12 Bulan

0 comments

-  Dia start berdiri sendiri masa 1st day puasa. Belum pandai berjalan.. Baru melangkah 3-4 langkah. Pastu terus merangkak balik. Hakikatnya, dia dah boleh nak berjalan cuma dia tak berapa confident nak melangkah. Aku sebenarnya berdoa supaya dia cepat berjalan sebab aku dah tak larat nak dukung dia. Dah 10kg budak tu. Dah sama berat macam angkat kampit beras yang 10kg.

Muka bangga dapat berdiri sendiri.
Bila berdiri,dia suruh orang tepuk tangan sambil puji dia
Time tu dia punya senyum sampai telinga

- Gigi baru ada 5 batang. Gigi yang kelima tu tumbuh lepas dia celebrate birthday haritu. So, sekarang kadang-kadang dia jadi monster. Selamat time dia menyusu tak plak menggigit. Cuma kadang-kadang dia gigit kaki, tangan badan aku. Aku je plak mangsanya. Cer g gigit babah yang banyak lemak tepu tu -_-

- Sangat melasak. Memang letih nak melayan. Dah tak reti nak duduk diam. Sekarang dah bahaya nak tinggalkan dia duduk dalam high chair. Sebab dia akan berdiri pastu sesuka hati dok kat bahagian tray. Kalau tengok, memang boleh sakit jantung..
Mangsa buli babah
Anak babah katanya

- Dah sangat expert memanjat tangga. Berjalan belum pandai tapi panjat tangga memang teror. Pernah sekali dia panjat masa aku tengah sembahyang. Tengok-tengok dia dah sampai atas. Melompat aku g turunkan dia. Bukan apa, tangga rumah aku jenis yang papan sekeping tu je. So, antara tangga ada lubang. Risau dia jatuh kat lubang tu je. Nauzubillah...

Percubaan pertama naik tangga.
Tolak lion sampai tangga. Park kat situ.
Taktik yang licik

- Selera makan dah ok. Apa orang makan semua dia nak. But, aku still jaga makan dia. Selagi boleh, aku tak bagi dia gula or garam dalam makanan. Cuma kadang-kadang aku bagi gak dia biskut marie, kuih yang manis ke. Cuma memang dalam kuantiti yang sangat sikit. Sekadar bagi rasa. Aku takde obses sangat pun. Still boleh consider bab makan ni.

- Still breastfeed. Alhamdulillah, rezeki hadif masih ada. Tapi dia memang kuat menyusu. Even malam pun still bangun 3-4 kali macam baby. Kalau siang, dah makan nasi pun still kuat minum susu. Sekarang, aku rasa susu aku pun dah makin kurang. So, tengah nak intro dia dengan fresh milk. Tengok camne nanti.

- Sekarang dah pandai nak tunjuk perasaan bagai. Kalau tak dapat apa-apa, mula menjerit macam tarzan. Dah pandai merajuk. Kalau babah dia balik dari outstation, masuk rumah tak terus dukung, mula menangis macam kena dera.. -___-''

Okeh..dah berjaya update perkembangan hadif selama setahun. Hopefully, bila dia dah besar, dia boleh baca balik kerenah dia masa dia baby. Lepas ni, tak le aku rajin nak update tetiap bulan perkembangannya. Kalau rajin 3 bulan sekali.hahah...


Professor serba tak tau
Kembang kempis hidung dok tahan taknak cermin mata jatuh
^__^

p/s:- tragedi ramadhan..selamat hadif tak apa-apa ;(

Ramadhan Tahun Ini

0 comments

Alhamdulillah dah masuk ramadhan ke 14 harini(betul ke dah 14 hari?). Aku masih lagi puasa penuh. Ingatkan tahun ni dapat puasa penuh sebab aku still BF kan hadif. Tapi nampaknya tinggal angan-angan sebab aku dah period masa umur dia 10 bulan haritu. Last year bulan puasa aku tengah dalam pantang. Tapi aku tinggal puasa 9 hari je. Selamat wei..kalau tak jenuh aku nak ganti.

So, tahun ni ramadha aku biasa-biasa je. Sebab tu aku tak update blog pun. Takde benda nak share. Aku tak masak beria-ria pun. Nak share resepi best-best pun takde. Bukan sebab aku malas nak masak ke apa. Tapi sebab aku berpuasa berdua je kat rumah dengan hadif. Sadis tau. En adha outstation ke JB. Dari bulan lepas tak sudah-sudah kejanya. Nyampah plak aku. Hujung minggu jela dia balik KL. So, bila dia balik tu, aku pun tak masak gak sebab gatal kaki, gatal mata ajak dia berjalan.hehehe...

