::Saya mahu hadiah ini::*_*(entry khas untuk nuttyNAD)

5 comments

Seperti dalam previous entry,aku ada cakap pasal rezeki yang datang bergolek kat aku.Yaaa...ada orang baik hati nak bagi hadiah birthday.Siap tanya nak hadiah apa.Korang ada kawan camni???Aku ada..Saya sangat sukerr and SAYANG korang!!!

Dengan malu-malu kuda(sambil goyang2 ekor)hahahah..,aku nak hadiah ni...(blushing..wink..wink..)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

ko mesti jeles nad sebab yang ni ada lining purple


yang ni pun ok

Aku nak hadiah kasut buaya ni sebab crocs malindi aku dah tua sama cam tuannya.
Lagipun,boleh la kita jadi geng kasut buaya kan Nad :D
Last but not least
I LOVE U ALL SO MUCH XOXO!!

P/s:boleh tak stop kan masa supaya umur aku tak bertambah??huhh!!!

Allah Maha Mengasihi-Rezeki diberi dalam pelbagai bentuk-

5 comments

Lately ni ramai sangat kawan-kawan aku yang menerima berita baik.Happy dan tahniah untuk korang semua :D


Apa yang buat aku berfikir sejenak,Allah tu Maha Mengasihi.Selalu kita rasa bila dapat duit tu adalah rezeki.Tapi sebenarnya,rezeki ada macam-macam bentuk dan cara.Ini antara rezeki kawan-kawan aku


Disahkan preggy untuk 2nd baby even 1st baby tak sampai 6 bulan lagi~nanti boleh pinjam anak demok ko ye


From contract staff dah jadi permanent staff~susah betul kan kerja kat company telaga minyak sampai saman traffic pun nak check before confirm jawatan.


Dapat further study even umur dah tua~tak perlu accept kalau tak suka course tu.Buat apa yang kita suka :D


Akan move to her own house~bestnya dah beli rumah.Acara pemanasan rumah nanti jangan lupa jemput


Dapat kerja balik~Sesuka ko je kan kuar masuk company tu.3 bulan lepas ko quit,bulan depan masuk kerja balik.


Getting married soon~Selamat Pengantin Baru!!!


En adha pun ada dapat rezeki gak baru-baru ni.Tapi dia tak accept offer tu for some reason(kawan-kawan,plan kita yang gempak gile tu sudah cancel okeh!!).It's ok.Pada aku,jangan paksa diri kalau kita tak suka benda tu.Buat benda yang kita suka.


Aku tumpang gembira dengan rezeki mereka.Semua tu dianggap rezeki.Tuhan bagi sebab Dia sayang umatNya.So,kita harus bersyukur.Jangan plak ada sifat dengki bila ada orang bagitau kita yang dia terima rezeki.Suppose,kita tumpang happy dan berdoa orang tu bertambah rezekinya.InsyaAllah,rezeki kita akan muncul juga nanti.


Tak semestinya Tuhan tak bagi kita rezeki Dia tak sayang kita..Teruskan bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk mencari rezeki.Aku ada terbaca petikan ayat ni,tapi dah tak ingat dari mana aku dapat


" JIKA DOAMU DI MAKBULKAN ,TANDA ALLAH MENYAYANGI MU,JIKA DOA MU LAMBAT DI MAKBULKAN TANDA ALLAH INGIN MNGUJIMU,JK DOA MU TIDAK DMAKBULKAN TNDA ALLAH MERANCANG YANG TERBAIK UTK MU "

Selamat hari Rabu semua :D

P/s:baru teringat,ada orang tanya nak hadiah apa untuk birthday.Tu rezeki juga kan??Bila en adha nak tanya ni??isshhhh....

Nasi Minyak Azim+Farah & Firdaus+Syafinaz Hanim

1 comments

Entry tertangguh.Majlis dah berlangsung pada 9/10 yang lepas.Pengantin pun dah lama balik dari honyemoon.Gile malas aku ni..Pengantin adalah kawan kepada adik aku.As usual,kawan adik aku adalah kawan aku,kawan aku adalah kawan adik aku.Best kan??Masa wedding kami hari tu,geng-geng adik aku ramai datang membantu termasuk la beliau.Siap tolong siang ikan nak wat BBQ masa malam potong kek.Ko memang sempoi la Azim ;P.Let picture do the talking...


