Penantian Berakhir ;P

6 comments

Semalam telah pulang ke rumah lambat.Berdatingan dengan Yah di Jemari,Kelana Jaya.
Pukul 10 malam baru sampai rumah (katanya single kan.balik awal bukan ada orang kat rumah :( )
Lepas membasahkan diri dan bersolat,mata belum boleh terkatup.
Capai In-Trend yang cover Armani yang comel..baca dengan penuh kusyuk

TETIBA....

Aku dengar macam ada orang kat luar pintu bilik aku.Orang tu tengah try nak buka pintu bilik aku

CUAK OKEH!!!

Aku melompat dari katil pastu terus pergi dekat pintu sambil tangan dok pegang tombol dengan harapan dia tak bleh bukak..(tak sedar diri yang aku kurus melidi)
Sambil pegang tombol pintu,mata sempat jeling Hp aku.Otak terus terfikir nak call polis and kawan gemuk aku Yah..
At the same time,aku dengar bunyi kunci dari luar.Dalam otak dok fikir lagi mesti dia try kunci mana yang sesuai...
Memandangkan dulu aku pesilat kat sekolah (macam la ingat sangat kan buah-buah silat tu),aku dah nekad nk bukak pintu tu..Konon nak sepak layang je orang tu.KONON la kan..hahaha...
Sebelum aku buka pintu,aku telah terfikir idea untuk ketuk pintu tu sekuat hati untuk takutkan orang tu..Lepas aku ketuk pintu bilik tu

TETIBA..

Ada suara jantan sebut "sayang..sayang.."
Aku cam terkejut...kenapa suara penjahat ni cam suara suami aku.hahahahha..
Pastu suara tu bunyi lagi "sayang, ni hubby la"
Aku terus buka pintu terus nangis.Nangis??hahhaa..aku nangis sebab aku takut sangat
Aku takut and happy sangat pun ye juga...

Rupanya dia pun tak sangka dia dah boleh balik
Dia tak ketuk pintu bilik sebab takut aku dah tido.Tak nak kaco la kononnya.So,dia tengah dok cari mana satu kunci pintu tu.
Kalau dia tak panggil,memang masuk headline Metro,"Suami menjadi mangsa sepakan isteri" (+_+)
Yang peliknya,aku boleh tak dengar bunyi keta en adha yang macam motorbot tu..
Ooohh...sangat gembira dia dah balik
Rasa hilang semua masalah..

Dia pulang pada waktu yang tepat..
Syukur sangat
Petang ni nak balik kampung.Wedding along aku sabtu ni
Aku akan update sekerap mungkin and review perjalanan majlis along aku nanti ye..
Lastly,
Penantian aku dah berakhir ;P
Alhamdulillah...

p/s:harus menabung dari sekarang ;P

BILA NAK BALIK??

4 comments

Hye semua...


Ada lagi ke readers kat blog aku ni?Sorry la semua,aku memang takde mood nak update apa-apa sekarang ni sebab en suami saya takde di sini sudah 2 minggu.Hidup rasa kosong ;(


En adha terpaksa ke offshore selama 3 minggu.Paling awal dia akan turun ke darat 27/3.Masa bujang dulu aku tak berapa kisah kalau dia nak g offshore even 2 bulan pun.Memang la ada rasa rindu tapi still ok.Tapi bila dah kawin ni hidup jadi tak tenang bila dia takde ;(

Before dia g haritu, en adha dah amanahkan aku untuk setel semua bil-bil rumah, kredit kad dll.Pergghhhh...blur aku tengok list tu mula-mula. Dia dah siap bagi semua no akaun yang patut aku masukkan. Aku memang tak suka bekerja dengan nombor, sebab tu aku tak jadi akauntan ;P
The best part is ATM card dia pun dia dah bagi.hahahhah...part tu aku suka.Silap-silap bil-bil aku tak bayar,duit gaji dia habis aku shopping..huhhhu..

Aku memang tak suka nak g bank beratur panjang-panjang untuk bayar bil-bil. Ada kawan aku cakap guna online je, maybank 2u.Masalahnya,gaji en adha dalam bank islam. Duit kereta dia bayar kat CIMB, keta aku kat Ambank, sewa rumah maybank dan urusan lain semua di bank yang berlainan.So,still aku kena g bank untuk wat suma tu.Sebenarnya tak susah mana pun.Tu semua alasan je..yang sebenarnya aku malas.huhuhuuh....

Aku terpaksa survive sendiri lepas ni..need to adapt with this situation. Lepas ni maybe dia akan ke offshore lagi. So,nak tak nak kena belajar untuk wat semua benda tu. Kadang-kadang aku terfikir kawan aku yang husbandnya kerja dengan kapal yang berbulan dok laut, boleh je dia survive.Aku yang baru 2 minggu en adha takde dah tak tenteram.aiiisssshhh....