Minggu depan baru dia habis keja kat JB. So, minggu depan aku dah fikir menu macam-macam. Nak balas dendam memasak. Yelar, kesian juga kt en adha. Hari-hari makan lauk bazar kat JB tu. Sahur plak makan kat hotel je. Sejak kami kahwin ni plak, aku memang jarang beli makanan kat luar. Even puasa pun aku memang jarang membeli kat bazar. Makanya, tekak en adha tu dah biasa makan makanan kat rumah. Bila beli makanan kat bazar, ada je komplennya. Sedap lagi aku masak sardin katanya. Ceettt...nak amik hati letew..^_^

Bila dah tinggak berdua, aku memang masak simple-simple je. Cuma kadang-kadang mama datang sebab nak melawat cucunya, masak la beria sikit. Kalau tak, memang aku berbuka ala kadar je. Tambah plak, time nak masak tu nak kena berperang dengan budak debab tu, adooiii...memang aku tak larat. Time nak masak tula dia nak tolong aku sekali.

 Minggu depan ingat nak start buat kuih raya 2-3 jenis. Gigih ke tak aku nak buat tak tau la.hahaha...Tapi last year, masa dalam pantang tu, berjaya gak aku buat 3 jenis biskut. Nak buat juga sebab mama memang dah tak membeli biskut sejak dia dah pencen. Harap aku jela yang buat. Sebab tu aku dok menunggu en adha cepat skit balik KL. Kalau aku tinggal berdua dengan hadif je memang hangit biskut raya aku.-__-''

Ok...esok kalau rajin aku update cerita baju raya plak.bye..

p/s: tuhan ada perancangan yang lebih baik

Smocking Dress Cantik & Murah

4 comments

Assalamualaikum, lama tak menulis. Sejak puasa aku dah tak update blog. Gaya macam busy masak je. Mengalahkan orang amik tempahan jahit baju kan. Aku ada je. Tak busy mana pun cuma otak beku nak mengeluarkan idea nak share kat sini. Harini baru dapat ilham.

Aku nak promote kat korang baju dress untuk anak-anak perempuan. Yelar, takkan anak lelaki plak nak pakai kan. Ni bisnes kawan aku. Aku tolong promote je. Aku jeles sebab tak dapat nak beli. Makanya, aku share dengan dengan korang. Kalau aku ada anak perempuan, entah berapa helai aku beli agaknya.

Meh aku tunjuk korang gambar baju nya..





Saiz ada dari new born sampai budak umur 6 tahun. But, depends saiz budak. Material kain cotton yang tak panas. Amat sesuai untuk budak-budak. Design semua cantik-cantik. Warna lagi la. Ko cakap nak warna apa. Polka dot pun ada tau. Merah mak ngah pun ada.hehe...

Polka dot


Dusty Pink.
Suka la warna ni.sweet macam candy
^_^

Mesti ramai yang nak tau harga kan. Untuk baby, harga RM35, toddler RM45. Harga dah termasuk penghantaran. Murahkan + berbaloi sebab baju cantik and material memang kualiti sangat. Tak payah korang nak keluar berpanas-panas nak beli baju cantik & murah. Aku ni sebab hadif tu lain jantina je. Kot idak, memang dah berhelai-helai aku beli. Kenapa baju budak perempuan comel sangat ha??

Kalau korang nak tengok lagi gambar lain and nak order, boleh g kat page


Selamat bershopping.

p/s: hari ni nak g cari baju melayu hadif. Sedih sebab tak bleh beli smocking dress.sob3

Salam Ramadhan Semua

0 comments


Alhamdulillah dipanjangkan umur kita untuk menjalankan ibadat puasa tahun ni.
Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua pembaca blog aku ni.
Maafkan segala salah silap selama aku berblogging ni ye.
Semoga ramadhan tahun ni lebih bermakna untuk kita semua.
InsyaAllah...

P/s: pagi karang terpaksa sahur sorang-sorang.sob3

Keadaan Rumah Sejak Kami Bertiga

0 comments

Sejak ada hadif ni, rumah kami dah macam tongkang aku rasa. Bukan aku nak cakap, ada anak rumah aku bersepah, jangan salah anggap ye. Cuma barang memang bertambah and dah ada little helper yang tolong sepahkan barang. 

