Sorry sebab dah lama sangat tak update. Banyak idea and story tapi aku takde masa and mood untuk bercerita. Actually hati masih tersentuh dengan cerita sedih yang aku terima baru-baru ni. Belum pun habis sedih dengan pemergian arwah nenek en adha, tiba-tiba dapat satu lagi news kawan adik aku plak meninggal pagi ahad lepas.
Mesti ramai yang dah dengar pasal ada sorang bikers kena langgar lari kat Melawati ahad lepas kan?Arwah is one of BFF adik aku. Kebetulan last week aku balik kg. Pagi ahad tu, dia pergi Ipoh dengan en adha and bila balik terus inform aku yang Rafizi dah meninggal. Serius aku sangat-sangat terkejut even aku tak rapat sangat dengan arwah. Malam tu baru je sembang-sembang dengan adik aku pasal arwah. Katanya wife arwah Kak Ellis baru lepas bersalin anak kedua. Aku banyak gak tau pasal arwah sebab kitaorang adik beradik jenis kawan-kawan aku jadi kawan adik aku and kawan adik aku jadi kawan aku.
Arwah memang dari rumah PIL dia sebab wife dia still dalam pantang. Then, dia memang selalu sangat riding route tu. Arwah seorang yang sangat ceria ok. Otak jenis gile-gile. Yang aku paling sedih sebab wife dia dalam pantang, anak first dia baru umur 8-9 tahun. Bayangkan baby tu tak sempat nak jumpa bapa dia. Ya Allah, beratnya dugaan untuk wife dia. Kalau aku ada kat tempat Kak Ellis, tak tau camne nak cakap. Tapi macam mama aku cakap, orang baik ni selalu pergi dulu ;((
Moga, arwah Rafizi tenang di sana. Hope family dia tabah untuk terima semua dugaan ni. So, pada semua yang selalu riding tu hati-hati. Aku rasa Malaysia ni bukan negara yang selamat untuk berbasikal. Even, yang riding kat Putrajaya ada marshall bagai pun orang langgar. Terus aku haramkan adik aku g berbasikal. Katanya aku sycho.. -____-. Aku sayang kot adik aku. Dia je satu-satunya adik aku even dia gemuk*tiba-tiba*
Cerita kat ofis yang paling buat otak aku semak semenjak dua menjak ni. Kerja melambak cam timbunan sampah. Then, minggu lepas keluar IT policy baru. Block segala FB, Youtube bagai.hahaha....aku suka sebab memang aku tau ada orang abuse benda-benda tu g download segala game,movie suma. Aku memang tak heran sebab aku tak layan FB, Youtube semua tu. Lagipun kat rumah aku ada Unifi kot. Ada aku kesah ko nak block??Tapi bila aku ada certain website yang ada sangkut paut dengan kerja aku pun diaorang block, mulalah mak buyong naik hantu. Terus takde hati nak datang kerja.
Lagipun aku memang dah takde hati nak kerja sejak Manager aku resign bulan 8 tahun lepas. Dengan kerja cam haram. Serius aku letih. So, otak aku memang dah plan bulan 6 aku nak tender. Wahhh..nekad aku ni.hahaha...Rezeki ada kat mana-mana. En adha pun dah naik meluat agaknya tengok muka tension aku bila balik kerja. Taik telinga dia pun dah nak cair dengar aku membebel pasal kerja. Lalu dia pun pasrah untuk aku resign. T____T. Biasalah emosi orang pregnant memang terlebih kan. Tunggu la bulan 6 nanti kot-kot emosi aku dah stabil.
Bulan depan memang dah confirm en adha akan pergi ke seberang laut. Sebulan katanya. So, tinggal lagi bape minggu je untuk setelkan pasal baby and barang-barang berpantang aku. Paling sadis, time anniversary kami bulan depan en adha takde. Pasrah untuk kali kedua. Last year pun dia g offshore time anniversary. Wei...ke dia memang saje planning nak naik offshore time anniversary sebab nak ngelat wat suprise untuk aku??hahahha...tak baik prasangka dengan suami -____-. Ini la nasib kalau dapat husband kerja O&G. Sape cakap best???Takpelah biar dia pergi. Aku siap pesan, kerja rajin-rajin nanti dapat duit banyak jangan lupa bagi aku *_____*. Mulut je cakap camtu, dalam hati aku je yang tau.sob3..
Tu jela kot buat setakat ni. Otak aku agak serabut dua tiga menjak ni. Macam-macam benda aku fikir. Boleh ke aku nak survive sorang-sorang kat rumah sedangkan aku dah nak masuk 7 bulan? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan....Oohhh...ahad ni aku dah booking untuk scan 3D. Teruja mak!!!!..Byee...
p/s: semoga lepas ni dapat news yang happy-happy je ;P
Kisah Anak-Anak
4 years ago
1 comments: (+add yours?)
alala sedihnya hubs nk dok jauh. xpela, think +ve. dia jauh utk kita jgk. take care! xmo stress2 :)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here