Nak sedapkan hati,aku selalu cakap "takpe dia g offshore at least dia kat tengah laut tu memang akan kerja je, semua pun lelaki atas tu dari dia g outstation yang jumpa ntah sape-sape" (+_+)

Ohhh...along aku dah selamat jadi suami orang sabtu malam yang lepas. Sorry,aku takde gambar nak tunjuk sebab aku tertinggal camera kat rumah.Boleh terima alasan tertinggal camera??Kan aku dah cakap hidup aku agak huru hara sejak en adha takde.Sebab selalunya dia yang akan concern pasal camera tu.

Hari-hari doa semoga en adha boleh balik before hari sabtu ni sebab majlis abang aku akan diadakan kat Melaka untuk belah perempuan and 2/4 kat rumah aku plak. Tapi dari gaya email dia kat aku macam tak boleh je...ada task baru la apa la.Menyampah boleh tak??

But still bersyukur sebab bilik en adha ada internet connection, tapi hp memang takde la. So, boleh la email-email, chat kejap-kejap sebab dia keja on shift rotation. Takpe la, aku still boleh survive.Selamat la abang aku nak kawin, so family aku every week datang rumah aku. So, tak rasa sunyi sangat.

En adha,tolong balik segera sebelum saya habiskan semua duit gaji awak dalam bank tu. Balik darat saya nak MAC book air sebagai upah tolong bayarkan bil-bil kita tu ye ;P

p/s: duit banyak pun belum tentu boleh buat kita bahagia. saya hanya mahu en adha saya ;(

Preview & Review Filem Merong Mahawangsa

4 comments

Isnin lepas aku telah mendapat tiket free untuk ke preview filem Merong Mahawangsa.Takyah cite la camne aku dapat.hehhehe...Ada dua tiket.So,aku ajak kawan aku si Yah sebab aku tau dia minat sangat dengan Annuar Zain and aku berharap agar bang nuar ni ada la masa preview tu.


Naik je tangga kat Cathay Cineplex tu terus nampak Annuar Zain.Handsome u o'lls.Hahahha...Ramai lagi la artis-artis lain termasuk la wartawan-wartawan.Semua tengah sibuk wat interview.Aku tak teruja mana pun nak amik gambar even camera pun aku tak bawa.Lebih teruja nak tengok filem free.Kalau tak best sekali pun,tak rugi apa-apa kan.hahahha...


Review pasal filem adalah best and berpuas hati.Yelar,belum ada lagi cerita camni yang dikeluarkan di Malaysia.Mungkin ada yang akan compare cerita ni dengan Puteri Gunung Ledang,tapi aku rasa cerita ni berada dalam kelas yang tersendiri (aku curi ayat Norman).hahhahah...


Banyak action and dialog pun tak terlalu serius.Ada lawak yang boleh buat orang ketawa.Kredit to Yusri untuk skrip filem ni.Adegan pertarungan pun not bad.Aku rasa permulaan mungkin agak bosan.But,sampai pertengahan tu dah ok.Cuma aku rasa cerita ni patut dipanjangkan lagi sebab ending dia macam terkejut sangat.Tetiba je dah habis.And ada scene yang sedih tu terlalu pendek.Tak sempat nk feeling-feeling sedih.hehhehe....Satu lagi,lagu Sedetik Lebih yang jadi tema filem ni pun tak dimainkan dalam filem.Tak usah berangan nak dengar.Cuma ada muzik je tu pun tak banyak.

But overall still worth it to watch.Aku tak nak komen lebih-lebih.Sape nak tau,tunggu esok ye.Esok adalah tayangan pertama kat seluruh pawagam.Selamat menonton ye kawan-kawan ;P

armani yang comel


si cantik and si handsome

thanks to nogy ;P


p/s:aku suka watak mak inang dalam filem ni ;P

Membeli Kain di MAYA SILK

4 comments

Aktiviti hujung minggu adalah membeli belah.Aktiviti yang amat suka ye kawan-kawan.
Makanya,hujung minggu baru-baru ni,aku telah menjalankan operasi menghabiskan duit di sekitar Jalan TAR dan Midvalley.Aktiviti disertai bersama mama kesayangan aku Pn Hamidah atau lebih dikenali sebagai cik Midah dikalangan kawan-kawan sejati aku dan tidak akan ditinggalkan kawan singa laut aku atau nama glamernya Yah.


Misi utama adalah untuk mencari kain sempena majlis kawin along aku bulan depan.Baru terkedek-kedek nak beli kain.Kalau takde sape nk jahit,kita lilit jela ye ma macam pakai sari tu.hahahha...


So,tempat pertama yang disinggah adalah Nagoya kerana Yah nak cari langsir.Destinasi kedua ke MAYA Silk yang berdepan dengan Nagoya. Tema family aku adalah royal blue and pengantin bertemakan turqoise.Setelah mencari akhirnya ketemu.Aku dengan mama memang dah bercadang nak pakai chiffon beaded.So,bila dah dapat warna yang diidamkan memang kami tak tunggu lama.