Latest version rumah kami, dah macam taska.sob3..Serius. Bawah tangga dah segedabak inflate splash & pidy. Gara-gara en adha nak sangat bagi hadiah kat anaknya. Slide tu aku boleh terima lagi sebab tak makan space banyak sangat. Stress betul aku tengok menatang tu. Semalam arahan dah dikeluarkan. En adha kena kempiskan benda tu pastu simpan.

Area living hall dengan dining hall ni ok lagi. Sebab barang hadif memang mostly bawah tangga je. Kekonon play area dia bawah tu je. Tapi jangan bermimpi dia nak dok main je kat area situ. Haruslah dia menjelajah ke serata rumah. Sejak dia ada ni, rumah memang dah jarang nak kemas-kemas ala-ala Eric Leong. Dapat lapangkan mata dari toys dia yang selambak tu pun dah kira hebat. Kalau time dia main, memang dia jenis terbalikkan je bakul mainan tu then bersepah-sepah le ke serata alam segalam mainan. Mama dia tukang kutip + kemas. Tak sampai sejam terbalik kan lagi.

Dah dilambakkan mainan banyak-banyak tu, dia main lion plak
Disaster tak?
-___-''

Even aku surirumah pun, still kadang-kadang tak sempat nak kemas. Mana nak larat wei, kemas tak sampai sejam udah bersepah. Selalunya aku biar je mainan dia until dia tidur, baru aku kemas. Dia jaga kang bersepah balik. hahha...Before nak tidur, en adha plak kemas. Dia akan simpan semua mainan before bawa hadif naik bilik. Sambil kemas tu, mulut bebel-bebel marah anak.hahah...

Gaya macam cari harta karun

Hobi masa dia 8 bulan. Selongkar laci. Dia buka, pastu cari barang yang dia suka. Yang tak suka campak ke belakang. Geram je tengok. Gaya macam orang selongkar tong sampah. Bila dia start tarik laci, kitaorang cakap bos hadif dah masuk ofis. Time ni memang letih. Pastu dia tak serik even jari dia dah banyak kali tersepit kat situ. Sudahnya, aku beli lock untuk laci tu. Beli kat Daiso. Puas hati sebab Ofis Hadif dah kena sita.hahah...

Lagi satu feveret dia, kalau aku melipat baju. Adoii..sure dia datang sambil gelak-gelak. Dia tak usik baju yang berlonggok belum berlipat. Dia akan pergi kat baju yang dah lipat pastu tarik dengan gembira. Dia macam tau-tau je yang mak dia ni "teramat rajin" lipat baju. Memang menguji kesabaran. Selalunya memang aku lipat malam or aku hangerkan aje.haha..en adha memang dah sedia maklum yang aku paling tak suka lipat baju.

Boleh dia buat muka comel lepas sepahkan baju
Mana tak geram?

Kadang-kadang, periuk belanga aku pun ada kat living hall tau. Ni kes bila aku nak masak, kena la umpan dia bagi periuk, sudip, whisk. Tapi kalau dah budak bijak terlajak, dia lagi pandai tau. Bawa periuk tu pergi depan tv sebab dia suka tengok iklan. Kalau dok kat dapur, tak dapat tengok iklan. Tang iklan je dia suka. Yang lain tak layan. 

Junior Masterchef
"hari ni kita nak wat kek coklat ye aunty-aunty"

Atas coffee table memang clear. Tak boleh letak apa-apa. Kalau ada benda, memang kena campak ke bawah le alamatnya. Even table runner pun aku dah simpan. Bak kata mama, bila ada anak memang rumah tak boleh nak berhias. Tu pun selamat rumah aku ni tak banyak sangat perabot. Yelar, rumah pun tak besar mana. Syukur gak, sebab kalau besar lagi jenuh nak kemas.

Tu baru anak sorang, kalau dua, tiga, empat, lima....eehh..tiga je kan B??haha..mau aku pengsan. Selamat juga aku tak kerja. Selalunya, lepas mandikan hadif dalam pukul 4.30-5, aku akan cepat-cepat kemas apa yang patut. Sebab, aku akan make sure keadaan dalam keadaan kemas before en adha sampai rumah. Yelar, balik kerja penat, redah jam bagai..sure nak balik rumah hati tenang.Time ni aku akan make sure hadif  just main buku-buku je sebab time ni juga selalunya aku bacakan buku untuk dia sementara tunggu babah balik. 