Majlis berjalan lancar cuma pengantin lewat SEJAM hokay!!!oooo..lupa,ko diva kan azim??.Makanan ada lah terbaek dari ladang.hahaha..maknanya memang sedap sebab aku boleh habiskan nasi beriani(ni sebab aku tak nampak nasi putih).Aku memang tak suka nasi minyak ke nasi beriani ke...tapi dalam keadaan terpaksa aku makan gak.Tapi bila kat kenduri ni,aku makan nasi beriani dia memang sedap.Ayam goreng pun sodappp!!!

Okay,ni sedikit info pasal catering sedap ni.Thanks to en pengantin sebab sudi share dengan aku.Sesiapa yang berminat boleh contact mereka.Memang highly recommended.Service pun tip top ;P(macam wat marketing plak.hahah)

Nama: SAJIAN d-HIDANG (M) SDN BHD

Telefon: 03-55108776 / 9776 / 3773
Lokasi: Lot 9.2, Pusat Dagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
 Persiaran Damai, Seksyen 11,
 40100 SHAH ALAM, Selangor
E-mail: sajian_dhidang@yahoo.com.my

Ohh ye,ada satu wedding lagi yang aku attend.Ni kawan en adha.Wedding kat kg en adha di Parit Buntar.Ermm..takde benda sangat nak cerita since aku pun tak berapa kenal dengan pengantin.Cuma warna tema purple+black cam menarik perhatian aku.Pastu ada persembahan silat yang agak mencacatkan majlis sebab bagi aku lama sangat sampai dekat nak sejam.Over gile pesilat-pesilat tu sampai habis semua senjata dari pisau,kayu,parang sampai rantai besi nak guna.Siap parang tu terbang kat tetamu,selamat takde yang cedera.Kalau tak sure keluar headline paper"tetamu hilang kepala di majlis perkahwinan".hehhee...Orait,cuci mata jap dengan gambar pengantin



Banyak lagi wedding-wedding akan menyusul.Lepas ni banyak la gambar-gambar kawin dalam blog ni.Selamat pengantin baru in advance kepada kawan-kawan bloggers aku especially xora and farah.Aku teringin sangat nak pergi tapi wedding xora jatuh hari yang sama dengan "hari bertambah umur aku untuk tahun ni" ;P pastu wedding farah plak sama date dengan wedding kawan kami.But anyways, aku doakan majlis korang berjalan lancar and jangan lupa senyum banyak-banyak pastu post gambar banyak-banyak kat blog korang nanti ye.Kepada B2B yang lain,selamat menukar status ke "Puan" :-))


P/s: azim,i know u reading my blog..mana gambar wedding i ar?takkan nak tunggu adik i kawin baru dapat tengok??


6 Bulan=Setengah Tahun

4 comments

rasa macam baru 6 hari ;P

Aku happy dan bersyukur
Semoga cinta kami kekal selamanya...
To en adha,thanks 4 ur love
Love u so much

DIY::Paper Lantern::

4 comments

Ok..aku sambung previous entry.Sape-sape nak try wat lantern sendiri,boleh try info yang aku bagi ni.Aku tau ramai B2B yang rajin kan...


PAPER DOILY LANTERNS


What you’ll need:
- Paper lantern
- Paper doilies
- Scissors
- Double-sided tape
- String to hang



Instructions:
Step 1: Cut a bunch of doilies in half.
Step 2: For the top few doilies, cut out a semi-circle so it will fit around the opening at the top of the lantern. Turn over and place double-sided tape on the wrong side.
Step 3: Stick to the top of the lantern. Repeat with another two or three doily halves until the top opening is circled. You might need to overlap a few of the doilies slightly to fit but try and get it as even as possible.
Step 4: Place double-sided tape on the wrong sides of the halved doilies at the top.
Step 5: Stick underneath the top doilies in the middle of the gaps, so they’re overlapped like fish scales.
Step 6: Continue all the way around and down to the bottom. For the final layer, you might need to cut a doily into quarters to fill the leftover space.
ni la hasilnya ;P

ni plak kalau sape nak deco white lantern.cam cantik plak aku rasa.dah jadi cam pomander ball pun ada.kalau guna lantern yang kecik2 sure comel ;P

Paper lanterns>>flowers

Supplies and tools
  • white paper lantern
  • hot glue gun and glue
  • fake flowers
  • scissors
  • pom-pom fringe
  • compact fluorescent light bulb


1. Start by removing the flowers from the garland, remove the plastic pieces, and tear the petals apart (some are hot glued together).
2. Then cut the pom poms off the fringe. You can also buy loose pom poms, but I liked these off-white ones better than the white ones they sell loose.
3. Hot glue the flowers and pom-pom centers onto the lantern. Glue them so they overlap to cover the entire paper surface. The garland I used provided just enough flowers for one 12-inch paper lantern.

