Johor Premium Outlet

2 comments

Kali ni nak story pasal JPO. Aku plan g johor ni pun last minit. En adha ada kerja kat JB. Mula-mula ingat malas nak ikut awal-awal ni sebab dia da kerja kat JB tu until bulan 5. Tapi dah dia ajak, maka aku pun packing le segala barang malam sabtu tu. Mama pun ikut sekali sebab kebetulan dia ada kat KL kekonon nak teman aku dengan hadif masa en adha takde.

Malam tu dah inform en adha, on the way nak ke JB before check in hotel tu, singgah JPO dulu. Dia pun ok jela. Agak teruja nak g even ada ex-ofismate aku cakap barangnya takde la murah mana pun -__-. So, sampai je, aku tengok tempatnya kecil je. Aku ingat besar sangat. Kedai pun takde la banyak pun. Just ada 2 level je.

Vincci memang takde yang aku suka. Harga pun ala-ala kat KL time sale. Pastu fashion memang dah out dated sangat rasanya. So, just pusing 1 kedai, terus keluar. Kat Padini oklah sikit. Ada le aku beli baju untuk hadif. T-shirt dengan kemeja harga dalam RM9-RM19. Baju budak perempuan memang banyak. Lelaki biasa-biasa je. Seluar untuk baby macam jeans semua tu takde plak aku jumpa. Yang toddler ada. Tapi harga aku tak survey pun. Kemeja lelaki Seeds dengan Padini pun, en adha cakap tak murah mana sebab time sale boleh dapat harga yang sama macam kat situ. So, kami just beli baju untuk hadif je.

Aku masuk gak Coach.Kat Coach ni siap kena beratur kat luar. Tapi tak lama pun, mungkin time aku g orang tak ramai sangat. Aku tak tau nak cakap murah ke tak sebab aku memang tak pernah beli handbag Coach -___-''. Cuma masa aku g tu, semua bag ada diskaun 50%. So, rasanya boleh je kot dapat kalau beli online. Aku rasa kalau kawan aku si Nad yang pergi mungkin dia boleh bagi review yang membina sebab boleh kata dia peminat tegar Coach ni

Levis outlet plak, aku rasa berbaloi untuk beli sebab harga agak murah. Time ni memang lama aku melepak dalam kedai ni sampai hadif udah tension asyik nampak jeans kiri kanan depan belakang. Bukan aku pun yang beli. En adha punya turn nak shopping. Dia memang pakai levis 501. So, bila ditanya murah ke tak...katanya murah sebab kalau kat butik Levis harga dalam RM300. Kat situ harga paling mahal RM199. Mau tak sawan en adha time tu. Tapi mostly design nya tak banyak. Kalau ada tergantung kat situ, itu jela yang ada. Nama pun outlet kan. Apa yang ko expect. Nak design baru, yang baru bagai g butik le kawan. En adha udah try dekat nak 3 helai, akhirnya dia beli 512. 501 hanya tinggal kenangan sebab design yang dia nak takde size.teetttt...dulu masa belum jadi kaum bapa, boleh je pakai saiz 30. Sekarang saiz 31 pun dah tak boleh sarung. Macam sarung nangka katanya. Belikan juga untuk abang aku dengan babah punya. Yang Along punya tu RM125, babah punya RM140. 
Yang ladies aku tak tengok sangat sebab aku tak terfikir pun nak beli jeans walaupun aku memang pakai levis je. Bukan apa, cutting levis je yang sesuai dengan pinggang saiz 24 aku ni. Aku tengok harga dalam RM150-RM170. Depends design. Aku selalu beli kat outlet wangsa maju tu. Harga sama je dengan kat sana. So, malas nak survey lebih-lebih. Cuma yang untuk lelaki banyak kat JPO lagi.


si debab yang kebosanan

Victoria Secret aku masuk tengok-tengok gitu je. Ada sale. Amik 3 botol RM109 rasanya. Sebab aku tak pakai brands VS ni and perfume pun berlambak lagi, maka aku takde teruja mana pun. Dekat Fossil agak murah. Handbag dia semua ada sales 25%. So, mostly handbag leather tu boleh dapat dalam RM500 lebih.
Bonia memang bukan taste aku. Design kat JPO ni memang out dated. Buruk wei..err..ke aku yang tak suka.hehe..

