2012

*terima kasih untuk semua wish pada entry lepas. Aku akan reply semua nanti ye ;P. Sayang korang

Harini hari pertama aku kerja untuk tahun 2012. Lemau macam biskut masuk angin. Takde langsung semangat nak kerja di tahun baru ni. Asyik tengok jam bila mau pulang. Mungkin mengenangkan malam ni en adha akan berangkat ke Terengganu untuk sebulan. Sadis bila nak difikirkan. Tapi aku fikir atas tuntutan kerja aku redha dan mungkin ini juga rezeki kami untuk permulaan tahun 2012. Alhamdulillah...

So, macamana tahun baru korang semua?Aku tak tengok pun bunga api. Jangankan yang real, yang dalam tv pun aku tak tengok. Kami berdua cuma pulang ke kampung en adha je. Dah takde excited untuk celebrate New Year macam zaman muda-muda dulu. Sudah semakin dewasa kan. Wahh..still tak nak guna word tua ok.hahah..

Azam tahun ni pun masih belum difikirkan lagi.Boleh??hahaha...Ada..cuma biarlah aku je yang tau. Yang pasti tahun ini akan lebih bermakna untuk kami berdua. Semakin banyak dugaan dan cabaran untuk kami tempuh bersama. Mengenangkan 2011 yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis, aku masih mampu tersenyum sebab berjaya mengharungi segalanya dengan tabah. Berjaya juga mengharungi setahun usia perkahwinan kami disaat ramai mengatakan tahun pertama perkahwinan adalah yang paling sukar. Setelah aku melaluinya, aku akui bukan mudah. Alhamdulillah kami berjaya ^_____^

Semoga berjaya juga untuk mengharungi untuk tahun ini dan hingga ke akhirnya. Harapan untuk tahun ni cuma mahukan kehidupan yang baik dari tahun sebelumnya. Diberikan kesihatan yang baik and dapat lahirkan junior kami dengan selamat. InsyaAllah..

Walau apa pun azam korang tahun ni, aku doakan semoga semuanya tercapai ye kawa-kawan. Last but not least, buat semua followers and readers aku thanks a lot for all your support. Sudi singgah and baca blog ini. Azam tahun ni gak, aku akan update blog ni selalu. Semoga azam yang satu ni tercapai ye. ;P

p/s: sesiapa yang ada link kan blog ni kat blog korang, sila tinggalkan link. Nanti aku link korang kat sini ye.

2 comments: (+add yours?)

LoVEaQshA said...

hye salam perkenalan..

awk due bile?nti lehla kta share2 psl persiapan tuk becoming baby..^__^

adlyn833 said...

aqsha>>insyaAllah 30/6.boleh je nak share.tapi saya pun xtau nk prepare apa dulu.nanti kita share sama2,k

Post a Comment

any idea or comment?just drop here