4. Insert the cord kit and hang from the ceiling. If you use a compact fluorescent light bulb, you’ll never have to worry about the hot glue melting.
Sape-sape nak try buat,boleh refer terus kat link yang aku bagi tu.Selamat mencuba ;P

Info::Lantern::

2 comments

Pagi tadi aku chat dengan cik farah kat muka buku.Dia suruh aku tulis pasal entry lantern(tetiba farah kena..heheh..).Actually,aku dah lama nak share,tapi MALAS.So,hari ni dah rajin sikit.Last week aku balik KL,aku g Ikea(tempat wajib kot..erkk).Nak tengok benda-benda baru sebab dah ada katalog baru kan.Benda yang menarik perhatian aku ialah lantern.Ada banyak design yang baru.Tak caya,cuba tengok ni


dari kiri: RM 29,RM 19,not sure.Back:RM 9


Yang jenis biasa yang bulat tu pun ada tapi yang ada just warna putih.Yang biasa tu harga dia RM9/each.So,sesiapa yang berminat boleh dapatkannya di Ikea.Masa wedding aku haritu,aku ada gak guna lantern.Actually nak beli warna kuning je.Jenuh la aku cari kedai tu kat Petaling Street.Last minit punye plan.Boleh kata semua kedai yang aku rasa ada jual lantern aku masuk.At last baru jumpa.Dah jumpa,lantern plak habis warna and tinggal sikit je.Demit!!!!Aku beli jela mana yang ada.Dari nak warna kuning,terus jadi tema pelangi.Hantam saja la..


lantern warna-warni ;P


Kalau ada sape2 nak cari lantern ni kat Petaling Street, boleh cari kat area Jalan Panggung,opposite dengan vegetarian punya restaurant.Nak cakap exact location aku memang tak ingat.Korang kena pusing-pusing area tu.Yang aku ingat,kedai tu bukan kat main road yang gerai-gerai tu.Kalau dari depan pintu gerbang PS tu,lorongnya sebelah kiri.Kalau salah ampunkan aku.Jangan g sorang ye..bahaya.Aku haritu selamat abang aku temankan..Harga kalau x silap yang besar below RM 15.Yang kecik sekali tu dalam RM4-5.Aku dah x ingat.Ada macam-macam saiz and warna.Tapi masa aku g,memang dah takde choice.Stock dah habis..Hanya tu je info yang aku boleh share pasal lantern ni..OOhh..next entry pasal lantern gak..Nanti aku update,k


P/s:nice chatting with you farah ;P.Next week i pos ye "bola-bola api" tu.ahakss..
      thanks to rDnA sebab sudi jadi followers saya :))



Recipe:: Bread Butter Pudding::

3 comments

Hari ni aku nak share resipi bread pudding. Maybe ada yang dah tau camne nak wat pudding ni,tapi aku share resipi yang aku selalu wat sebab ada banyak cara nak wat bread pudding ni.. Resipi ni aku dapat dari MUA aku.Thanks kak yang...(^_^)
Okey,ni resipinya...
Bread Butter Pudding.

Bahan2:
Roti
Butter
Kismis
Tepung kastard (tak pkai pun takpe)
Telur 3 biji
Susu pekat manis (condensed milk)
Susu sejat (evaporated) Ideal
Santan, separuh kotak kecik.
Cara2:
potong roti ikut suka. Potong dua atau empat.
Sapu butter, satu sudu kat tray.
Susun roti, selang seli ngan kismis
Susu pekat 1/3 tin +susu cair 1/2 tin + santan 1/2 kotak kecik + telur dimixkan dan pukul sampai telur sebati. + tepung kastad 2 sudu yg dah dilarutkan ngan air sikit. (Tanak campur kastard pon takpe)

Tuang atas roti. Tunggu roti soakin wet.. Letak butter lagi satu sudu here n there everywhere on top.Pas tu kukus atau bakar 20 minit. Kalau kukus takdelah effect bakar2 tu yek.
p/s: as usual, sesuka hati lah nak manis ke tidak, nak manis lagi campur le gula.

