Nak Cantik Katanya :P

Umur dah nak masuk 30 ni aku tetiba jadi concern plak dengan muka aku. Baru realize yang aku memang tak berapa nak jaga muka sangat. Masa zaman tak kawin, beria sangat membelek muka. Sekarang semua pun malas..tambah dah ada anak. Not good ok. Jangan ikut macam aku.

Sekarang ni plak, aku dalam fasa kemalasan yang melampau. Rutin aku setakat cuci muka je. Tu pun kadang-kadang aku tak cuci. Kalau dah cuci malas, jangankan nak pakai masker bagai. Masker clinique aku  berkurun dah tak pakai. Banyak lagi. Membazir sungguh rasanya. So, kalau boleh aku nak cari benda yang tahap mudah. Tak payah nak bermacam-macam step. Lagi bagus benda tu yang aku makan pastu dia cuci segala benda yang kotor-kator. Kira macam cuci dalaman, luaran pun cantik sekali.

 Bila dah ada kesedaran, mula la aku cari produk apa aku nak sapu kat muka aku yang kusam ni. Haruslah dapatkan khidmat nasihat dari kengkawan baik a.k.a pengkritik tetap.hahah..

Dari nak cerita pasal produk nak cantik, udah meleret-leret sampai entah apa kitaorang sembang. Tapi mission tetap tercapai untuk cari produk nak cantik tadi. Macam-macam produk yang kami diskus. Kawan aku si Yah dok heboh suruh try aura white, ada yang suruh try elmarino la, beautiskin la. Macam-macam produk sampai ada produk nama sama macam en adha. Produk a-DHA.hahaha...Tergelak aku dengar. Tapi ada plak pantangnya. Tak boleh pakai bedak sebulan. Ko mampu? Aku memang tak boleh. Bedak tu macam benda wajib pakai kalau nak kuar umah. Kot idak, entah rupa apa muka aku agaknya.

 At last, aku fikir nak try makan kolagen je. Pure marine colagen yang tengah hot dipasaran. Sebab apa aku nak try kolagen tu? Sebab murah.hehhee...So, kalau tetiba aku makan sekerat jalan, tak le rasa ralat sangat. Nampak sangat yang aku ni memang pemalas kan. Lagipun, kawan aku si syafak tu memang duduk sabah. So, memang suruh dia je belikan. Harga lebih murah and kalau tetiba tak berkesan, aku boleh pulangkan balik rumpai laut tu.hhahaha...Tak salah nak mencuba sebab banyak khasiatnya rumpai laut ni.

Maka, rumpai laut tu dah pun selamat sampai kat rumah aku. Punya nak cepat, aku suruh syafak pos pakai skynet. Kang pakai pos laju, lambat plak muka aku nak cantik kan.hehehe...Sekilo aku beli tau. rugi beli sikit sebab postage dari sabah ke KL mahal tau. Tapi tak la aku sorang yang nak makan. Aku share dengan kawan-kawan lain gak.

Doakan aku berjaya habiskan kolagen tu and dapat kulit muka yang tulus mulus gebus.hahha..semua aku nak kot. Tak cantik macam neelofa, dapat sipi sipi pun jadi la. Tapi neelofa tu cantik ke??err...Cantik le dari aku ye tak T__T

p/s: aku dah masak kolagen tu,tapi tak mau beku plak..adooii..memang saja tak bagi aku cantik gamaknya

9 comments: (+add yours?)

LisaLisut said...

i pn sjk pregnant xpkai apa. tahap pemalas. sbb ttbe muka jd glowing ms pregnant haha. lps beranak lg laaa xde pencuci muka. i pkai garnier men husband i hahaha. lps tu rajin la skit beli clean n clear. sj buat syarat cuci muka. i lama survey nk pkai benda2 ni, collagen la apa la, last2 i folo mak i. beli olay total effects. mmg dlu b4 kawin i pkai n it works.tp i gatal stop. mak i pkai smpi skrg mmg berkesan semua org n kwn2 dia ckp dia awet muda hahah. dia bebel suh i beli dh lama dh n br arini i beli! hahaha

harzharun said...

i tgh cr produk yg boleh hilangkan freakles!..

eKa said...

Mungkin byk air kot.eka selalu mkn mentah.letak limau bawang cili garam,perghhh menyengat

amani jibriel said...

Salam, u tau x, sy dah cuba gak makan rumpai laut tu... dia mengeras cam agar-agar kan... tp syg sy x lalu makan coz bau dia cam busuk cikit... makanya tong sampah ler jawapnya... mahal gak beli rm40.00 hengget plak tu... selamat menghabiskan rumpai laut yer... hehe

adlyn833 said...

kita sama lisa.sejak dah ada anak ni,i memang x cuci muka.dulu memang pakai olay tu.lps tu gatal tukar pakai clinique.skrg,apa pn x pakai.hahah..lps ni kena pakai balik.tapi olay tu mmg berkesan pn.cuma i yang malas

adlyn833 said...

harz>>sama la..umur dah 30 ni semua benda nak timbul kat muka -__-''

adlyn833 said...

eka>>silap i juga sbb g masak dengan sunquick.konon nak hilangkan rasa hanyir+payau tu.hahha..eehh..cmne nk makan mentah2 tu?share resipi skit..

adlyn833 said...

amani>>part bau tu memang tak tahan.tapi i sesuka hati letak esen vanilla masa rendam benda tu.hahha..bau jadi wangi cam vanilla but still ada bau laut tu.cuma still bleh tolerate.so,bleh telan dengan aman. ^_^

Anonymous said...

knp x makan rumpai yg fresh? yg fresh xde bau pun...mak aku selalu buat kerabu dr rumpai laut ni....campur cili ckit...asam ckit....udang kering ckit...bawang...mmmmm tetiba plak jadi lapar...

Post a Comment

any idea or comment?just drop here