Penantian Berakhir ;P

Semalam telah pulang ke rumah lambat.Berdatingan dengan Yah di Jemari,Kelana Jaya.
Pukul 10 malam baru sampai rumah (katanya single kan.balik awal bukan ada orang kat rumah :( )
Lepas membasahkan diri dan bersolat,mata belum boleh terkatup.
Capai In-Trend yang cover Armani yang comel..baca dengan penuh kusyuk

TETIBA....

Aku dengar macam ada orang kat luar pintu bilik aku.Orang tu tengah try nak buka pintu bilik aku

CUAK OKEH!!!

Aku melompat dari katil pastu terus pergi dekat pintu sambil tangan dok pegang tombol dengan harapan dia tak bleh bukak..(tak sedar diri yang aku kurus melidi)
Sambil pegang tombol pintu,mata sempat jeling Hp aku.Otak terus terfikir nak call polis and kawan gemuk aku Yah..
At the same time,aku dengar bunyi kunci dari luar.Dalam otak dok fikir lagi mesti dia try kunci mana yang sesuai...
Memandangkan dulu aku pesilat kat sekolah (macam la ingat sangat kan buah-buah silat tu),aku dah nekad nk bukak pintu tu..Konon nak sepak layang je orang tu.KONON la kan..hahaha...
Sebelum aku buka pintu,aku telah terfikir idea untuk ketuk pintu tu sekuat hati untuk takutkan orang tu..Lepas aku ketuk pintu bilik tu

TETIBA..

Ada suara jantan sebut "sayang..sayang.."
Aku cam terkejut...kenapa suara penjahat ni cam suara suami aku.hahahahha..
Pastu suara tu bunyi lagi "sayang, ni hubby la"
Aku terus buka pintu terus nangis.Nangis??hahhaa..aku nangis sebab aku takut sangat
Aku takut and happy sangat pun ye juga...

Rupanya dia pun tak sangka dia dah boleh balik
Dia tak ketuk pintu bilik sebab takut aku dah tido.Tak nak kaco la kononnya.So,dia tengah dok cari mana satu kunci pintu tu.
Kalau dia tak panggil,memang masuk headline Metro,"Suami menjadi mangsa sepakan isteri" (+_+)
Yang peliknya,aku boleh tak dengar bunyi keta en adha yang macam motorbot tu..
Ooohh...sangat gembira dia dah balik
Rasa hilang semua masalah..

Dia pulang pada waktu yang tepat..
Syukur sangat
Petang ni nak balik kampung.Wedding along aku sabtu ni
Aku akan update sekerap mungkin and review perjalanan majlis along aku nanti ye..
Lastly,
Penantian aku dah berakhir ;P
Alhamdulillah...

p/s:harus menabung dari sekarang ;P

6 comments: (+add yours?)

~ NANA ~ said...

so sweet :)

msti rindu hubby kn? :P

adlyn833 said...

nana>>sweet memang sweet.tapi sangat cuak.takut gile..igtkan pejahat.dahla tinggal sorang2.
rindu yang teramat.syukur sangat dia dah balik..

Cik Puan Fara said...

hahahaha..kuat betul imaginasi.. tp kali sy pn pk cmtu jgk.. haha

adlyn833 said...

fara>>sy mmg suka berimiginasi.kadang2 benda tu tak masuk akal pun.hehehhe

eimma's said...

hehe..sabo je la..

http://soontobeamummy.blogspot.com/

adlyn833 said...

emma>>tak pernah tau rasa takut camtu ;P

Post a Comment

any idea or comment?just drop here