Cotton on memang aku rasa tak rugi pun kalau tak masuk. Baju ntah zaman bila diaorang jual. Harga pun tak le murah mana pun. Adidas, Nike, Puma oklah. Tapi sebab bukan misi nak membeli barangan sukan, maka takde la beria nak survey. Clarks ada sales dalam 20%. Tapi design biasa-biasa jela. Nyaris nak terjebak belikan kasut raya hadif. Pastu opahnya sound, kalau time raya dia tak boleh jalan lagi rugi je beli.heheh..terus cancel. Selamat duit en adha.

Masuk Carlo Rino baru macam semangat skit. Ada sales 50%. Mama beli leather bag dalam RM300 lebih. Selalunya mesti RM500 ke atas. Aku pun berjaya gak beli 1 handbag.Err..en adha belikan. Thanks hubby. Tak tau nak cakap murah ke tak sebab aku dah lama tak survey handbag sejak dah tak kerja ni. So, bila en adha suruh aku pilih nak yang mana, haruslah tiidak melepaskan peluang yang ada.

Kedai yang aku tak review tu means aku dah lupa or aku tak masuk.heheh...Macam Burberry, Polo semua tu aku tak masuk pun. Timberland pun tak masuk. En adha cakap takut terjebak lagi nak beli benda.hehhe.. Overall, aku rasa JPO ni biasa-biasa je. Harga pun takde murah mana pun. Dia kena banyakkan kedai lagi. Ada Zara Outlet ke, MNG ke...best skit. Ni dua tingkat je pun.

Sebab dah hujan lebat, maka kami terus chow dari sana. Budak debab tu pun dah ngamuk-ngamuk. Sejak dah mak bapak ni, nak shopping lama-lama pun fikir 80 kali.huhuh...


p/s: Esok dah nak balik KL.yahhhooo!!!


Anak Bertuah

4 comments


Dah pandai kuarkan tangan sebelah dari baju
-____-''
Aku tak tau dari mana dia belajar & sape yang ajar
Tau-tau,dia gelak-gelak sambil panggil mama
Bila tengok tangan sebelah dah takde
Bila aku bebel-bebel, boleh plak dia sengih-sengih
Adoiii la anak...Kenapa comel sangat
Aku rasa budak zaman sekarang memang advance
Aku dulu umur berapa baru pandai nak kuarkan 1 tangan dari baju
Tu pun kena marah dengan mama. Nanti baju kembang katanya
T___T

p/s: hadif dah rindu kat rumah dia. Mula menampakkan yang dia bosan dok hotel ;P

Helooooo Johor!!

0 comments

Aku berada di Johor harini sampai hari Jumaat.
 Mengikut en adha sebab dia ada kerja kat sini.
En adha ajak aku g sebab katanya bosan nak dok hotel sorang-sorang. 
Boleh gak bawa hadif ke JB. Dah dekat 1 Malaysia budak debab ni pergi
Maka, aku sebagai isteri solehah terus bersetuju untuk ikut.hehehe.
solehah sangat katanya.
Sekarang en adha g keja, aku tinggal le kat hotel dengan hadif & mama.
 Ehh..aku bawa mama juga. Mama kesayangan mana boleh tinggal
Semalam aku g JPO. Review nye nanti-nanti la ye. Internet hotel ni agak lembab.
 Nak upload gambar jenuh nak tunggu.
Asyik berjalan je keja aku tahun ni. Selagi aku tak kerja ni, memang travel je kerjanya. ^_^
Eeehh..mana tempat best nak g kat JB ni u'olls??


Budak debab dengan opah kesayangan
muka bosan tunggu orang shopping

p/s: percutian aniversarry kami terpaksa cancel.sedih mak!!sob3

7 bulan

4 comments

Anak debab dah masuk 8 bulan baru aku perasan aku tak update pasal anak kesayangan aku waktu 7 bulan. Ini semua simptom peningkatan usia -__-

Tak kisah la, aku tetap nak update untuk tatapan anak kesayangan aku di masa hadapan ^_^

- Meniarap adalah di tahap pro. Dah macam askar kalau meniarap. Laju kemain.  Kalau dia ada depan mata, toleh sekali lagi dia dah ada dekat bawah meja makan. Hebat tak? Dia jadi mop bergerak dalam rumah T_T.