Setakat ni, hadif belum lagi mendengar arahan bila suruh dia simpan balik mainan dalam bakul. Tapi insyaAllah, aku akan train sampai dia pandai. Budak-budak ni dia akan ikut apa yang orang sekeliling buat. So, selalunya bila aku kemas, aku akan buat depan dia sambil mulut pot pet bagi nasihat yang bernas.haha..

Aku memang tak marah pun kalau dia wat sepah. Biarkan je. Pada aku, budak baya hadif ni memang tengah fasa nak explore everything. Layankan je. Marah pun tak guna. Aku lagi suka dia dia jenis explorer camni dari pasif je. Haa..kalau yang tu harus risau. Tapi kalau dah besar nanti buat sepah, memang mama jadi monster hijau ye kalau tak nak kemas mainan.

Sempena nak raya ni, aku ada benda nak buat untuk cantikkan rumah ni. Sikit je pun. Tunggu dah ada rumah sendiri baru boleh nak wat cantik banyak-banyak. Sekarang, just maintain bagi kemas and sedap mata memandang sudah.

P/s: dalam dilema. Moga tuhan bagi petunjuk ;P

Shopping di Kaison

3 comments

Kali ni aku nak story 1 kedai yang dah banyak menelan duit aku. Korang pernah pergi Kaison?Pada sape yang tak tau, kedai nii kat Paradigm Mall kat Kelana Jaya tu. Tak silap aku, dia ada lagi cawangan lain kat KL ni tak silap kat KL Festival City. Before ni aku memang suka mencari barang rumah kat Ikea dengan Daiso je. Sekarang Kaison pun dah masuk list.

Nampak je kedai ni, hati dah tergedik-gedik nak masuk

Apa ada kat Kaison?MAcam-macam ada. Mostly barang untuk hiasan rumah. Kalau sesiapa yang suka nak mendeco rumah, aku syorkan korang g sini. Banyak pilihan and murah. Ada bunga, langsir, pasu-pasu, barang-barang untuk party, jam, lukisan dinding..eehh,banyaklah. Aku kalau pergi sini,sure aku nak jalan 1 kedai. Keluar sure akan beli barang. Tak sah kalau tak membeli.


Masa nak prepare untuk birthday hadif tu, banyak gak barang aku beli dari sini. Macam cupcake tier tu. Lilin birthday semua aku beli. Macam-macam lilin, lilin happy birthday, lilin no 1, lilin birthday boy. Tamak haloba tak aku.haha..Ate, harga 90 sen, RM2, memang aku amik jela. Padahal, anak bukan reti pun nak tiup lilin.haha...

Pastu aku ada beli latern. Yang ni makcik aku pesan. Harga RM2.90 je untuk saiz yang medium. Kenapa kedai ni tak wujud masa aku nak kawin. Sedih mak...Kalau tak,sure aku memborong macam-macam kat sini.


Tambah best sebab kawan baik aku memang dekat sangat rumahnya dengan Paradigm. Hari-hari dia g sana. Pada dia Paradigm tu dah macam kedai runcit. Garam habis g Paradigm, ikan takde, g Paradigm. Dasat ko kan.haha..So, dia selalu jadi informer aku. Jap-jap msg "ada stok lantern baru sampai", "Kaison ada barang baru", "cashier Kaison yang baru hensem wei"..ok,yang tu aku tokok tambah.-__-''. Makanya, memang Kaison menjadi tempat aku membuang duit. 

Meh aku share apa aku beli baru-baru ni. en adha pun tak tengok lagi sebab dia kan takde, kat JB membanting tulang. Isteri g bersuka ria shopping. Ini shopping untuk raya B..heheh...


Aku beli sarung kusyen untuk bantal Ikea yang berwarna-warni tu. Rumah aku banyak kusyen empat segi ni. Tapi sarungnya ada 1 corak je. Maka,haruslah membeli baru. Dah bosan aku tengok. Sarung tu 1 Rm5.90. Pastu jumpa plak sarung tangan pink. Even aku tak suka sangat warna pink, tapi sebabkan harganya RM1, maka wajib beli.hahaha..RM 1 dapat dua tau. Kiri dengan kanan. Mana nak dapat harga camtu kat tempat lain. So, pejamkan je mata untuk warna pink tu. Baru semangat nak buat kuih raya sebab ada sarung tangan baru. Boleh camtu?

