6 bulan

Dah nak masuk 7 bulan baru aku update progress hadif sebab baru boleh tau apa yang jadi sepanjang bulan tu.

- Dah g cucuk 6 bulan kat KK. So, lepas ni bulan 3 baru pergi balik.Tak payah nak mengadap nurse tetiap bulan. Berat masa cucuk haritu dah 8.5kg. Naik sikit je dari 5 bulan haritu but still consider baby yang chubby compare dengan baby lain yang sama umur dengan dia -___-

- Dah start makan solid food. Setakat ni semua makanan yang aku bagi dia boleh makan. Belum ada yang dia reject. Tapi aku just intro dengan buah and sayur je pun buat puree. Alhamdulillah dia boleh makan semua.

- Semakin aktif. Setakat nak meniarap and berguling-guling tu memang dah pro sesangat. Malam-malam nak minum susu, bunyi sikit je, bila aku bangun nak angkat dari cot tengok dia meniarap. Pastu boleh sengih-sengih kat aku.hahah..

- Semalam dia dah mula meniarap ke depan. Kalau sebelum ni asyik masuk gear reverse je. So, semalam dalam sejarah, kereta dia dah ada gear D.hahaha..Tapi dia bergerak ke depan tu ikut cara dia. Takde sistem kata opahnya. Dah macam ulat beluncas pun ada.



- Merangkak belum lagi. Gaya tu dah ada. Hadif dah mula angkat-angkat bontot dia macam nak merangkak. Hopefully bulan depan dia dah merangkak.

- Boleh duduk tapi kena orang dudukkan.heheh..So,sekarang dah boleh main sambil duduk. Bila dah boring, dia jatuhkan badan sendiri pastu meniarap plak.




- Dia dah mula kenal orang especially yang dia dah biasa tengok. Kalau tanya "mama mana"?, dia akan tengok aku. Babah dia pun dah kenal. Selain tu of course le kenal atuk dengan opahnya.

- Still ada problem susah tidur waktu siang. Kadang-kadang aku pelik sebab dia tidur siang tak sampai 3 jam pun kadang tu. Nak tidurkan memang dah macam nak bergaduh dengan dia. Dekat nak 2 jam dodoikan baru tidur, alih-alih tidurnya 45 minit je. Tu untung 45 minit,kadang-kadang 10 minit je -___-". Tak menangis maknya ni. Dah la kalau nak main tu aku kena dok dekat dengan dia. Kalau aku g dapur jap nak masak, mau menangis-nangis. Adoi laa...

- Paling pantang tengok orang kelam kabut nak g jalan. Nak nye nampak aku dah pakai tudung. Mula dia panas bontot. Menangis bagai takut sangat orang tinggalkan dia. Dia memang suka sangat g jalan. Dengar orang sebut perkataan "jom" je, dia pun mula la tak senang duduk. Ni la penangan masa pregnant dulu aku asyik berjalan tetiap minggu. Dah menurun kat anak

-  Dah pandai tepuk tangan even takde bunyi pun.hahah...dah pandai kiss orang. Kalau cakap"sayang skit", memang dia akan kiss muka orang tu. Kiss plak dengan sungguh-sungguh sampai melekat air liur habis kat muka orang.hew.hew..

Aku rasa ni jela perkembangan hadif setakat 6 bulan ni. Ohh..umur dia 6 bulan ni babah dia bagi reward. Bawa dia g jalan-jalan makan angin kat Cameron Highland. Balik hari je pun sebab kg aku kan kat Tapah. G Cameron semata-mata nak beli aiskrim strawberry.hahah..Just singgah time tunnel je. But, dah ada plan nak g lagi and tidur sana plak..


Buai laju-laju sampai cameron highland!!
Budak bam-bam yang selalu buat orang nak toleh pastu senyum-senyum
Dah macam bawa artis kecik



Kami makan kat kedai cina +___+
Kalau g Cameron jangan lupa g Time tunnel tau
Boleh mengimbau zaman kanak-kanak

p/s: en adha g pattaya seminggu.so, aku harap minggu ni cepat skit hari ahad ;(

1 comments: (+add yours?)

harzharun said...

Si anak bam bam...
Si omak nmpk mcm makin selim je..jeles!

Post a Comment

any idea or comment?just drop here