Percutian Anniversary Tahun Ini

Macam aku cakap dalam previous entry, tahun ni kami terpaksa cancel anniversary holiday kami.sob3..
Patutnya sekarang kami bertiga for sure tengah bersuka-ria tepi pantai main kejar-kejar, buat istana pasir dengan hadif, candle light dinner ke...imiginasi tak nak kalah ko ni kan adlyn. Entah-entah membuta dalam hotel je kejanya.hahah..

Sepatutnya, kami sekeluarga akan bercuti ke langkawi. Aku beli tiket tahun lepas hokeh. Masa tu hadif still dalam perut. Aku beli tiket berdua je sebab tiket infant memang takde promo bagai. RM50 jela ke mana destinasi pun. Yang aku story ni kalau naik Air Asia tau. So, kami plan dah nak pergi nanti baru beli tiket dia. Semangat tak aku? Excited sebenarnya nak celebrate anniversary tahun ketiga bersama orang ketiga. Lagipun, aku memang ada penyakit suka beli tiket promo AA. -____-''

En adha pun excited sebab dia tak pernah seumur hidup g Langkawi. Sedih tak dengar?. Aku selalu kutuk-kutuk dia sebab takde jiwa Malaysia langsung. Berjalan dah sampai ke China, tapi Langkawi tak pernah pergi. So, memang kami saja pilih nak celebrate ke sana. Tapi, tuhan punya kuasa, siapa kami nak menghalang kan. Kami terpaksa cancel sebab en adha sibuk sangat sekarang ni. Dia sekarang ada job kat JB sampai bulan depan. Masa beli tiket last year tu, en adha belum tukar kerja lagi. So, memang dah plan nak minta cuti awal-awal. Bila dah tukar kerja ni, memang susah nk minta cuti sebab kerja pun tak sampai setahun. Performance kena jaga. Tambah plak, sabtu ni sepupu aku nak kawin. Antara sepupu yang rapat. So, kami decide untuk cancelkan je holiday tu..Pasrah...

Selamat, duit tiket pergi balik tu tak sampai RM100 untuk dua orang. Tak rasa ralat sangat. Tapi aku tetap sedih sebab dah plan nak bercuti sama-sama. En adha ambil hati isteri dia ni, bawa g bercuti tempat sejuk. Bagi cool sikit hati aku.hahaha...Dia ajak celebrate anniversary awal dua minggu sebab kebetulan time tu dia takde class. Sehari je pun kami g. Jadi la kan dari takde. 

Mana kami holiday?


Kalau dah ada buah strawberry tu
Cameron Highland le
Macam takde tempat lain nak g kan
Jadi le

Aktiviti makan memang wajib
Misi mencari scones, waffle, strawberry juice berjaya
Kami makan kat Big Red Strawberry Farm
Serius sedap


Pergi tengok ladang teh 
Tapi tak beli pun teh
Dah sampai rumah baru menyesal
cettttt


Pergi Taman Rama-Rama


Budak debab yang tak reti diam
Semua benda nak pegang
Pegang rama-rama takpe lagi
Pergi tengok kaktus, nak dipegangnya kaktus
Semput dada aku kejap


Beli sayur & buah kat Kea Farm
"Headphone" tu pinjam kejap je untuk bergambar

Mak Pak nye yang budget muda
Nak poyo-poyo mengingat zaman bercinta. 
Dating dulu pakai converse dengan jack purcell


Itu jela aktiviti kami sepanjang kat Cameron. Pergi pun sehari je. Lagipun, masuk kali ni dah dua kali kami g Cameron dalam tahun ni.hehehe...But, kami tetap enjoy. Pada aku, pergi mana sekali pun best asalkan dengan orang yang kita sayang. Hope next year dapat pergi jauh sikit. Teringin sangat nak bawa hadif naik flight. Dah tak nak beli tiket awal setahun. Biar tiket mahal dari kena cancel.hahha..Lesson learn. So, tahun ni itu jela story anniversary kami. Cuma en adha ada hutang nak bawa aku g makan best-best.weehhooo!!

p/s: esok dah nak balik kg ;P

1 comments: (+add yours?)

Riana said...

happy anniversary =)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here