Hasil dari Motherhood Expo & My Dear Warehouse Sale

Seperti yang telah dicanang-canangkan sebelum ini, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Motherhood Expo tu. First time ke expo baby ni. Makanya bakal ibu dan ayah ini agak bluurr...-____-.
Aku dengan en adha sampai lebih kurang pukul 11. Ooohh..tak lupa mama aku pun ikut kebetulan dia datang rumah kami Jumaat tu. Idea en adha supaya kami tawaf secara zig zag. So,takde la booth yang tertinggal. Aku sebagai perempuan tak pernah terfikir semua tu. Nampak je benda murah aku redah..^___^

Pendapat aku, expo KLCC ni tak berapa nak menarik since tak banyak booth. So, duit kami pun tak habis banyak.hahah..Meh aku share apa yang aku beli.
Antara booth yang aku g ialah Pureen. Memang dah aim beberapa item.
Baby wipes (100s) x 2= RM9
Baju baby sepasang = RM15
Liquid cleanser = aku lupa
Softener = aku lupa

Aku rasa baby wipes tu memang berbaloi untuk beli.Ingat nak beli lagi masa kat Midvalley nanti. Then nak beli detergen juga. Haritu nak beli tapi kesian kat en adha nak bawa banyak sangat. Tu pun dia cakap dah nak patah bahu.hahahha....

Pastu ada gak aku jalan-jalan kat booth-booth lain. Tapi banyak yang jual stroller. Aku ada berkenan satu stroller Elle tu. Cun and harga juga affordable. Tapi telah direject oleh en adha. Katanya Elle bukan pembuat stroller, Elle pembuat baju.hahahh..susah ok nak racun otak dia since dah berkenan dengan Quinny. Tapi harga Quinny pun mahal kat expo ni. Murah lagi beli online.

Pastu aku terus ke booth Autumz.

Storage bottle (10) free 5 milk stroge bags = RM28
Printed cloth diaper (AIO) = RM29

Storage bottle tu ada lagi yang murah tapi aku tak jumpa.hahah..Takpe,nanti aku beli lagi. CD tu plak, aku beli sebab aku memang niat nak try pakaikan adlyn jr cloth diapers. Sesaja beli 1 nak dapatkan feel. ^___^
Satu lagi yang aku beli disposable diapers jenama Drypers. Aku pun tak tau harga murah ke tak sebab aku memang tak survey pun harga-harga pampers ni. Masa expo tu dapat RM25 untuk 56pcs. Aku ada tengok orang beli brand Whoppie. Tapi sebab macam tak pernah dengar je, aku pun tak beli. Rupanya harga murah dari Drypers yang aku beli. Menyesal plak tak beli sebab ofismate aku cakap, baby ni memang banyak sangat pakai pampers.Tak kisah la brand apa pun sebab memang selalu kena tukar.

Tu je barang yang aku beli dari KLCC. Lepas tu terus gerak ke My Dear warehouse sales plak. Senang je nak cari tempat ni since en adha memang teror area Puchong. Masa sampai dah petang, orang still ramai. Kat luar tu banyak stroller yang harga dalam RM90-RM150. Pastu ada banyak gak permainan untuk budak-budak.
Kat luar tu aku just beli playpen. Tu oun nak bagi hadiah untuk kawan kitaorang yang baru dapat baby.

 Nursing Pillow = RM50
Playpen = RM60
Musical Rabbit = RM10
Mothercare Pre walker shoes = RM20
Baby Socks (6 pair) = RM12
Baby Socks (7 pair) = RM18

Nursing pillow tu sebenarnya takde pun dalam list aku sebab rata-rata aku tengok harganya mahal. Tapi kat sini dapat half price, terus aku nak beli. Baby cot suma ada tapi tak survey sangat sebab kami dok fikir kalau beli macamana nak bawa balik sebab kereta en adha "besar" sangat kan.hahahha. Kalau datang naik kereta aku mungkin boleh nak bawa. Takpe la sebab kami ingat nak beli cot kat Ikea je nanti.

Kasut, socks semua tu memang tak budget nak beli. Tapi sebab murah aku beli la. Lagipun opah dia yang bayar.huhuhu...Best betui kalau shopping dengan mama aku ni. Dia plak yang excited lebih.

So, expo kat midvalley ni memang banyak benda aku nak cari. Terpaksa gigih sebab time tu aku dah masuk 6 bulan. Aku dah apply cuti 9hb nanti sebab kebetulan sabtu tu en adha takde. And aku plak ada cuti yang tak habis tahun lepas. Kena clearkan dalam bulan Mac. Terharu ye sebab sepanjang aku kerja tak pernah dalam sejarah cuti aku tak habis. Tak cukup ada la. Kerja kat sini siap carry forward 2 hari.hahahha...

Hari Ahad aku memang melepak kat rumah. Letih gile kot. Sekarang ni aku cepat letih. Asyik nak tidur je. Kaki aku tak bengkak lagi cuma urat-urat dah timbul. Takut plak aku tengok.

Next expo aku kena study betul-betul. Takut ada yang tertinggal. Semoga expo kat Midvalley ni lebih meriah T_____T

p/s: khamis ni ada check up.dapat jumpa adlyn jr lagi




8 comments: (+add yours?)

AJ The Mommy said...

Parenthood expo kat Midvalley tak pernah mengecewakan. Trust me! Standby duit je. haha

~ NANA ~ said...

yup, quinny lagi murah kalau beli online compared kat expo hari tu...harap2 la dpt pegi expo midvalley pulak coz time tu dh 8 bln...hihi

rDnA said...

weekend ni br nk terjah mydear w/h sale tu..
beli pampers murah2 je dlu utk baby br lahir.sebb nnt mmg sgt2 kerap tukar.from my experience la.nnt dh 2 bln camtu dh boleh pkai yg ok sikit..

adlyn833 said...

AJ>> ramai yang komen camtu.hope ada duit jatuh dari langit hari nak g tu.hahahh

adlyn833 said...

Nana>>tak confirm lagi nak beli quinny ke tak.en suami tak habis survey lagi.hope nana dapat g midvalley tu ye.dah dekat nak deliver jalan banyak2 nanti senang nak bersalin.;P

adlyn833 said...

rDnA>>thanks for your advice ye..memang dah plan nak borong pampers nanti ;P

Husna Hadzarami said...

Kita pun pergi MyDear Warehouse Sale tu. Last day baru pergi (walaupun dekat gila dengan rumah, huhu). Just nak cari toys saje. Dapatlah rembat 1-2 barang. Kita suka MyDear punya sale ni, memang murah-murah la barang-barang. Last year pergi pun best sangat :)

Noorly A Puad said...

Jemput ke blog saya.Inginkan tip2 tingkatkan penghasilan susu, kunjungi http://mamahazeeq.blogspot.com/

Post a Comment

any idea or comment?just drop here