Shopping di Kaison

Kali ni aku nak story 1 kedai yang dah banyak menelan duit aku. Korang pernah pergi Kaison?Pada sape yang tak tau, kedai nii kat Paradigm Mall kat Kelana Jaya tu. Tak silap aku, dia ada lagi cawangan lain kat KL ni tak silap kat KL Festival City. Before ni aku memang suka mencari barang rumah kat Ikea dengan Daiso je. Sekarang Kaison pun dah masuk list.

Nampak je kedai ni, hati dah tergedik-gedik nak masuk

Apa ada kat Kaison?MAcam-macam ada. Mostly barang untuk hiasan rumah. Kalau sesiapa yang suka nak mendeco rumah, aku syorkan korang g sini. Banyak pilihan and murah. Ada bunga, langsir, pasu-pasu, barang-barang untuk party, jam, lukisan dinding..eehh,banyaklah. Aku kalau pergi sini,sure aku nak jalan 1 kedai. Keluar sure akan beli barang. Tak sah kalau tak membeli.


Masa nak prepare untuk birthday hadif tu, banyak gak barang aku beli dari sini. Macam cupcake tier tu. Lilin birthday semua aku beli. Macam-macam lilin, lilin happy birthday, lilin no 1, lilin birthday boy. Tamak haloba tak aku.haha..Ate, harga 90 sen, RM2, memang aku amik jela. Padahal, anak bukan reti pun nak tiup lilin.haha...

Pastu aku ada beli latern. Yang ni makcik aku pesan. Harga RM2.90 je untuk saiz yang medium. Kenapa kedai ni tak wujud masa aku nak kawin. Sedih mak...Kalau tak,sure aku memborong macam-macam kat sini.


Tambah best sebab kawan baik aku memang dekat sangat rumahnya dengan Paradigm. Hari-hari dia g sana. Pada dia Paradigm tu dah macam kedai runcit. Garam habis g Paradigm, ikan takde, g Paradigm. Dasat ko kan.haha..So, dia selalu jadi informer aku. Jap-jap msg "ada stok lantern baru sampai", "Kaison ada barang baru", "cashier Kaison yang baru hensem wei"..ok,yang tu aku tokok tambah.-__-''. Makanya, memang Kaison menjadi tempat aku membuang duit. 

Meh aku share apa aku beli baru-baru ni. en adha pun tak tengok lagi sebab dia kan takde, kat JB membanting tulang. Isteri g bersuka ria shopping. Ini shopping untuk raya B..heheh...


Aku beli sarung kusyen untuk bantal Ikea yang berwarna-warni tu. Rumah aku banyak kusyen empat segi ni. Tapi sarungnya ada 1 corak je. Maka,haruslah membeli baru. Dah bosan aku tengok. Sarung tu 1 Rm5.90. Pastu jumpa plak sarung tangan pink. Even aku tak suka sangat warna pink, tapi sebabkan harganya RM1, maka wajib beli.hahaha..RM 1 dapat dua tau. Kiri dengan kanan. Mana nak dapat harga camtu kat tempat lain. So, pejamkan je mata untuk warna pink tu. Baru semangat nak buat kuih raya sebab ada sarung tangan baru. Boleh camtu?

Sempena dah nak raya tak lama lagi, bolehlah korang pergi Kaison. Cari bunga raya, pasu raya, langsir raya, kusyen raya...segala bagai raya lah. Confirm korang suka and rambang mata. Selamat shopping ye kawan-kawan.


 p/s: Daiso pun dah buka kat Paradigm..suka tak?hahah


3 comments: (+add yours?)

LisaLisut said...

omggg besar jgk rupanya kaison dlm paradigm ni.apsal slama i pergi ni xperasan xnmpk ?? i sll dgr org g kaison i igt mcm kecik je..tp tgk gmbrni mcm menarik gle rs nk ajak husband i g sni beli brg raya. hahahaha.tq for d info!.satu je i xske g paradigm ni sbb parking dia.jln nk msk parking sempit. huhu..xsll pegi tu yg rasa mcm blur je dgn parking dia

adlyn833 said...

Lisa>>kaison besar ok.nak tolak stroller pn senang.Kaison kat sebelah popular rasanya.tapi bab parking paradigm mmg fail.mmg rmai sgt complaint.tapi sebab keta i kecil+comel,ok je nak masuk parking.tapi kalau bawa keta en adha mmg surrender awal2.
nanti share ye hasil shoppingan kaison ;)

ain shahrulazri said...

mcm best je, nnti nk pegi la.. thnks for info :)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here