Idea::Present for NewBorn Baby::

3 comments

Tahun ni banyak berita happy yang aku terima dari rakan-rakan yang dah terima baby. Aku?InsyaAllah.Doakan aku ye.. ;P


Bila kawan kawin,sibuk nak cari hadiah kawin.Dah kawin and dapat baby,pening plak nak fikir nak bagi hadiah untuk baby.Errmm...Aku actually nak kata pening tu tak la sebab mostly kawan-kawan sejati aku masih ramai yang single.Yang dah jadi mummy pun baru sorang je.Tapi bila sepupu kesayangan dah dapat baby,aku jadi pening sebab tak tau nak bagi apa...So,aku listkan beberapa item yang aku rasa sesuai untuk di bagi kepada baby-baby comel ye ;P


1- Stroller or Car Seat






Aku rasa kalau bakal mak-mak dapat ni memang sure suka and senyum sampai ke telinga.Kawan aku pernah share ramai-ramai bagi hadiah stroller untuk seorang kawan aku ni.Bestkan.Tapi selalunya bakal ibu and bapa ni dah ada pilihan stroller mereka sendiri.So,maybe boleh tanya and share ramai-ramai untuk bagi hadiah tu.If harga stroller idaman mereka tu lebih dari budget yang korang boleh keluarkan, just inform berapa amount yang korang nak sumbangkan and the rest tu bia mereka yang top up.At least dah kurang beban betul tak?Kawan-kawan sejati, aku nanti aku nak Quinny ye.hahahha...


2- Baby Cot



Satu benda lagi yang aku suka even aku tau ramai yang cakap benda ni tak penting.heheh...Sebab kebanyakan anak-anak kat Malaysia ni tidur dalam buaian kan.Tapi aku tetap suka tengok baby tidur dalam cot.Waahh comel.Nak-nak cot warna putih cam dalam gambar tu.Kalau buat naik buai, tapi pakai cot.Cool beb..Tapi bukan jadi majlis naik buai la kan.hahahah...

3- Baby Bottles
bestnya dapat set Avent kan

Benda ni amat penting. Semua baby perlukan benda ni.So,aku rasa hadiah amat praktikal untuk ibu-ibu.Nak cerita in details memang aku tak pandai la kan.Belum ada experience.hehhee..

4- Play Mat

Masa aku sibuk dok cari hadiah untuk baby iryani,benda ni ada muncul dalam list aku.Tapi tetiba ada kawan aku cakap rugi sebabnya nanti baby tu tak pakai lama.Means,bila baby dah besar sikit diaorang dah tak nak golek-golek atas ni.Errmm..betul ke??Bagi aku still menarik untuk diberi sebagai hadiah.


5- Baby Travel Diaper Bag




Diaper bag untuk bawa diaper and barang-barang baby yang lain.Sekarang dah banyak design yang cool-cool instead yang macam beg "makcik-makcik".Aku lagi suka yang jenis backpack sebab even husband bawa pun nama cool.hahaha...

6- Toys and others



source: babyshop2u

Ni secara general.Selalu sangat kita bagi baju-baju or kasut and others.Bagi soft toys pun ok kan.Blanket set ke.Tapi aku agak tak suka nak bagi baju sebab baby ni akan pakai sekejap je.Lagipun most parents akan beli awal-awal and akan dapat banyak sangat hadiah set baju dari orang lain.So,kemungkinan untuk mereka lupa apa yang hadiah kita bagi adalah sangat tinggi.hahahah..

Soft toys macam dalam gambar yang last tu menarik.Belajar sambil bermain.Boleh beli kat blog kawan aku Linda. Boleh la jenguk-jenguk blog dia untuk cari baju-baju ke,rompers ke kasut ke.