Aku selalu kukus sebab rumah aku xde oven.hukhuk.. ;(
Tapi kalau kukus lagi cepat masak.Actually bahan kat atas tu depends bekas yang korang guna.Kalau bekas kecik maybe guna sebiji telur pun dah ok.Aku selalu lepas campur semua bahan tu,aku rasa.If rasa kurang manis,tambah la susu lagi,kurang lemak tambah santan.Ikut suka tekak korang.hehehe...Amat sesuai untuk minum petang.Makan panas-panas memang sangat sedap.Selamat mencuba ;P

P/s:Resipi ni khas untuk Pn Nadia.kami dah bagi resipi ni,jangan x buat plak.. :))

Perkara remeh yang penting semasa kenduri kawin

1 comments

Aku sebenarnya tak tau tajuk apa yang sesuai nak letak.So,jadilah seperti tajuk di atas.Tajuk x penting,yang penting isi entry nya,betul tak?Aku nak share apa yang aku rasa agak penting dalam sesuatu kenduri kawin tapi agak tak diambil berat oleh kita.Sebagai seorang ex-bride aku pun tak rasa wedding aku haritu perfect.Masih ada cacat cela di sana sini tapi aku akan share kat sini supaya dapat jadi panduan kepada bride 2 be yang lain.Ini juga adalah pengalaman aku sebagai pengunjung tegar ke majlis kawin kawan-kawan.


-Pengantin please be punctual.Ni memang penting.Sebab aku pernah pergi kenduri yang orang terpaksa tunggu pengantin berjam-jam.Dalam kad tulis pengantin bersanding pukul 1,tup-tup pukul 2 baru sampai.Kena ingat,tetamu yang datang tu mungkin dari jauh or ada kenduri lain nak attend.Kalau yang datang tu kawan kita,sure kesiankan diaorang nak kena tunggu lama-lama.So,what we can do,before print card make sure dah inform semua yang terlibat,FIL,MUA and others.Discuss pukul berapa agak-agak waktu yang sesuai untuk bersanding.Kalau rasa pukul 2,tulis dalam kad pukul 2,so orang takkan tertunggu-tunggu and kawan-kawan pun boleh plan pukul bape nak datang.If ada pasangan yang munkin berlainan negeri,may be boleh datang awal sehari or plan your journey earlier.Mungkin ada yang rasa kita ni Raja Sehari orang tak kisah,tapi kena ingat gak,tetamu kena dahulukan.They make an effort utk datang, so layan tetamu anda jayanya :-))


-Situasi di atas adalah sambungan di sini.Ermmm..kebiasaannya ada antara kita yang akan datang awal sebab dah janji dengan kawan-kawan lain sedangkan pengantin hanya akan muncul sejam selepas itu.Makan sudah, tapi takkan nak melepak-lepak di meja sedangkan tetamu lain sedang tercangak-cangak nak cari meja kosong.Korang pernah tak kena camni??Jadi berlaku la senario gadis-gadis comel berdiri di tepi-tepi khemah tunggu pengantin.Untuk mengelakkan ini berlaku,why not korang sewa extra kerusi dari orang khemah.Then,letak je kerusi tu kat tepi-tepi  khemah or kat tempat yang teduh skit.Takde la orang berdiri lama-lama especially kalau tetiba pengantin datang lambat.


-Pesan kat DJ bertugas jangan la pasang lagu kuat-kuat. Pernah aku g 1 kenduri ni,punya la kuat dia pasang lagu sampaikan nak cakap pun terjerit-jerit.Suruh DJ tu test sound system betul-betul.Kalau kenduri korang ada karaoke,cari la yang suara sedap-sedap ye.Macam aku haritu,aku memang x benarkan karaoke.hehehe...Rosakkan mood aku je kang..


-Kat meja beradap tu tak yah la makan macam dah takde makanan nak makan lepas tu.Makan just untuk alas perut cukup la. Sebab apa aku cakap camni sebab time ni ramai yang tunggu pengantin untuk bersalam and ambil gambar.Kesian kat tetamu tunggu kita lama-lama.Aku haritu memang makan sikit sangat.Asyik sound en adha suruh cepat sebab aku tak sampai hati tengok kawan-kawan aku kat belakang khemah tengah tertunggu-tunggu.


