Hadiah dari En Suami
Perancangan Keluarga??
It's a Girl!!!
Syafak Baby Shower
Lagipun, mak and dad syafak dah nak balik Perth. Jarang nak dapat jumpa mak dia. Haruslah kami menghadirkan diri untuk berjumpa aunty Hawa yang peramah itu.
Semua makanan adalah menu-menu pilihan mak buyong. Sebab dia sedar, dah deliver semua pun tak boleh makan.Kau memang bijak syafak *__*
Semua makanan telah dimasak oleh kakak-kakak syafak yang memang handal termasuk mak dia iaitu aunty hawa. Antara menu kami petang tu, chicken wing, spaghetti bolognese, mashed potato, sardine puff, cupcakes, salad. Aku plak bawa triffle and Yah bawa meatball. Serius, memang kenyang sebab kami makan 3 round tanpa mempedulikkan tetamu-tetamu lain (uda,jangan serik jemput kami ye) T_T
X-Men First Class
Aku menonton filem ni Jumaat lepas bersama en adha, yah comel (tak nak panggil ko gemuk dah), dan kawan-kawan ofis yang best lagi sempoi ;P
Okey, aku dapat tiket free sebab company sponsor. Ni dah termasuk dalam aktiviti Sport & Recreration Club office aku. Kebetulan June is movie month, so, tiket free untuk X-Men.Yiipiiee..Thanks bos
Walaupun aktiviti company, en suami dan sahabat baik tidak patut dilupakan..
Review cerita adalah menarik. Cuma awal-awal macam bosan sikit. X-Men kali ni menceritakan sejarah lampau mereka. Disebabkan aku tak baca pun komik X-Men, haruslah aku menumpukan sepenuh perhatian. Time ni baru tau yang Magneto tu baik dengan Prof Xavier. Mystique rupanya baik dengan Prof tapi sebab Prof tak appreciate dia, terus dia follow Magneto. Ala-ala cinta tak dibalas -__-
Time tengok cerita ni asyik-asyik kuar dialog "ooo...patut la".."oooo...patut la" T__T Lawak ok.
Action pun tak banyak sangat since ia adalah cerita masa silam mereka. Wolvarine pun kuar tak sampai 2 minit. En adha cakap tak syok tengok sebab hero favorite dia takde.
Tapi dialog"Mutant with Proud" tu aku suka sebab siapa pun kita, kita patut berbangga menjadi diri sendiri. Tak perlu hipokrit semata-mata nak orang terima kita. Kalau aku mutant, aku nak jadi Hank. Sebab dia genius. Sampai orang pun tak tau yang dia tu mutant, tapi part dia tukar jadi orang biru, tak nak la kot T__T
p/s: en adha tolong belanja saya tengok Super 8 weekend ni
Aktiviti Minggu-Minggu Lepas
Aku tak kira, aku nak update gak even dah berzaman event-event ni lepas supaya aku ada benda untuk dijadikan memory pada masa akan datang.
Okey, last 2 week (3/6) aku balik kampung en adha sebab Sabtu(4/6) tu ada wedding kawan UTM dia kat Kedah.
Aku tak Perlukan Seth Tan
Aku memang tak jatuh cinta pun kat Seth Tan
Sebab aku sedar aku bukan Nora Elena, aku cuma Hazlina T_T
Nooruladha je yang cintakan aku =)
Fenomena Nora Elena tetiba je melanda Malaysia. Wahh..semua gadis-gadis pingitan berangan-berangan nak dapat lelaki cam Seth. Makcik-makcik plak berharap-harap dapat menantu cam Seth..Terus lupa kat bakal menantu cam Adam dengan Aidil -__-
Aku layan gak cite Nora Elena tu tapi ada gak episod-episod yang aku tertinggal. Drama ni buat kita tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya. Bila aku dengar ramai sangat perempuan-perempuan tergila-gila Seth lakonan Aaron Aziz, aku rasa itu normal. Naluri wanita. Suka dimanjakan, suka lelaki romantik-romantik. Bagi bunga, tolong dukung sedangkan kaki terseliuh sikit je T__T
Tapi bagi aku, en suami aku lebih romantik dari Seth. Apa cebik-cebik,pukoi nak? :P
Aku bukan pompuan yang cair bila lelaki bagi bunga sekuntum, sebonet penuh pun aku tak cair.huh!!
