Setahun sudah berlalu

Alhamdulillah..anak kesayangan aku dengan en adha, Adli Hadif dah setahun. Syukur sangat sebab tuhan berikan dia kesihatan yang baik sepanjang setahun ni. Aku sebenarnya sayu yang amat bila hadif dah setahun. Entah kenapa aku pun tak tau. Hati mak-mak kot. Ke aku je yang rasa?

Semalam aku termenung tengok wajah suci seorang bayi...Sungguh aku tak sangka dah setahun aku besarkan dia. Tanpa pengalaman nak jaga seorang bayi, aku berjaya besarkan dia selama setahun. Kenapa cepat sangat masa berlalu. Aku rasa pencapaian paling besar aku setakat ini ialah menjadi seorang ibu. Serius,  aku rasa macam baru bulan lepas aku terbaring dalam wad bersalin.  Berzikir sepanjang masa mintak dipermudahkan urusan nak bersalin bayi suci ni...Still teringat muka en adha yang cuak sebab takut tengok darah tapi dia tetap gagahkan diri untuk ada sepanjang masa kat sebelah aku. Thanks B..

Adli Hadif memang anak yang baik sebab nak bersalinkan pun senang. Masuk labor room pukul 5 petang, pukul 7 dah keluar. Alhamdulillah juga sebab aku tak rasa sakit nak bersalin. Semua memang amat mudah untuk aku. Sepanjang setahun ni pun, hadif memang senang sangat nak jaga. Janji cukup susu and tidur. Malam-malam memang tak pernah nak meragam. Makanya, en adha memang tidur lena sepanjang setahun...-___-''

Demam pun aku rasa 3 kali je kot sepanjang setahun ni. Ada sekali je yang demam teruk. Tu pun takde merengek or menangis-nangis. Ya Allah...memang aku bersyukur sangat dengan anak suci ini. Hari-hari doa semoga biar sampai besar dia macam ni.Aku just harap dia jadi anak yang berguna, dikurniakan kesihatan yang baik and jadi anak yang soleh. Dapat tengok dia membesar dengan sihat depan mata adalah anugerah yang paling bermakna. Berharap agar tuhan pinjamkan dia lebih lama lagi untuk aku dengan en adha...insyaAlah..

Semalam potong kek agar-agar and tiup lilin. Celebrate berdua kat rumah sambil skype dengan babah. En adha takde. Dah 2 minggu kat JB. sob3..excited betul nampak babahnya. Budak bertuah tu tercengang-cengang dengar kami nyanyi lagu birthday. Tengok lilin terus nak pegang. hahah...Tak dapat bayang macamana hari Sabtu nanti. Sabtu nanti baru celebrate birthday dia. Ada buat makan sikit-sikit. Just untuk memori dia nanti. Cerita pasal birthday, nanti-nanti baru story,k


Selamat Hari Lahir Hadif!!!
Mama dengan babah doakan hadif jadi anak yang berguna & soleh suatu hari nanti. Kami sayang hadif sangat-sangat and we try our best to be a good parents for you. Mama nak hadif tau yang mama dengan babah akan buat apa saja demi kebahagian hadif..InsyaAllah.We love you so much!!!Muaaahhh 

p/s: semoga tuhan murahkan rezeki kami sekeluarga bulan ni..amin..

1 comments: (+add yours?)

dewi atika said...

sama lh mcm sy, mybaby 1 year last month.

betul rasanya hati sayu bila dh setahun mmg perasaaan mak2 agaknya

Post a Comment

any idea or comment?just drop here