-Masa bersanding after dah tepung tawar and ambil gambar dengan family,may be boleh terus proceed dengan acara bersantap.Pesan kat photographer post-post korang berdua kat pelamin buat after tetamu dah kurang.Tak perlu la nak amik time tu gak.Korang pun sure malu-malu kambing nak wat pose-pose manja depan orang kan.Apa yang aku cuba sampaikan ialah,sila fikirkan pihak keluarga lagi 1 iaitu family mertua kita.Sure semua dah lapar time tu.Ni nak kena tunggu plak pengantin bergambar bagai baru nak makan.Maybe ada yang datang dari jauh.Photographer sure faham cuma inform earlier pasal tentative wedding korang.


-Assign ahli keluarga yang boleh diharap untuk terima hadiah dari tetamu.Selalu terjadi sampai kenduri tak tau nak bagi hadiah kat siapa.terpaksa la pegang sampai jumpa pengantin sendiri.Ada setengah malu nak masuk rumah especially kaum lelaki.Aku pernah kena masa g kenduri kawan en adha.Last-last aku yang masuk rumah sedangkan mak pengantin pun aku tak kenal.Macam kenduri aku haritu,kawan-kawan aku yang kena kerahan tenaga untuk terima hadiah.Tapi disebabkan diaorang tak larat nak ulang alik masuk dalam rumah bawa hadiah,last sekali diaorang bawa keluar meja dan letakkan kat tepi meja guest book.So,may be ini boleh diaplikasikan dekat majlis korang ;P


-Cari pengapit yang senang korang nak berkomunikasi.ermm..dalam erti kata lain yang korang rapat.Make sure dia jalankan tugas dengan penuh tekun.Jangan jadi cam kawan aku,pengapit sampai lambat.pengantin dah nak berarak baru terkedek2 nak datang.


Setakat ni jela kot.Ni je yang aku dapat fikirkan. May be ex-bride lain ada benda yang lain yang boleh share lagi.Kita hanya rancang,kadang-kadang kita dah plan seeloknya,tapi still ada benda yang tak sepatutnya terjadi.Pada aku,kalau kita dah plan sehabis baik yang selebihnya serahkan pada-Nya.Redha dan pasrah saja, yang penting majlis kita berjalan lancar.Kita hanya merancang Dia yang menentukan-Nya.. :-))


p/s:terima kasih pada follower baru saya Mama Hasya.Nanti saya link awak ye ;P

::IDEA::Hadiah Untuk Pengantin

8 comments

Dah lama rasanya aku tak share something yang informative kat sini.Disebabkan musim nasi impit dan rendang ayam bakal ditinggalkan..dan telah mula musim nasi minyak datang menyapa ;P Aku dah banyak dapat "kad wangi" dari bakal-bakal "Puan".InsyaAllah, akan menghadirkan diri.Oleh itu,aku nak share idea untuk bagi hadiah pada bakal-bakal pengantin di luar sana.Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sebagai mantan pengantin.


Masa wedding aku hari tu,alhamdulillah aku dapat banyak sangat hadiah.Memang aku tak jangka.Terima kasih pada semua yang memberi.Okeh2...aku tak nak melalut ke laut.Orait,bawah ni aku list beberapa hadiah yang pada aku amat berguna kepada bakal pengantin


1) Barangan Elektrik
Kalau dapat sure pengantin akan senyum sampai ke telinga.hehehe...Mungkin boleh bagi rice cooker,coffee maker, blender dan lain-lain.Nak lagi best boleh bagi peti ais ke LCD tv ke.hohohoo...best-best.Kalau hadiah yang camni,korang boleh share ramai-ramai dengan kawan-kawan.TAPI!!!possibility hadiah korang untuk sama dengan orang lain adalah tinggi.Sure korang nak pengantin guna hadiah yang korang bagi kan??Tapi kalau dah pengantin dapat rice cooker 4 biji, coffee maker 5 biji,confuse okeh!!Tak kan nak pakai buang plak kan.hehhe..So,try cari benda yang orang jarang bagi. Macam aku haritu,memang rice cooker aku dapat 4,coffee maker 4,blender sampai 3..hahaha..benda yang aku dapat setiap satu nya hanya 1 adalah slow cooker and thermo pot. Benda ni pun amat berguna untuk orang yang baru kawin.haa...1 lagi,mungkin boleh bagi vacuum.. ;P

comel kan??


