Abang Hadif- Setahun Lapan Bulan

1 comments

Sejak dah nak dapat baby baru ni, kitaorang dah start panggil hadif abang. Memula nak panggil along, tapi macam abang lagi best. Bunyi gaya abang besar gitew.hahah.. Kalau tanya sape abang, automatik dia angkat tangan. Good boy!!

Lama sangat tak update pasal budak debab sorang tu. Ehh..dah tak debab dah. Bila dah masuk umur setahun 2 bulan haritu semua lemak-lemak dia dah lari.. ;). Bagus la..aku risau gak kalau dah obesiti plak nanti.

Currently dah wean off masa umur dia setahun setengah. Perasaan adalah sedih. But, sangat bangga dengan pencapaian diri sendiri sebab dapat BF dia lama camtu. Terpaksa wean off due to my pregnancy.sob3..sorry hadif. Nanti dalam entry lain aku share ye cara aku wean off kan dia. Alhamdulilah berjaya and experience aku tak sesusah orang lain rasanya.

Dah banyak words yang dia boleh sebut. Tapi nak buat ayat tu macam agak payah lagi. Still pelat-pelat. Biasa la budak kan. Sangat senang nak imitate and ajuk orang cakap. So, memang kitaorang agak berhati-hati bila nak bercakap sekarang ni. Tapi bahasa semua rojak. Ada english ada malay. Animal semua dalam bahasa inggeris. Fish, dog, cat, horse, etc. Words makanan semua bahasa melayu...nasi, kuih, roti,ayam. Nampak sangat memang tekak melayu kan. heheh


Sekarang dah pandai cakap terima kasih kalau kita bagi something yang dia nak. Actually masa umur setahun 4 bulan haritu dah kami perasan. Tak ajar pun lagi time tu. Maybe dia selalu dengar kitaorang cakap terima kasih once dia bagi something. So, dia belajar dari situ. Seriously, budak-budak sangat senang imitate apa yang kita buat. So, tunjuk benda yang baik-baik je depan anak-anak ye.

Tantrum punya fasa memang dah bermula masa setahun 2 bulan tu. Tapi still boleh handle. Biasa kalau dia tak dapat barang memang dia agak tunjuk perasaan. Berguling macam hero hindustan atas lantai. At first aku akan pujuk, tapi kalau tak jalan, aku biarkan je. Nanti lama-lama dia akan datang sendiri kat aku. Tau pun...hahaha...Tapi setakat ni ta pernah lagi buat hal kalau kat luar. Tantrum pun kat umah je. 

Ada je kerjanya T__T

Minat terhadap kenderaan adalah sangat mendalam. Especially crane, cement truck, big rig. Kalau nampak memang dia excited sangat. Bawa keluar memang suka sangat tambah plak sekarang tengah busy projek MRT kan..so, benda-benda tu banyak. Memang semua benda nak tengok. Tak sia-sia gak belikan dia buku pasal kenderaan. Mostly dia banyak belajar dari situ.

So far lately ni aku memang tak berapa ajar dia sangat. Kalau tak dulu memang aku akan spend masa pagi dengan petang akan ajar dia ABC, menulis, membaca..tapi sejak aku pregnant memang malas bertingkat-tingkat. En adha pun dah busy sebab dia dah sambung study. Maka, masa agak terhad. Kalau tak dulu, malam memang en adha akan ajar dia. But, still bacakan gak dia buku, ajar la juga ABC. Sekarang ni, ABC tu dia dah tau. Cuma ada certain alphabet yang dia tak reti sebut tapi memang dia kenal. Dia memang suka buku, so, at least hari-hari aku akan bacakan buku. Minat menulis dah sekarang. Tapi faham-faham la kan..more to menconteng.heheh..Selamat en adha dah belikan paper roll yang kat Ikea tu. Memang suka sangat-sangat. Lepas tu terpaksa melayan dia melukis. Main order je nak suruh orang lukis apa. Tapi balik-balik suruh lukis lorry, bus, car, big rig -___-''. Sampai naik boring sebab sehari ntah bape kali nak kena lukiskan.