Tu jela kot benda-benda hadiah yang aku rasa sesuai untuk bagi.Kalau korang perasan hadiah yang aku pilih ni semua benda yang jangka hayat dia panjang. Macam stroller,cot tu..parents boleh recycle untuk anak yang lain plak.So,kira kita bagi pakej la kan.Bagi hadiah untuk anak yang 1st je.hahhaha..Boleh tak macam tu?Bukan la macam tu kan,cuma nanti bila baby tu dah besar boleh la mama dia bagitau "stroller ni hadiah dari aunty alyn tau"..Waahh..harus ke nak bagitau ;P

Maybe bakal-bakal ibu or ibu-ibu boleh share apa yang mereka hope untuk dapat.Kira macam wishlist la kan.Mungkin boleh jadi panduan untuk kita-kita bagi memudahkan proses memberi hadiah ;P

p/s: hadiah anak yani pun aku tak beli lagi ;)

Macaroons

9 comments


A macaroon is a type of light, baked confections, described as either small cakes or meringue-like cookies depending on their consistency. The original macaroon was a "small sweet cake consisting largely of ground almonds" similar to Italian or Moroccan amaretti.source from wikipedia


Siapa pernah makan macarons?
Aku dah makan sabtu lepas. (^__^)


Kebetulan weekend lepas aku keluar dengan en adha ke Empire Subang.Aku pernah terbaca kat blog siapa aku pun tak ingat yang Macaroon ni ada jual kt restoran Serai kat Empire.So,aku pun cari la Serai.Selamat jumpa.


Makanya,dari kejauhan lagi aku dah terpandang cookies warna-warni tu.Ohhh...sungguh menggoda perut.Tapi masa aku g tu,choice dah banyak takde.Yelar g pun dah pukul 6 ptg.Aku amik keputusan untuk take away sebab dah nak Maghrib.


Seketul macaroon will cost you RM3.90.Kecil-kecil cili padi.hahhaha...Aku try 4 flavour.Yang turqoise tu rasa peanut butter,Peach wild berry, Yellow is mango and Pink is strawberry.


Dari pendapat tekak aku,rasanya sedap but a bit sweet.Tapi yang rasa peanut butter tu ok.Yang agak manis yang wild berry tu.Overall sedap!!.Actually lepas keluar dari Serai,ada 1 kedai opposite Serai pun ada jual Macaroon sebab aku nampak dari menu dia.Maybe u all boleh try cari.Nama kedai tu aku lupa.heheheh...


So,sape-sape yang teringin nak makan Macaroon,boleh try beli kat Serai. Serai located at Lower ground floor (if i not mistaken) Empire Subang.

Kepada sape-sape yang rajin nak try wat sendiri macaroons ni pun boleh.Try buka blog nyomel,kat situ dia ada share resipi macaroons.
p/s: boleh try beli roti kat the loaf juga ;P

Lion Dance

0 comments

Kejadian berlaku sekitar minggu lepas pada hari Khamis.Kelewatan akibat proses menghimpunkan gambar-gambar singa yang agak jinak.hehehe...
Seperti yang sedia maklum,Chinese New Year memang agak sinonim dengan tarian singa kan.So,company pun ada la menjemput beberapa "ekor" singa untuk menari-nari dalam ofis kami.


Tarian singa bagi masyarakat Cina adalah untuk membawa tuah pada setiap permulaan tahun.Before singa datang,kami semua sibuk la gantung angpaw untuk singa.Tiada paksaan untuk ini.Aku pun saja jela gantung.Pada mereka,kalau singa tu datang tempat kita,ia akan membawa tuah.Kalau aku tak bertuah tahun ni,aku cari singa tu sembelih wat korban.hahaha..


oohh..tu angpaw aku ;P

Pukul 10.30am,singa pun sampai.Bunyi muzik dia boleh bikin pekak ooo...Aku tak excited sangat sebab dari kecik aku memang selalu sangat tengok tarian singa ni sebab dulu aku dok kat taman perumahan yang majoritinya cina.So,apa kata tengok gambar-gambar singa kat bawah ni
angpaw aku sudah kena ngap

singa gatal ;)






hasil dari singa.teror gak singa ni ;P


makan-makan time


After tarian singa,ada makan-makan. 1st thing mesti ada Yi Sang kan.Kata raya cina,takkan ada lemang plak.hohohoho...Korang pernah makan?ermm...aku dah pernah makan before ni masa celebration CNY kat company lama.Rasa dia ada masam,manis,rangup sebab ada crakers.hahahha...

