Keadaan Rumah Sejak Kami Bertiga

Sejak ada hadif ni, rumah kami dah macam tongkang aku rasa. Bukan aku nak cakap, ada anak rumah aku bersepah, jangan salah anggap ye. Cuma barang memang bertambah and dah ada little helper yang tolong sepahkan barang. 

Latest version rumah kami, dah macam taska.sob3..Serius. Bawah tangga dah segedabak inflate splash & pidy. Gara-gara en adha nak sangat bagi hadiah kat anaknya. Slide tu aku boleh terima lagi sebab tak makan space banyak sangat. Stress betul aku tengok menatang tu. Semalam arahan dah dikeluarkan. En adha kena kempiskan benda tu pastu simpan.

Area living hall dengan dining hall ni ok lagi. Sebab barang hadif memang mostly bawah tangga je. Kekonon play area dia bawah tu je. Tapi jangan bermimpi dia nak dok main je kat area situ. Haruslah dia menjelajah ke serata rumah. Sejak dia ada ni, rumah memang dah jarang nak kemas-kemas ala-ala Eric Leong. Dapat lapangkan mata dari toys dia yang selambak tu pun dah kira hebat. Kalau time dia main, memang dia jenis terbalikkan je bakul mainan tu then bersepah-sepah le ke serata alam segalam mainan. Mama dia tukang kutip + kemas. Tak sampai sejam terbalik kan lagi.

Dah dilambakkan mainan banyak-banyak tu, dia main lion plak
Disaster tak?
-___-''

Even aku surirumah pun, still kadang-kadang tak sempat nak kemas. Mana nak larat wei, kemas tak sampai sejam udah bersepah. Selalunya aku biar je mainan dia until dia tidur, baru aku kemas. Dia jaga kang bersepah balik. hahha...Before nak tidur, en adha plak kemas. Dia akan simpan semua mainan before bawa hadif naik bilik. Sambil kemas tu, mulut bebel-bebel marah anak.hahah...

Gaya macam cari harta karun

Hobi masa dia 8 bulan. Selongkar laci. Dia buka, pastu cari barang yang dia suka. Yang tak suka campak ke belakang. Geram je tengok. Gaya macam orang selongkar tong sampah. Bila dia start tarik laci, kitaorang cakap bos hadif dah masuk ofis. Time ni memang letih. Pastu dia tak serik even jari dia dah banyak kali tersepit kat situ. Sudahnya, aku beli lock untuk laci tu. Beli kat Daiso. Puas hati sebab Ofis Hadif dah kena sita.hahah...

Lagi satu feveret dia, kalau aku melipat baju. Adoii..sure dia datang sambil gelak-gelak. Dia tak usik baju yang berlonggok belum berlipat. Dia akan pergi kat baju yang dah lipat pastu tarik dengan gembira. Dia macam tau-tau je yang mak dia ni "teramat rajin" lipat baju. Memang menguji kesabaran. Selalunya memang aku lipat malam or aku hangerkan aje.haha..en adha memang dah sedia maklum yang aku paling tak suka lipat baju.

Boleh dia buat muka comel lepas sepahkan baju
Mana tak geram?

Kadang-kadang, periuk belanga aku pun ada kat living hall tau. Ni kes bila aku nak masak, kena la umpan dia bagi periuk, sudip, whisk. Tapi kalau dah budak bijak terlajak, dia lagi pandai tau. Bawa periuk tu pergi depan tv sebab dia suka tengok iklan. Kalau dok kat dapur, tak dapat tengok iklan. Tang iklan je dia suka. Yang lain tak layan. 

Junior Masterchef
"hari ni kita nak wat kek coklat ye aunty-aunty"

Atas coffee table memang clear. Tak boleh letak apa-apa. Kalau ada benda, memang kena campak ke bawah le alamatnya. Even table runner pun aku dah simpan. Bak kata mama, bila ada anak memang rumah tak boleh nak berhias. Tu pun selamat rumah aku ni tak banyak sangat perabot. Yelar, rumah pun tak besar mana. Syukur gak, sebab kalau besar lagi jenuh nak kemas.

Tu baru anak sorang, kalau dua, tiga, empat, lima....eehh..tiga je kan B??haha..mau aku pengsan. Selamat juga aku tak kerja. Selalunya, lepas mandikan hadif dalam pukul 4.30-5, aku akan cepat-cepat kemas apa yang patut. Sebab, aku akan make sure keadaan dalam keadaan kemas before en adha sampai rumah. Yelar, balik kerja penat, redah jam bagai..sure nak balik rumah hati tenang.Time ni aku akan make sure hadif  just main buku-buku je sebab time ni juga selalunya aku bacakan buku untuk dia sementara tunggu babah balik. 

Setakat ni, hadif belum lagi mendengar arahan bila suruh dia simpan balik mainan dalam bakul. Tapi insyaAllah, aku akan train sampai dia pandai. Budak-budak ni dia akan ikut apa yang orang sekeliling buat. So, selalunya bila aku kemas, aku akan buat depan dia sambil mulut pot pet bagi nasihat yang bernas.haha..

Aku memang tak marah pun kalau dia wat sepah. Biarkan je. Pada aku, budak baya hadif ni memang tengah fasa nak explore everything. Layankan je. Marah pun tak guna. Aku lagi suka dia dia jenis explorer camni dari pasif je. Haa..kalau yang tu harus risau. Tapi kalau dah besar nanti buat sepah, memang mama jadi monster hijau ye kalau tak nak kemas mainan.

Sempena nak raya ni, aku ada benda nak buat untuk cantikkan rumah ni. Sikit je pun. Tunggu dah ada rumah sendiri baru boleh nak wat cantik banyak-banyak. Sekarang, just maintain bagi kemas and sedap mata memandang sudah.

P/s: dalam dilema. Moga tuhan bagi petunjuk ;P

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here