2) Bedsheets
Okeh..kalau hadiah ni rasanya takde masalah kalau pengantin dapat lebih dari sepuluh sekali pun.For sure mereka akan guna sebab cadar mesti nak tukar selalu.Aku pun banyak dapat hadiah ni.Paling best dapat cadar organic cotton from kawan kepada adik aku.Datang dari Batam.So sweet cewek dari indonesia tu.Thanks Sri.. ;P.So,maybe cadar adalah pilihan tepat untuk hadiah.Cuma,jangan la bagi cadar single.heheh...


pillow case macam ni pun cantik
3) Pinggan mangkuk
Errmm..ni macam dah sinonim kan dengan hadiah pengantin.Tapi masa wedding aku,ni la hadiah paling sikit aku dapat.hahhhah..Set pinggan aku dapat dalam 3 set je kot.Mostly yang aku dapat mangkuk untuk serving dish tu.Tapi aku dapat cup cake tier punye serving stand.Maybe boleh bagi kat pengantin gak sebab jarang orang nak bagi hadiah camni.Masa aku dapat tu,punya la suka.hehehhe....


4) Barangan hiasan rumah
Hiasan rumah ni termasuk la lampu tidur,vase,jam dll.Aku ada dapat floor lamp dari Ikea.Aku memang suka bagi hadiah lampu especially from Ikea.Alih-alih masa aku kawin pun dapat.Sukerr!!!.Tapi aku tak dapat jam walaupun aku suka sangat jam.hahah..Aku rasa hadiahkan orang jam adalah praktikal.Bagi jam dinding...Amat berguna sebab setiap kali dia tengok waktu mesti akan ingat kat orang yang bagi hadiah tu kan??Ni teori aku la.. ;P
suker laaa.. ;P
5) Kelengkapan dapur
Hadiah ni pun selalu orang bagi.Set periuk,kuali,tupperware and others.Set periuk memang banyak sangat aku dapat.Macam tau-tau je aku suka masak.hahahha....pastu ada bloggers pn afidah bagi aku lesung batu+sudu n garfu.Pun suker juga ;P.Kalau bagi tupperware pun amat berguna.Jangan fikir benda-benda besar,benda kecil-kecil macam sudu,garfu,pisau tu yang selalu pengantin baru takde.Paling best dapat kuali Tefal dari adik aku.Tapi hadiah ni aku dah request awal-awal.Thanks gemuk ;)


6)Buku agama
Dalam banyak-bayak hadiah yang kami dapat,aku agak tertarik dengan 1 hadiah ni.Actually aku dapat 2 buah.buku yang sama.Dua-dua dari kawan baik aku.diaorg bagi buku ni
Indahnya Hidup Bersyariat ;)


Buku sangat berguna.Buku panduan fardhu ain siap dengan gambar.Pasal pendidikan awal kanak-kanak pun ada.En adha pun suka sangat dengan buku ni.Since ada 2 buku yang sama,takde la kami berebut-berebut nak baca.heheh..Even,terus dapat idea nak bagi hadiah buku ni untuk next wedding.Kalau orang yang terima tu baca,insyaAllah kita pun dapat pahal gak kan??;P


7)Voucher
Aku rasa hadiah ni paling praktikal.Apa kata beli je voucher dari mana-mana then masukkan dalam envelope pastu bagi kat pengantin.Sebabnya,diaorang je tau apa diaorang suka.Kadang-kadang,taste kita tak sama dengan orang.Dari kita bagi hadiah pastu orang tak guna nak watpe kan.Yang aku tau,Jusco ada jual voucher and takde expired date.Maybe Ikea pun ada rasanya (nape la aku x dapat haritu.huhuhu).


Okey..tu je yang otak aku dapat share setakat ni.Mungkin ex-bride yang lain dapat share info lain plak.Pada aku,bagi hadiah apa pun orang akan terima as long kita ikhlas nak bagi.And pada bride to be plak,jangan la harap untuk dapat hadiah itu ke ini ke..selalunya apa yang kita harap tu mesti tak dapat.Benda ni pernah jadi kat kawan aku...Sebelum kawin siap cakap dia tak nak beli barang rumah awal (barang elektrik) sebab katanya nanti sure orang ramai akan bagi hadiah kawin.Alih-alih,dia dapat semua hadiah pinggan mangkuk.Moral of the story,jangan la harap apa-apa dari orang.Pada aku orang tu datang majlis kita pun dah cukupp syukur dan berterima kasih. ;P


ok
Bai..