Yi Sang


Tema hari tersebut ialah Red & Gold


Dapat angpaw lagi ;P

Lepas makan-makan plak,ada birthday celebration for January babies.Harus ke makan je sepanjang hari?hahhaah....Ermm..semua activity kat company aku ni telah di organise oleh Sport and Recreation Club (SRC) yang mana ahlinya adalah dikalangan staff gak.Every year,committe akan bertukar dan semua aktiviti sepanjang tahun adalah hasil perahan otak mereka.

Happy Belated birthday!!

Congratulations for SRC members for their effort on this CNY celebrations.Hari ni plak mereka bagi coklat sempena Valentine's Day.Even tak sambut,tapi orang dah bagi kan.Ambik jela.hehehe...

p/s: selamat bercuti buat semua untuk esok hari ye ;P

Red Packet

11 comments

Harini baru company mula beroperasi setelah bercuti selama 5 hari.Tapi aku dah mula kerja semalam.So,aku menumpang di company aku yang lagi satu.Harus menyimpan cuti sebab jadual aku untuk tahun ni dah full dengan aktiviti bercuti bersama en adha dan teman-teman.

Mengikut kata kawan-kawan Chinese aku kat ofis ni,semalam adalah hari yang tak bagus untuk memulakan business.Feng shui tak bagus.If semalam company dah buka,the whole year tak ong,means business tak bagus.Thats why semalam company aku cuti.Betul ke tak,tak dapat dipastikan.But,itu kepercayaan mereka.

Semua pun mood agak malas.Biasa la dah bercuti lama.Nak mula kerja balik memang payah.Tapi bila dapat je benda ni

'
'
'
'
'
'
'
'
'

sampul yang membuatkan semua tersenyum ;P

Terus semua pun senyum sampai ke telinga.Dari pagi asyik dapat ang pau.syiiiookk oo.Untungnya sebab dalam company ni ramai chinese yang dah kawin. ;P

Thanks to everybody yang memberi especially bos.hahahha...Next year bagi lagi ye :-))

p/s:kumpul-kumpul semua,lepas la tol untuk sebulan

Selamat Bercuti Kawan-kawan

1 comments

Lamanya tak update blog.Banyak nak cite tapi mood adalah MALAS.Ditambah plak line broadband kat umah aku memang langsung takde. Tetiba rasa macam aku dok dalam hutan.Wei..kat kemaman pun ada 3G.Dah dok KL kot.Memang aku hangin.Akan pasang streamyx tak lama lagi ;P

So,apa plan kawan-kawan semua.Aku tak balik kg since cik midah and pakcik asmat dah datang umah aku malam tadi.Tapi akan pulang ke kg en adha hari Jumaat ni sebab MIL aku wat kenduri sempena pindah umah baru.Kembali semula ke KL pada hari Ahad.

Kepada semua yang pulang bercuti,drive safely ye.Bahaya tau cuti-cuti ni.Jangan makan limau banyak-banyak ;P

Aku akan update blog aku sekerap mungkin lepas ni..

Ooohhh lupa...Tahniah kepada sepupu comel aku iryani dan ece kerana telah menjadi ibu dan bapa kepada baby comel mereka Nur Faliha Insyirah.InsyaAllah,kalau ada masa minggu ni aku g melawat baby comel tu.

p/s: oohh..tetiba dapat memo,hari ni bos bagi half day.YAHHOO!!