Pada aku, bunga tu membazir. Bukan boleh makan, dah layu campak je dalam tong sampah *__*
Ya..aku bukan wanita yang comel-comel sebab aku tak suka bunga.
Definisi romantik dalam kamus hidup kawin aku lebih menjurus kepada perkara-perkara kebajikan yang dilakukan oleh pasangan. Sebagai contoh, en adha memang romantik tahap dewa sebab selalu sangat tolong sidaikan kain. Aku suka basuh je. Sebab senang kan. Masuk mesin, tekan-tekan pastu siap. Nanti dia akan datang tolong sidaikan. Lately ni, aku selalu basuh baju malam. Pagi sebelum g kerja, dia akan sidai. Aku balik kerja, dia dah tolong angkat sebab dia sampai rumah dulu. See...romantik tak ;)
Dalam sebulan, kami mesti akan shopping barang rumah. Selalu g beli sama-sama. But, sometimes en adha g sorang sebab cuti dia tak menentu. Kalau aku kerja, dia akan g beli sorang. Aku balik, semua ikan, udang, ayam semua dah siap siang and cuci. Dah simpan elok-elok dalam peti ais. Weehhhooo!!!Sejuk perut ibu mengandung
En adha adalah seorang yang sangat rajin. Dia memang bukan jenis lelaki yang balik kerja, tukar baju terus layan tv, main game macam dah takde hari esok. If dia rasa nak makan apa-apa untuk minum petang and aku belum sampai rumah lagi, dia akan goreng sendiri nugget, fries and buat air kopi. So, by the time aku balik aku just duduk and makan sama-sama sambil mulut pot pet cerita pasal ofis and dia just tadah telinga dengar..
Dia adalah peneman yang setia. If dia tak kerja, dia akan sentiasa ada dengan aku. Even aku dok melepak dengan BFF aku pun, sure dia ada walaupun hanya dia je berlainan jantina. So, apa-apa fesyen terbaru perempuan semua dia tau -__-. Kawan-kawan aku pun dah naik bosan tengok muka dia. Dah boleh slumberland wat lawak kasar. hahahah...
So, aku nak tanya, adakah perlu aku termimpi-mimpikan si Seth sedangkan aku ada lelaki yang berganda lebih baik dan romantik dari dia. Ayat nak puji suami ko tak hengat wei!!!. Mungkin ada yang rasa over sangat aku puji en suami aku . Siapa lagi nak puji suami sendiri kalau bukan isteri dia. Dari aku puji Seth baik aku puji en adha. Dapat gak pahala.^___^
Pada aku lebih baik kita hargai apa yang kat depan mata. Sayang orang yang sayang kita. Buat apa jeles-jeles dengan husband Nora Elena, sampai berharap nak suami jadi cam dia. Belum tentu akan dapat. Asyik dok puji-puji Seth, suami sendiri makan hati. Setiap orang ada kelebihan. Mungkin dia tak seromantik Seth, tapi rajin tolong wat kerja rumah, tak sekaya Seth tapi kaya budi bahasa. Ermmm...tapi Seth tu perogol kan? -__-
p/s: yang elok tu boleh jadikan pengajaran.Nama pun drama ;)
::Wedding Idea::Paper Lantern & Boxes
Mahadi & Nadira E-Day
Tarikh : 28 Mei 2011
Waktu : Lepas Isyak
Before aku cerita pasal majlis BFF aku ni, apa kata tengok le muka gembira + gedik kawan aku ni :P