Sempena dah nak raya tak lama lagi, bolehlah korang pergi Kaison. Cari bunga raya, pasu raya, langsir raya, kusyen raya...segala bagai raya lah. Confirm korang suka and rambang mata. Selamat shopping ye kawan-kawan.


 p/s: Daiso pun dah buka kat Paradigm..suka tak?hahah


Adli Hadif First Birthday

2 comments

Fuhhh...alhamdulillah..lega hokey sebab birthday hadif dah setel. Letih wei even buat birthday party kecil-kecilan. Ni pun rumah tak habis kemas lagi. Kena setelkan juga before puasa. Ikutkan aku memang dah nak cancel event ni sebab last minit en adha kena out station ke JB 3 minggu. Nak mengharapkan aku sensorang setel semua benda memang aku tak hingin. Tapi en adha dok pujuk, katanya kesian kat hadif nanti takde memori nak sambut birthday and ramai kawan-kawan aku dok tanya bila nak buat makan-makan. Rumah kami memang jadi port makan-makan. Last ajak kawan datang makan-makan masa aku buat baby shower haritu. So, memang dah lama sangat tak ajak orang datang makan-makan. Maka,aku gagahkan juga buat birthday party ni.
Malas nak cerita panjang-panjang. Aku letak gambar jela.

Theme : Alphabet theme (tapi tema warna adalah kuning & biru. Reason sebab aku suka warna tu.haha..)
Date: 29 Jun 2013 ( Hadif lahir 24 Jun, kira lewat 5 hari)

Birthday boy.
Alhamdulillah, tak meragam sepanjang majlis. Suka sangat even dia agak pelik apsal rumah dia ramai sangat orang datang.heheh...


Meja Buffet
Makanan adalah home made. Ada laksa, mini burger, rendang daging, pulut kuning, roasted chicken, grilled lamb,buah, sandwich tuna.
Tidaklah aku sorang-sorang masak. Ingat aku ada tangan sotong ke. Of coz mama adalah chef of the day. Thanks mama. Makanan semua habis. Alhamdulillah.. Lamb tu tak cukup. Memang beli sikit je sebab aku tak makan lamb. Sebab aku tak makan, maka aku beli sikit je. Jahat tak? Sudahnya tak cukup.hahha...Ramai cakap sedap. Yang marinate adik aku. Thanks adik genuk..Siap dia yang tolong bakar.

Candy Buffet untuk kanak-kanak. Orang tua pun suka gak rupanya.
Chocolate fountain tu pinjam cousin aku punye. Sesiapa nak sewa bagitau ye *sempat lagi aku buat iklan*
Ada mashmellow, biskut jari, jelly, cream puff, apam polka dot and keropok ikan.
Cream puff dgn apam tu aku order je. Tak kose nak buat. Aku memang buta kayu skit bab-bab buat kuih ni. 


Cantik tak cupcakes tier aku??
Maka, terjahlah Kaison untuk pembelian
^_^

Kek Chocolate Indulgence
Aku tempah kek ni kat area rumah aku je. Senang nak pick up and murah
Even aku kecewa dengan design nya sebab tak seperti yang aku harapkan tapi ramai cakap sedap. So, terus  lega hati aku. Bior tak cantik asal sedap. Kek ni pun habis gak.


Nampak tak, mak dengan bapak lagi excited dari anak

Hadif suka betul pakai topi party tu. Tak pula dia nak tarik.
Ajaib ok.
Ehh...baju tu kami custom made. Design by en adha.
Siap ada mintak tolong buatkan. Nak buat tiga helai tu pun menangis wei..
-___-""

Photobooth suka-suka
Thanks to sepupu aku emah and kakak ipar aku sebab bersengkang mata tolong aku buat menatang.

Hadif dengan sepupunya Rayyan. Anak abang aku. Slim ok rayyan ni. Hadif dua kali saiz dia.hahha...Birthday rayyan pun tak lama lagi. Selamg dua minggu je dari hadif

Hadiah dari mama & babah. Actually babah yang beli. Mama tumpang nama je.heheh..
Kemain suka budak-budak yang datang main.


Anak kesayangan

Terima kasih yang tak terhingga untuk family aku yang banyak sangat tolong kami dari awal majlis sampai ke hujung. Thanks juga pada yang sudi datang. Ehh..yang bagi hadiah pun terima kasih banyak-banyak. Entry hadiah nanti aku buat ye. InsyaAllah, next year kalau ada rezeki kita celebrate birthday hadif dua tahun plak ye..


Happy birthday Adli Hadif
We love you so much!!!


p/s: korang dah shopping baju raya?