- Muka maintain bulat. Lengan dengan peha still ketak-ketak. Haritu saja letak atas timbang kat rumah ni, dah almost 9kg lebih. Tapi aku memang surrender nak dukung dia lama-lama. Rabu ni g cek up. Risau betul kalau nurse cakap anak debab aku tu obesiti. Sob3

- Selera makan memuaskan. Semua benda pun dia makan. Alhamdulillah takde alahan apa-apa. Setakat 7 bulan ni, aku still follow food chart. So, semua makanan hadif adalah homemade. Makanan paling favorite ialah oat. Then, semua buah dia suka kecuali betik. Betik macam kureng sikit. Dragon fruit paling dia suka.

Lahir tahun naga, of coz suka buah naga
^__^

- Alhamdulillah still breastfeed. Aku banyak baca, bila baby dah start makan, dia akan kurang minum susu. Tapi memang tak terjadi dekat hadif. Dia minum susu sama banyak dengan dia makan. Kalau nak tanya berapa oz tu susah skit aku nak cakap sebab dia DF kan. Tapi yang pasti memang kerap sangat minum susu.

- Waktu 7 bulan ni, kami dah bawa dia g bercuti ke Kedah & Penang. Agak mencabar nak bawa travel sebab dia dah mula makan kan. Tapi alhamdulillah, aku berjaya handle. Tahun ni memang tetiap bulan kami akan bawa hadif jalan-jalan dalam Malaysia. Wahh..untung betui, kecik-kecik dah travel sana sini!!
+Penang+
Takut ombak rupanya

- Dah kenal orang macam atuk, opah, uncle-uncle dia. Kalau orang yang dia tak biasa pun, dia ok je kalau orang tu nak dukung. Cuma dia diam je. Muka pun masam je ala-ala gangster. hehehe..

- Manja terlebih dengan mama dia -__-. Adoi la..susah betul nak wat kerja especially kalau tinggal berdua dengan dia. Kalau aku sibuk masak and dia tak nampak aku, confirm jerit-jerit panggil mama. Tau-tau dah berpaut kat kaki. Time tidur lagi la, memang dia nak aku je. Memang dia akan rapat dengan aku la kan..dah muka aku je dia tengok hari-hari.*_*
Peminat no 1 mama
Babah jatuh no 2
-___-

- Sangat lasak. Dah tak nak dok atas riba diam-diam. Ada je benda dia nak buat. Kalau dia diam je, better g cek. Tau-tau kang, dia dah sampai kat rak tv main suis la, main laci. Benda paling dia suka, remote astro. Dia tau benda tu untuk TV. So, bila dia tekan button apa-apa, dia akan tengok tv. Bijak terlebih budak debab tu
Tabib Cina
Babah punya kerja. Pembuli no 1 Hadif

- Oohh.. sejak dia dah melasak ni, aku dengan en adha dengan gigih buat playland untuk dia. Jenuh ok, transform area bawah tangga tu. Korang agak, dia nak tak main kat play land tu? ;P

- Hari-hari tetap gigih tunjuk flash card, baca buku dengan hadif. Hadif sangat suka bila orang baca buku kat dia. Good boy. Tapi nak cakap kesan pembelajaran tu, masih terlalu awal. Aku just nak biasakan dia dengan rutin membaca buku tu. 

- Masalah tidur still ada. Cuma dah tak teruk macam dulu. Senang dah nak tidurkan cuma dia dah tak nak tidur sangat. Asyik nak main je kejanya

- Dah boleh duduk dengan sendiri. Skill nak duduk pun kelakar. Kalau dia duduk, dia akan angkat bontot tinggi-tinggi, pastu baru landing bontot dia. hahha...

Ok, tunggu update 8 bulan ye. Semoga penyakit malas update blog aku sembuh minggu ni ye. Banyak benda nak story cuma malas sesangat. Camne tu??

p/s: Rezeki sentiasa murah sejak ada hadif. Alhamdulillah ya Allah..