sebati sampai jadi cam puree. Kalau nak blend pun boleh. Disebabkan aku belum beli lagi hand blender, maka aku tak blend pun. Just kacau and buat cair-cair. Time buat tu, en adha siap rasa buah tu...katanya rasa tawar je..Persoalannya, suka ke si hadif tu??
Kisah Anak-Anak
4 years ago
2 comments: (+add yours?)
i pun tak pernah makan avocado hehe. wah good boy. siap suka lagi tau mesti sedap mama dia buat tu hehe.
btw salam kenal and follow u :)
cha>>hye cha..thanks 4 the comment..baby mmg suka avocado kot.heheh..hope jgn dia jadi picky eater sudah..
Post a Comment
any idea or comment?just drop here