Perut Jauh ke depan~PJK~

3 comments

Perut jauh ke depan???oohh..bukan mengandung ye.Penyakit yang paling en adha nak elakkan.heheh...Sebelum kawin lagi en adha agak berjaga-jaga tentang berat badan beliau.Dia agak pantang kalau ada orang tegur badan dia gemuk.Sure hati dia tak tenang.Kalau boleh dia nak g jogging time tu juga. Sebelum kawin gak,dah ramai yang sound-sound dia"alaa...adha tak yah la jaga-jaga badan.Dah kawin nanti sure badan naik punye.Aku bagi masa 3 bulan je"..gagagga...en adha aku punya reaksi senyum-senyum kambing je.Katanya,dia akan buktikan bahawa orang dah kawin tak kan gemuk bagai dikata.huhuhu...


After dah kawin,before aku move ke Kemaman, dia asyik pesan suruh aku bawa aku kasut jogging aku.Setiap kali disuruh ada je alasan yang aku bagi.Aku cakap tak tau kat mana letak la,hilang la..hehheh...Akhirnya,lepas seminggu aku dok kat Kemaman,dia bawa aku g beli kasut jogging baru.gagagga...Takde alasan lagi ;(


So, rutin terbaru aku lepas kawin every week akan g jog.En adha cuti hari Jumaat,so, pagi Jumaat mesti g jog.Lepas solat Subuh,kami akan g.wawawawa....aku sebenarnya bukan rajin sangat nak g.Aku pernah cakap,aku bukan gemuk pun nak kena jog,kalo g jog juga makin kurus la..hahaha...Jawapan en adha senang and mantap"tak semestinya jogging untuk kuruskan badan,jog tu untuk sihatkan badan gak"BAEEKK!!oooo...tak bleh lawan.Kang durhaka..konon isteri mithali la kan ;P


Tapi aku selalu je main ngelat.hahah...Aku tak pernah jogging lebih dari 2 round.Haahah...Kadang-kadang, 1 round je aku dah duduk kat tepi.Aku cakap aku sakit perut la, lapar la,pening la.huhuhu...jahat tak??weeii...tak larat.serius!!Dah la kat tepi taman aku jog tu ada gerai makan.Jog je kat situ,macam-macam bau boleh cium..nasi dagang la,nasi kerabu...uiiiii...tak bleh tahan.Semalam pun aku tak g juga. Mata aku macam kena gam.Tak larat nak bangun.Akhirnya,en adha mengalah.Dia g sorang-sorang.huhuhu...


En adha ni kalau dah jog,memang aku tak larat nak layan.Sure setengah jam punya.Tak tau bape round dia jog.Dulu masa aku kat UiTM Shah Alam,aku memang akan jog every week.Setakat jog 2 round kat tasik shah alam tu no hal la.Lagipun,time ni aku join adventure club, so stamina kena ada.Kang tak pasal-pasal pancit plak nak panjat gunung.Tapi masa sambung kat UiTM Dungun,aku dah stop jog sebab dah takde geng and kat sana takde adventure club.Sejak dari tu aku memang dah tak bersenam.

usianya dah 5 bulan.tapi bersih cam baru beli.nampak sangat aku jarang guna.heheh...




Buat masa ni,pada pandangan mata aku yang bulat ni,misi en adha untuk menepis tanggapan orang yang dah kawin akan gemuk terbukti tidak betul sebab en adha masih maintain seperti dulu.Malah lagi kurus dari sebelum kawin.Beliau menjadikan bapa mertuanya sebagai roll model.hehehhe..Memang betul pun..sebab babah aku memang kurus dari dulu sampai sekarang.Sebenarnya,aku tak kisah pun en adha tu gemuk ke kurus..sebab aku memang sayang dia sangat-sangat (*_*)


p/s:azam aku lepas ni,nak rajin-rajin g jogging.tapi tu azam tahun depan.bukan sekarang.hahahah..tapi tahun depan pun dah tak lama dah,betul x??;)

Success (*_*)

0 comments

Ini adalah sambungan dari entry before ni pasal makan-makan kat rumah kami. Alhamdulillah,semuanya success.Makanan semua habis sampaikan aku dengan en adha terkulat-kulat nak makan rendang ayam,soto ayam and makanan yang lain-lain.Padan muka!!!.


