Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua (^______^)
Kesihatan yang tak mengizinkan menjadi tirai penutup 2010 untuk aku.hukhuk..huk.. ;(
Sekejapan je aku rasa dah habis tahun 2010.Masih banyak benda yang masih aku belum kecapi.
2010 banyak meninggalkan kenangan manis buat aku.Pahit ada juga cuma enggak mahu diingat.Bertukar status dari "single" kepada "double" pada 23 April 2010 adalah saat manis yang akan diingati sepanjang zaman.
Berpindah dan duduk sebumbung bersama en adha banyak menguji kesabaran dan sifat bertolak ansur kami.Alhamdulillah..semuanya dapat dihadapi dengan tenang.Kami masih bahagia dan berharap agar ia akan berkekalan
2011 mungkin tahun perubahan buat kami.Banyak benda akan berlaku dalam kehidupan.Perubahan itu perlu jika untuk kebaikan.Di saat orang sibuk merencana aktiviti sempena malam tahun baru,aku dan en adha plak sibuk mencari "sesuatu".oohhh..berjaya akhirnya..suker!!!Akan diceritakan kemudian.
Tahun ni kami dah ada target dan plan kami.Hopefully semua tercapai.InsyaAllah....
Banyak sebenarnya azam tahun ni.Biarlah aku je yang tau.Kang heboh-heboh pastu satu pun tak tercapai malu la saye ;P.hahahha...
So,aku doakan korang dapat capai apa yang korang azamkan.Semoga tahun ni dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan untuk kita semua.InsyaAllah..
p/s: bila aku nak start pack barang ni??
1 comments: (+add yours?)
semoga tercapai azam tahun ni =)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here