Tapi semeter RM149.gagagga...Hamik ko.Gila mahal kalau aku nak beli 2 meter,mama 2 meter.Belum campur lining and kain lagi.Memang dah over budget.Tapi sales girl yang amat baik hati melayan kami bernama Fatimah telah mengurangkan harga setelah dipujuk oleh mama.Good job mama!!;P






Akhirnya dekat nak sejam kitaorang dalam kedai ni, harga yang diberi adalah RM440 untuk 4 meter kain chiffon beaded atas tu, 4 meter lining warna calour and 4 meter kain jojet untuk kain.Worth it kan.Pada aku la. Yang paling aku suka kat Maya ni, macam kain chiffon beaded ni hanya akan ada 4 meter je untuk 1 design.Kata sales girl tu,kain-kain chiffon kat situ memang eksklusif.So, sape-sape nak wat baju nikah or kawin,memang best sebab takkan ada orang akan pakai kain yang macam u all pakai.

Perjalanan diteruskan ke Gulatis. Misi kali ni nak mencari kain chiffon oren untuk buat baju g kenduri kawan kami bulan 5 nanti.Geng-geng aku dah sepakat nak pakai baju oren supaya pengantin boleh nampak kami dari jauh.hahahha....Okey, review aku kat Gulatis,kain dia memang ada banyak sangat range warna.Dari dark oren sampai ke light oren.Even warna-warna lain pun banyak.Tapi price aku rasa agak mahal dari Maya and sales girl adalah sangat tak membantu.

Layan macam nak taknak.Pastu bila kita cakap warna yang dia suggest tu tak match and kita tak suka, dia macam tak puas hati.Ayyooyoo...ko pilih warna pun macam apa.Customer dah tak suka tak yah nak marah-marah plak.But, at the end Yah still beli kain oren kat sini and if im not mistaken,dia bayar lebih kurang RM220 untuk 2 meter chiffon beaded, 2 meter lining and 2 meter kain.

Setelah kenyang mengisi perut, aktiviti shopping diteruskan.Kitaorang g balik ke Maya Silk sebab mama aku yang bermurah hati dah janji nak belanja sales girl tu cendol.Tapi sebab cendol susah nak cari,mama aku beli dia air jus Peel Fresh.hahahha...Lawak tak mak aku?Bila dah masuk kali kedua,haruslah ternampak kain yang lain.hahahhaha...

Disebabkan harga chiffon yang diberi kat aku semeter RM39.90, tanpa berfikir panjang aku terus setuju nak beli 2 meter.Yiiipppiiii!!!Serius,chiffon tu sama macam kat Gulatis and price kat Gulatis adalah RM69.90(kalau aku tak silap).Dia siap suggest kain untuk lining and kain aku pilih satin.So, total adalah RM120 untuk 2 meter chiffon,2 meter lining and 2 meter satin untuk kain.Chiffon aku beli tu pun hanya ada 4 meter je.Sales girl tu suruh aku amik 4 meter,means dari atas sampai bawah chiffon.Hohoho...tak nak le aku. Tak berminat.
                         
                                                     chiffon oren aku ;P

Mama aku pun tak ketinggalan sambar another chiffon.hahahha...Tu jela review aku pasal aktiviti shopping aku.Aku sangat rekomen ke Maya Silk kalau nak cari chiffon but range warna tak berapa banyak.Sape-sape nak cari kain untuk bertunang ke nikah ke kawin ke better survey semua tempat before membeli. But if you go to Maya Silk,sila cari sales girl nama Fatimah.Dia sangat baik and akan layan u all tanpa jemu.Dia juga akan bagi harga yang akan buat anda tak berfikir panjang untuk membeli. ;P

P/S: semalam telah berjaya menonton preview filem merong mahawangsa ;P

Quality Time with Friends

0 comments






satu-satunya kanak-kanak.sofea yang comel & hyper


lelaki yang sentiasa ada walau di mana saja ;P


Gambar-gambar ni dah menunjukkan betapa aku tak boleh hidup tanpa mereka-mereka ini. Last melepak beramai-ramai adalah pada bulan puasa tahun lepas. Kali ni aktiviti memenuhkan perut sempena aku mendapat kerja pada bulan ni. Pada aku,rezeki yang aku dapat harus aku kongsi dengan orang-orang yang aku sayang.Doakan aku dapat rezeki lain,aku belanja lagi okeh ;P

Aktiviti berlansung di Seoul Garden, IOI Mall.Review tempat ni aku wat entry lain (bila tu aku tak janji.gagagaga..)Lepas aktiviti makan,kami teruskan dengan aktiviti karaoke.Perghh...last karaoke masa bachelorette party aku.Waahhh..dah nk dekat setahun kot.Kami dah jumpa tempat karaoke yang best dan murah yang membuatkan kami tersenyum sampai ke telinga. Namanya bukan "TIONG NAM"ye nad tapi TEO HENG KTV kat Sunway Giza

Harus berkunjung lagi ye kawan-kawan. Entry ini lebih bertujuan untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua kawan sejati aku yang sudi datang. Pada mala,syafak and kak murni,sangat rugi ye anda-anda tidak hadir ke majlis gilang gemilang ini.hahhahah....

Last but not least, I LOVE U ALL (^_____^)


p/s: aktiviti yang penuh sepanjang bulan 3 ;P