Update ringkas untuk perkembangan Hadif 11 bulan ni. Still belum boleh berjalan cuma dah nampak dia cuba nak berdiri. Paling lama dia berdiri dalam 40 saat. Kira lama bagi aku. Dia dah meniti kat dinding semua memang dah laju. Cuma aku rasa dia still takut-takut nak berdiri. Takpe nak, mama tak kisah pun.
Dah mula tak nak kat orang yang jarang tengok. Haritu kami balik en adha. Kami memang sangat jarang balik sana. Balik haritu pun sebab kebetulan ada member sekolah teknik kawin. So, usahakan juga untuk balik. Tok dia beria nak dukung, dia bantai menangis. Dah lama skit,actually esoknya baru nak. Dekat tok wan memang langsung tak nak. Mungkin dia dah mula kenal orang. Setakat family sebelah aku memang dia nak semua. Kawan aku pun, muka Yah or mummy dia tu memang dah kenal sangat. Nampak je mummy yah datang, hamboii..suka kemain. Tak tidur sehari pun takpe.
Selera makan dah agak bagus. Makan dah banyak especially kalau orang ramai kat rumah. Contoh macam kalau opah dengan atuk ada, makan bertambah-bertambah n berkali-kali. Kalau aku tinggal berdua je, dia still makan, cuma tak banyak.
Suka mengajuk orang sekarang ni. Apa aku buat, sure dia ajuk. Dengar orang batuk pun dia buat-buat batuk.hahaha..geram ok sebab macam comel gila. Haritu tengok anugerah blockbuster, dia g ajuk orang yang terkinja-kinja kt bawah stage tu. Alaa.. apa ke orang panggil..lupa plak aku. Siap dia angkat-angkat tangan gelak-gelak. Memula aku pelik,apa ke yang dia suka sangat sebab time tu aku tak tengok tv. Bila tau je, terus aku suruh en adha tukar channel. Tak sanggup aku tengok anak aku terkinja-kinja camtu.
Dah mula nak sebut word yang macam senang-senang. Contoh, buka, kakak. Tu jela setakat ni. Bunyi binatang macam lembu tu pun dah pandai. Hadif memang suka buku macam aku. So, hari-hari memang aku ada session membaca dengan dia. Dulu, dia macam tak bape nak heran. Sekarang, jenuh la dok ulang-ulang buku numbers tu. Aku jenis bacakan siap buat bunyi. Bila dah sampai no 10, aku pun stop. Haa..bantai menangis. Baca la lagi mama nye ni. Sampai berbuih mulut nak buat bunyi binatang. anak punya pasal sanggup ^_^
Isnin depan dia dah setahun. Sedih sangat. Ingat nak potong kek kecil. Babah plak takde. Birthday dia kitaorang akan celebrate 29hb ni. Ada sesapa nak join? Kalau ada bagitau ye...
p/s: rasa macam baru je lepas bersalinkan hadif. Cepat betul masa berlalu
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here