Membeli Kain di MAYA SILK

Aktiviti hujung minggu adalah membeli belah.Aktiviti yang amat suka ye kawan-kawan.
Makanya,hujung minggu baru-baru ni,aku telah menjalankan operasi menghabiskan duit di sekitar Jalan TAR dan Midvalley.Aktiviti disertai bersama mama kesayangan aku Pn Hamidah atau lebih dikenali sebagai cik Midah dikalangan kawan-kawan sejati aku dan tidak akan ditinggalkan kawan singa laut aku atau nama glamernya Yah.


Misi utama adalah untuk mencari kain sempena majlis kawin along aku bulan depan.Baru terkedek-kedek nak beli kain.Kalau takde sape nk jahit,kita lilit jela ye ma macam pakai sari tu.hahahha...


So,tempat pertama yang disinggah adalah Nagoya kerana Yah nak cari langsir.Destinasi kedua ke MAYA Silk yang berdepan dengan Nagoya. Tema family aku adalah royal blue and pengantin bertemakan turqoise.Setelah mencari akhirnya ketemu.Aku dengan mama memang dah bercadang nak pakai chiffon beaded.So,bila dah dapat warna yang diidamkan memang kami tak tunggu lama.


Tapi semeter RM149.gagagga...Hamik ko.Gila mahal kalau aku nak beli 2 meter,mama 2 meter.Belum campur lining and kain lagi.Memang dah over budget.Tapi sales girl yang amat baik hati melayan kami bernama Fatimah telah mengurangkan harga setelah dipujuk oleh mama.Good job mama!!;P






Akhirnya dekat nak sejam kitaorang dalam kedai ni, harga yang diberi adalah RM440 untuk 4 meter kain chiffon beaded atas tu, 4 meter lining warna calour and 4 meter kain jojet untuk kain.Worth it kan.Pada aku la. Yang paling aku suka kat Maya ni, macam kain chiffon beaded ni hanya akan ada 4 meter je untuk 1 design.Kata sales girl tu,kain-kain chiffon kat situ memang eksklusif.So, sape-sape nak wat baju nikah or kawin,memang best sebab takkan ada orang akan pakai kain yang macam u all pakai.

Perjalanan diteruskan ke Gulatis. Misi kali ni nak mencari kain chiffon oren untuk buat baju g kenduri kawan kami bulan 5 nanti.Geng-geng aku dah sepakat nak pakai baju oren supaya pengantin boleh nampak kami dari jauh.hahahha....Okey, review aku kat Gulatis,kain dia memang ada banyak sangat range warna.Dari dark oren sampai ke light oren.Even warna-warna lain pun banyak.Tapi price aku rasa agak mahal dari Maya and sales girl adalah sangat tak membantu.

Layan macam nak taknak.Pastu bila kita cakap warna yang dia suggest tu tak match and kita tak suka, dia macam tak puas hati.Ayyooyoo...ko pilih warna pun macam apa.Customer dah tak suka tak yah nak marah-marah plak.But, at the end Yah still beli kain oren kat sini and if im not mistaken,dia bayar lebih kurang RM220 untuk 2 meter chiffon beaded, 2 meter lining and 2 meter kain.

Setelah kenyang mengisi perut, aktiviti shopping diteruskan.Kitaorang g balik ke Maya Silk sebab mama aku yang bermurah hati dah janji nak belanja sales girl tu cendol.Tapi sebab cendol susah nak cari,mama aku beli dia air jus Peel Fresh.hahahha...Lawak tak mak aku?Bila dah masuk kali kedua,haruslah ternampak kain yang lain.hahahhaha...

Disebabkan harga chiffon yang diberi kat aku semeter RM39.90, tanpa berfikir panjang aku terus setuju nak beli 2 meter.Yiiipppiiii!!!Serius,chiffon tu sama macam kat Gulatis and price kat Gulatis adalah RM69.90(kalau aku tak silap).Dia siap suggest kain untuk lining and kain aku pilih satin.So, total adalah RM120 untuk 2 meter chiffon,2 meter lining and 2 meter satin untuk kain.Chiffon aku beli tu pun hanya ada 4 meter je.Sales girl tu suruh aku amik 4 meter,means dari atas sampai bawah chiffon.Hohoho...tak nak le aku. Tak berminat.
                         
                                                     chiffon oren aku ;P

Mama aku pun tak ketinggalan sambar another chiffon.hahahha...Tu jela review aku pasal aktiviti shopping aku.Aku sangat rekomen ke Maya Silk kalau nak cari chiffon but range warna tak berapa banyak.Sape-sape nak cari kain untuk bertunang ke nikah ke kawin ke better survey semua tempat before membeli. But if you go to Maya Silk,sila cari sales girl nama Fatimah.Dia sangat baik and akan layan u all tanpa jemu.Dia juga akan bagi harga yang akan buat anda tak berfikir panjang untuk membeli. ;P

P/S: semalam telah berjaya menonton preview filem merong mahawangsa ;P

4 comments: (+add yours?)

~ NANA ~ said...

OMG! maya silk sgt murah...i pegi beli kat jakel & gulatis last week sepasang baju harga dia RM****.** huwaaaaa nyesal tak usha2 dulu kat maya

adlyn833 said...

nana>>serius kat maya lagi better compare to jakel dgn gulatis.i pun beli baju nikah i dulu kat jakel.bila compare dgn kain yg i beli kat maya ni,lebih kurang je.n price baju nikah i last year almost rm400..xpe,jgn menyesal ye.next time survey kat maya plak,k ;P

Anonymous said...

surver kat binwanis.. pun sangat ok harga dia.. rekaan dia pun lain dari yang lain

atie said...

Saye pergi beli kain untuk kawen dekat gulatis jalan tar dulu.. gile-gile kene tipu.. sedih gile.. bleh bace cerita saye hunting kain nikah dekat sini http://misikahwin.wordpress.com/2013/05/21/4-cerita-kain-untuk-hantaran-tunang/

Buat pengajaran kepada b2b yang lain. :(

Post a Comment

any idea or comment?just drop here