Aku memang letih.Serius...tapi amat puas hati sebab semua orang kenyang and puji makanan sedap~~blush~~ *_*.Aku tak tipu.Tapi aku takut tetamu yang tipu.Makanan tak sedap tapi nak amik hati tuan rumah punya pasal,puji juga la buat manis mulut (macam biasa buat je.hahah).Tak kisah la as long as permanent food tester aku cakap sedap,aku anggap benda tu adalah benar.Food tester tu of coz la en adha.. ;P


Hari Selasa tu aku dah prepare apa yang patut.Malam tu memang aku dah start busy.Selamat en adha ni jenis ringan tulang. Dia kemas rumah and aku masak. Dia tak pandai masak even mak dia ada kedai makan.heheh...tapi setakat nak minta tolong potong-potong tu,still boleh diharap. Pencapaian yang paling tinggi setakat ini,dia telah berjaya wat pudding.hahahha...Habis kat semua kawan-kawan yang datang dia bagitau.Poyo betul en suami ku itu ;P


Malam tu aku tidur lambat buat preparation.Malam tu setelkan kuah untuk soto,begedil,goreng ayam and rebus nasi impit.Desert kami dah siapkan awal-awal.Awal pagi aku dah bangun.After subuh and en adha g kerja,aku dah mula masak rendang ayam,kuah kacang and prepare semua benda.Lunch time, as usual en adha balik rumah.Habis semua makanan dia test.Dia memang food tester terbaik aku.hahah..kalau tak sedap,memang direct je cakap.Tapi setakat ni, tak pernah lagi makanan aku kena reject.Lepas rasa semua,dengan muka yang teruja terus cakap LULUS!!!thanks hubby ;P


Lepas kerja dalam pukul 5.30,rombongan pertama dah sampai.Tak ramai pun,3 orang je.Lepas diaorang balik,kawan aku masa kat sekolah teknik plak datang.Kebetulan dia kerja kat Petronas Carigali.Lama gila enggak ketemu beliau.Memang sembang panjang la.Lepas maghrib,jiran-jiran kami plak datang.Then,after Isyak rumah kami telah diserbu dengan kawan-kawan en adha.Time ni memang kelam kabut sebab kami belum sempat nak refill semua makanan.


Time ni aku memang busy.Selamat en adha ada.Dia tolong apa yang patut.Aku memang tak sempat sangat nak menyembang dengan semua tetamu.Paling aku cuak masa en adha cakap kuah soto dah habis.HAIIIYAKK!!!Time ni aku dengan en adha dah gelak-gelak kat dapur.Dia suruh berdoa supaya takde orang nak tambah makan soto dah.hahahah...lawak gile.Selamat cukup-cukup je.


Kawan-kawan en adha yang bujang-bujang memang lepak lama kat rumah kami.Siap tengok album kawin.Makan entah bape round aku pun tak tau.Siap tapau pudding lagi.hahahha...Aku tak kisah pun sebab memang kami dah beli siap-siap bekas plastik untuk sape yang nak tapau.Aku ada buat dadih mangga gak,then aku letak fruit cocktail.Aku buat dalam bekas plastik yang kecik tu.Memang untuk ditapau.Habis semua diaorg rembat.hahah....


Lepas semua orang balik,kami memang lapar gile sebab kami tak makan apa-apa dari petang tu.Tapi makanan semua dah habis.hahahha...Last-last makan la nasi impit.Selamat kuah dia ada tinggal sikit,pastu rendang ayam tinggal seketul,kami share.hehehe...Tak kisah la,janji kami amat puas hati.Seronok rasanya bila dapat bagi orang rezeki.Feedback amat memberansangkan.Siap ada suruh aku buka kedai makan.Argghhh....tak mungkin la..Untuk makan-makan boleh la.Nak meniaga memang tak mungkin.


Aku letak skit gambar.Memang sikit sebab masa orang ramai tu,kami dah tak fikir pasal camera..Sibuk punye pasal....

ramai mintak resipi pudding ni ;P


rendang ayam..yum..yuumm..

kawan aku cik zura

Itu jela kot gambar terbaik yang ada.Habis je majlis ni,terus en adha cakap nak organize lagi next year.huhuhu...insyaAllah..tapi tu pun kalau kami masih lagi berada di Kemaman sebab selalunya after dua tahun,en adha akan ditransfer ke tempat lain plak.Silap-silap ke Miri..~pasrah~ ;(

p/s: resipi pudding tu nanti aku buat entry lain.Macam malu nak bagi resipi sebab senang sangat nak buatnye and pudding tu en adha yang wat.Nampak sangat betapa senangnye nak buat benda tu sampaikan en adha yang tak pandai masak tu pun bleh buat.heheheh...