::IDEA::Hadiah Untuk Pengantin

Dah lama rasanya aku tak share something yang informative kat sini.Disebabkan musim nasi impit dan rendang ayam bakal ditinggalkan..dan telah mula musim nasi minyak datang menyapa ;P Aku dah banyak dapat "kad wangi" dari bakal-bakal "Puan".InsyaAllah, akan menghadirkan diri.Oleh itu,aku nak share idea untuk bagi hadiah pada bakal-bakal pengantin di luar sana.Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sebagai mantan pengantin.


Masa wedding aku hari tu,alhamdulillah aku dapat banyak sangat hadiah.Memang aku tak jangka.Terima kasih pada semua yang memberi.Okeh2...aku tak nak melalut ke laut.Orait,bawah ni aku list beberapa hadiah yang pada aku amat berguna kepada bakal pengantin


1) Barangan Elektrik
Kalau dapat sure pengantin akan senyum sampai ke telinga.hehehe...Mungkin boleh bagi rice cooker,coffee maker, blender dan lain-lain.Nak lagi best boleh bagi peti ais ke LCD tv ke.hohohoo...best-best.Kalau hadiah yang camni,korang boleh share ramai-ramai dengan kawan-kawan.TAPI!!!possibility hadiah korang untuk sama dengan orang lain adalah tinggi.Sure korang nak pengantin guna hadiah yang korang bagi kan??Tapi kalau dah pengantin dapat rice cooker 4 biji, coffee maker 5 biji,confuse okeh!!Tak kan nak pakai buang plak kan.hehhe..So,try cari benda yang orang jarang bagi. Macam aku haritu,memang rice cooker aku dapat 4,coffee maker 4,blender sampai 3..hahaha..benda yang aku dapat setiap satu nya hanya 1 adalah slow cooker and thermo pot. Benda ni pun amat berguna untuk orang yang baru kawin.haa...1 lagi,mungkin boleh bagi vacuum.. ;P

comel kan??


2) Bedsheets
Okeh..kalau hadiah ni rasanya takde masalah kalau pengantin dapat lebih dari sepuluh sekali pun.For sure mereka akan guna sebab cadar mesti nak tukar selalu.Aku pun banyak dapat hadiah ni.Paling best dapat cadar organic cotton from kawan kepada adik aku.Datang dari Batam.So sweet cewek dari indonesia tu.Thanks Sri.. ;P.So,maybe cadar adalah pilihan tepat untuk hadiah.Cuma,jangan la bagi cadar single.heheh...


pillow case macam ni pun cantik
3) Pinggan mangkuk
Errmm..ni macam dah sinonim kan dengan hadiah pengantin.Tapi masa wedding aku,ni la hadiah paling sikit aku dapat.hahhhah..Set pinggan aku dapat dalam 3 set je kot.Mostly yang aku dapat mangkuk untuk serving dish tu.Tapi aku dapat cup cake tier punye serving stand.Maybe boleh bagi kat pengantin gak sebab jarang orang nak bagi hadiah camni.Masa aku dapat tu,punya la suka.hehehhe....


4) Barangan hiasan rumah
Hiasan rumah ni termasuk la lampu tidur,vase,jam dll.Aku ada dapat floor lamp dari Ikea.Aku memang suka bagi hadiah lampu especially from Ikea.Alih-alih masa aku kawin pun dapat.Sukerr!!!.Tapi aku tak dapat jam walaupun aku suka sangat jam.hahah..Aku rasa hadiahkan orang jam adalah praktikal.Bagi jam dinding...Amat berguna sebab setiap kali dia tengok waktu mesti akan ingat kat orang yang bagi hadiah tu kan??Ni teori aku la.. ;P
suker laaa.. ;P
5) Kelengkapan dapur
Hadiah ni pun selalu orang bagi.Set periuk,kuali,tupperware and others.Set periuk memang banyak sangat aku dapat.Macam tau-tau je aku suka masak.hahahha....pastu ada bloggers pn afidah bagi aku lesung batu+sudu n garfu.Pun suker juga ;P.Kalau bagi tupperware pun amat berguna.Jangan fikir benda-benda besar,benda kecil-kecil macam sudu,garfu,pisau tu yang selalu pengantin baru takde.Paling best dapat kuali Tefal dari adik aku.Tapi hadiah ni aku dah request awal-awal.Thanks gemuk ;)


6)Buku agama
Dalam banyak-bayak hadiah yang kami dapat,aku agak tertarik dengan 1 hadiah ni.Actually aku dapat 2 buah.buku yang sama.Dua-dua dari kawan baik aku.diaorg bagi buku ni
Indahnya Hidup Bersyariat ;)


