Kosong

Hidup terasa amat kosong hari ini. Malam semalam en adha dah pergi ke Kemaman. Tinggallah aku dengan budak kecik dalam perut ni ;(

Semalam terjadilah cerekarama cerita sedih. Aku menangis masa en adha nak pergi. Ikut hati memang aku tak nak dia pergi. Aku memang jarang menangis and Yah sampai label aku hati kering. Tapi semalam memang rasa syahdu. Mungkin hormon mak buyong.hahaha...Mungkin juga en adha dah lama sangat tak outstation lama-lama.

Sejak dari aku miscarriage hari tu dia dah jarang tinggalkan aku sorang-sorang. Even job offshore pun dia suruh bos dia hantar orang lain. Aku pantang masa gugur tu pun dia yang jaga. Semua benda dia buat. Then, aku pregnant second time ni pun, dia jaga aku. Kebetulan pregnancy aku kali ni agak mencabar, makanya dia terpaksa handle semua kerja rumah termasuk masak, kemas rumah, basuh baju dan lain-lain. Dia juga jadi driver aku sejak aku pregnant. Serius, aku rasa amat bersyukur dikurniakan suami macam en adha. Thanks B.

So, bila pagi ni aku terpaksa bangun sorang-sorang and drive ke office, rasa sangat sunyi. Kalau tak dalam keta, mulut aku paling kecoh. Kalau senyap tu aku tidur la tu.hahaha..Bila dah terbiasa dimanjakan sebelum ni, susah sikit aku dah terasa sangat bila en adha takde. Selamat kat office aku busy, so tak terasa sangat kesedihan aku -____-

Masih bersyukur, at least en adha tak g offshore. Kalau tak sure lagi teruk cerekarama malam ni. Ni at least kami still boleh call-call waktu malam. Siang memang tak dapat la sebab HP tak boleh bawa masuk plant. Weekend pun en adha tak cuti. Bermakna cuti Chinese New Year pun aku tetap sorang. Patutnya kami plan nak bercuti ke Perlis sebab kebetulan ada kawan en adha yang berkahwin waktu tu. Nampak gayanya memang aku dok kat rumah jela. Nak drive balik kampung pun, en adha tak bagi. Bahaya katanya. Terpaksa pujuk mama datang rumah aku la nampaknya. Kalau tak memang mati kutu cuti lama-lama dok sorang-sorang kat rumah.T____T

Hope aku boleh mengharungi sebulan ni jayanya. Cepatlah masa berlalu. Tapi aku tetap kena terima kenyataan yang kerjaya en adha memang camni. Tambah plak dia dah naik pangkat. So, kerja makin banyak. Mana tau bulan depan dia terpaksa pergi Bintulu plak. So, aku memang dah kena prepare mental dan fizikal. Aku kena pandai manage kehidupan aku. Tambah plak lepas ni dah ada baby, mungkin lagi mencabar bila en adha takde nanti.

Tak mau sedih-sedih dah. Esok aku taip enrty gembira-gembira plak ok ^___^

p/s: Aku rasa macam dah bosan dengan layout blog aku. Sedang memikirkan untuk tukar layout baru :)




















1 comments: (+add yours?)

modusoperandi111209 said...

as.salam lyn

insyallah ade rezeki lain, bleh kita jumpa. tambah lyn pun kena jaga diri elok2 skrg ni. =)
tahniah ye. hannah dapat kawan baru dis year.

rasenye man tak tau lagi kot en.adha tak jadi datang.

Post a Comment

any idea or comment?just drop here