Ni mama yang belikan. Senang nak bawa ke mana-mana

Selera makan memang ok. Cuma aku memang dah start bagi family food kat dia. Konon memang nak avoid garam dengan gula untill dia 2 tahun. Tapi masa aku awal pregnant tu, memang tak larat nak buat apa. Even masak pun en adha yang buat. So, aku decide bagi jela family food apa yang kitaorang makan. Kesian plak en adha nak masak lain untuk hadif. But, benda-benda manis memang aku tak bagi lagi except roti. Aiskrim, kek, gula-gula, air manis-manis memang dia tak pernah makan lagi. Tunggu la bulan 6 ye hadif.
Buah memang sentiasa kena ada kat rumah.
Hari-hari mesti nak makan buah

Birthday dia this year maybe akan sambut lambat sebab aku dah nak bersalin time tu. Tambah plak en adha akan busy untuk final exam. Dengan dah dekat nak puasa lagi. Maka kami sepakat nak postpone untill baby dah deliver. Maybe buat aqiqah and open house raya sekali. Senang cerita. Semua sekali harung. Save duit. And yang penting aku dah habis pantang time tu. Boleh le melantak semua makanan kan...kehkehkeh...

Hero kesanyangan. Still nak duduk dalam car seat dengan behave nya
*____*


p/s: Next month pregnancy aku dah masuk 6 bulan. ehhh..apsal yg 2nd ni rasa cepat sangat?? 

2014 bakal berempat

4 comments


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi..InsyaAllah family kecil kami bakal berempat tahun ini.
YES,I'M PREGNANT
^______^

Actually pregnancy aku dah masuk 16 weeks. That's is major reason blog ni sepi.
Aku memang ada masalah update blog kalau pregnant.hahaha..
Bukan blog je,semua yang berkaitan dengan online aku tak kuasa nak mengadap.
Laptop ni memang dah lama sangat tak on.

Pregnant kali takde morning sickness sangat. Aku muntah sekali je rasanya.
Cuma badan memang letih je masa first trimester tu. Sekarang dah ok.
Ini adalah pregnancy terancang, bukan tersesat ye.hahahha...
En adha dgn aku memang dah planning this year untuk second baby.
Alhamdulillah Allah permudahkan dan makbulkan doa kami berdua.

InsyaAllah aku bakal deliver 24/7/2014. Time tu Hadif dah 2 tahun.
Just nice planning kami..
But, this year no raya for me. Sebab bulan 7 tu orang tengah puasa sibuk nak raya
Aku sibuk berbengkung dengan bertungku..kehkehkeh..

Seriusly, even second pregnancy pun, aku dengan en adha still excited.
Paling excited nak tengok reaction hadif bila adik dah keluar.hehhe...
Ooo..dah lama tak story pasal dia.
Orait...nanti aku update story abang hadif plak.

p/s: sesiapa yang mengenali aku di FB or IG, please jangan mention anything about my pregnancy. Please respect my decision ye..

Masih Di Sini

0 comments

HEELLLOOOO SEMUAAA!!!
Ada lagi ke pun reader blog aku ni??
Sorry sangat-sangat sebab lama tak update blog. Busy mengalahkan apa
Bukan busy sangat pun cuma mood and idea nak mengarang tu takde
Cerita nak share banyak tapi mood tak tak sampai-sampai tak jadi gak entry ye tak

Nak wish new year pun dah lambat sangat.hahaha
Dah nak masuk february dah pun. Betapa cepat masa berlalu kan
Anggap je entry kali ni mukadimah dari aku. Next entry aku akan mengarang ye
InsyaAllah akan rajin update lepas ni 
Byeee...

^____^

p/s: 2014 permulaan tahun yang membahagiakan