Buku sangat berguna.Buku panduan fardhu ain siap dengan gambar.Pasal pendidikan awal kanak-kanak pun ada.En adha pun suka sangat dengan buku ni.Since ada 2 buku yang sama,takde la kami berebut-berebut nak baca.heheh..Even,terus dapat idea nak bagi hadiah buku ni untuk next wedding.Kalau orang yang terima tu baca,insyaAllah kita pun dapat pahal gak kan??;P


7)Voucher
Aku rasa hadiah ni paling praktikal.Apa kata beli je voucher dari mana-mana then masukkan dalam envelope pastu bagi kat pengantin.Sebabnya,diaorang je tau apa diaorang suka.Kadang-kadang,taste kita tak sama dengan orang.Dari kita bagi hadiah pastu orang tak guna nak watpe kan.Yang aku tau,Jusco ada jual voucher and takde expired date.Maybe Ikea pun ada rasanya (nape la aku x dapat haritu.huhuhu).


Okey..tu je yang otak aku dapat share setakat ni.Mungkin ex-bride yang lain dapat share info lain plak.Pada aku,bagi hadiah apa pun orang akan terima as long kita ikhlas nak bagi.And pada bride to be plak,jangan la harap untuk dapat hadiah itu ke ini ke..selalunya apa yang kita harap tu mesti tak dapat.Benda ni pernah jadi kat kawan aku...Sebelum kawin siap cakap dia tak nak beli barang rumah awal (barang elektrik) sebab katanya nanti sure orang ramai akan bagi hadiah kawin.Alih-alih,dia dapat semua hadiah pinggan mangkuk.Moral of the story,jangan la harap apa-apa dari orang.Pada aku orang tu datang majlis kita pun dah cukupp syukur dan berterima kasih. ;P


ok
Bai..

8 comments: (+add yours?)

Xora said...

IKEA ada voucher. masa wedding kawan kami, kami bagi voucher IKEA psl dia suka IKEA. so dia mmg amat teruja pasal boleh pilih sendiri barnag IKEA yg dia nak pakai voucher tu :)

farahfatihah said...

idea yg bagus....selain dari pinggan mangkuk kuali etc la huhuhu fara selalu bg buku2 ilmiah pasal rumah tangga, at least bila dia guna ilmu yg ada dalam buku tu, kita pun dapat pahala gak =)

adlyn833 said...

xora>>tula pasal.saya Ikea lover..kalau dapat haritu mesti best.hukhuk..takpe la maybe boleh aplikasikan pada wedding kawan2 yang lain plak

fara>>yup.bagi buku boleh ramai2 baca.boleh simpan sampai tua.kalau pinggan mangkuk jangka hayatnya x boleh ditentukan.silap2 sebulan dah pecah.huhuhu...

harzharun said...

helo adlyn...ms i kawen byk dpt hadiah...mostly pinggan mangkuk gelas cawan...but xde dulang pun.....sbb tu i suke bg dulang sbgai hadiah kawen...bg yg silver plated tu...my fren mmg tlompat2 bahagia la kalo dpt...katanya i penyelamat sbb mmg xde org bg dulang...

i jugak byk dpt brangan elektrik...iron sampai 2...kipas 2...rice cooker 4!!!...toster...oven!...byk lg la...tp xde sorang pun bg i vacuum!!..sedangkan bg i, vacum adalah item plg bguna..last2 i br bli sendri vacuum tu..huhu

adlyn833 said...

harz>>ermm..good idea.bagi dulang.i pun x dpt dulang haritu.hahah...betul la,better bagi benda yg org jarang bagi sebab 4 sure org tu akan guna.i terfikir psl vacuum sbb bila dah jd isteri ni baru tau betapa pentingnya vacuum.kan bagus kalau dapat present haritu.huhuh...

Anonymous said...

na,
heheee...bed sheet tu single ya??... ihh x mungkin la, waktu itu sri check sendiri tau bersama penjual-nya di Tangs Spore, queen size, x mungkin jadi single (x kn la i nak kasih u single)....sorry ya Na, nanti sri ganti yg besar ya, yg single tu simpan aja k ... kalau x baca blog ni memang tak tau, hazre pun tak cerita...nanti kalau kita jadi jumpa d Spore Ina boleh pilih sendiri ok .... sorry ya, tidak di sengajakan tau .... hee :D

adlyn833 said...

sri>>g mana boleh ketemu sama blog ini??malu sihh..huhuhu...enggak la.bed sheet sri tu queen size.cuma na advice supaya jgn beri yang saiz single sebagai hadiah.kami udah guna bed sheetnya.wahhh...suka bangat.. :-))

Unknown said...

Hihi..sy suka bagi hadiah kahwin berbanding duit terutamanya buat kawan-kawan..

kalo kawan yang betul2 rapat.. beli yg mahei sikit..hehee..

www.extraordinarysupplement.com - snarai hadiah kawin

Post a Comment

any idea or comment?just drop here