Mahadi & Nadira E-Day

Tempat : Selayang Baru
Tarikh : 28 Mei 2011
Waktu : Lepas Isyak


Before aku cerita pasal majlis BFF aku ni, apa kata tengok le muka gembira + gedik kawan aku ni :P
Megan Fox wannbe
~whatever la Nad~

Preparation nad dah wat aku rasa dekat nak sebulan lebih. Boleh kata hari-hari kami ber-email, calling-calling. Macam-macam benda share, semua idea aku bagi kat minah ni. Tapi bila dah dekat E-day dia "aku lupa la na", "eehh...kotak tu takde warna hitam ye". Adoooiii..bikin drama la ko ni tau tak

Nad memang minah kelam-kabut. Selamat aku dah faham perangai ko kan. Lepas seksa menyaksikan semua drama Nad, aku mengofferkan diri untuk datang awal sambil membawa 2 beg besar Ikea berisi kotak-kotak gift dia. Dah macam Santa Claus aku.HoHoHo...

Sampai je, aku tengok rumah Nad dah macam kebun bunga kat Cameron Highlands. Weiii...ko nak wat kebun bunga kat Selayang ke? Time ni Nadia, adik Nad tengah sibuk wat hantaran dengan sepupu-sepupu dia. Akhirnya, aku pun berjaya la menunjukkan hasil keras tangan aku setelah di paksa oleh Nad T_T

Nad beli coklat pukul 7.30pm.
 Nasib ko tak beli pukul 9pm kan =)

sape ke yang amik gambar camni??
hye en adha :)

bekas sirih tembaga hasil air tangan nadia
siap gosok sampai kilat bekas tembaga tu.Selamat tak kuar jin T_T
Wooden tray hasil air tangan aku *_*

Tiga hantaran tu je aku buat. Pastu ada le centerpiece meja makan yang macam hidup segan mati tak mahu aku wat.Gambar takde sebab en adha dah penat membanting tulang sampai becak ketiak bak kata Nad, so dia tak amik gambar centerpiece tu. Tak support wife langsung en suami aku ni -__-


Deretan hantaran from Nadira side and Mahadi side

Pelaminan pelangi Nad +__+
done by Nadia & family members

Nad telah di make over kan oleh MUA wedding aku yang mempunyai bakat terpendam & terendam bertahun-tahun lamanya, tak lain dan tak bukan Kak Yang atau lebih glamer dengan Gee (Bukan Gee fauziah Latif okeh)

sesi menutup benda asing di muka :)

ramai cakap muka dia macam Melissa Saila
Tapi Nad nak jadi MeganFox
Tetiba Nogy cakap macam muka pengasas Jamu Mak Dara
ppfftttsss

Kak yang adalah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kalah artis katanya nak mekap kan si Nad. Boleh dia tengah-tengah mekap nak potong kuku (dasar bercagu betul.hahah), pastu nak tulis skrip, tengah wat rambut, berlari-lari tenuk ke dapur nak suruh mak dengan ayah dia tukar baju T_T.

Kalau aku jadi kak yang mau menangis + meroyan dapat client camni. Kak yang sila fikir 289 kali nak amik job wedding dia nanti ye. Pukul 9 family mahadi sampai setelah siren kereta polis berhenti berbunyi. Pandai u pilih timing ye Madi. Oohh... rumah Nad ni dekat dengan balai polis. Kami-kami wanita sopan lagi anggun teman Nad kat dalam bilik.

Orang kat luar tengah berbincang, (berbincang ke??hahaha) yang kitaorang dok gelak-gelak. Aku rasa tak sampai setengah jam pun bincangnya, tetiba terus dengar orang baca doa. APAKAH??hahahah...Family Nad terlalu excited terima rombongan Mahadi sampai tak sempat pihak lelaki nak bermadah helah.

Tengah Nad plan suruh kitaorang escort dia keluar dari bilik ke pelaminan, bilik terus diterjah. Terus masuk bakal MIL Nad and ahli keluarga nya. Cuak ok. Plan terus berubah, acara sarung cincin buat dalam bilik sebab bakal MIL nad cakap kat luar ramai sangat orang. Muka Nad memang terkejut sambil senyum-senyum kambing.. ;P

Muka malu-malu kucing teserlah

Dah dapat cincin terus jadi Angelina Jolie
^_^

Terjadi juga insiden MUA a.k.a Kak Yang melompat dari hujung katil ke hujung katil untuk menyorok belakang aku sebab ternampak kumpulan berjubah dan berserban masuk ke dalam. Katanya malu dengan rambut mengerbang macam singa. Nad apsal ko tak cakap awal-awal ada jemputan orang masjid, kalau tak boleh kak yang pakai jubah -__- Tapi kot ye nak menyorok pun, harus ke belakang aku??

Kepala kak yang pun dah tak boleh aku nak coverkan
ni plak badan dia
T_T
Disebabkan majlis ni hanya majlis kecil-kecilan, Nad hanya jemput kawan-kawan rapat. 

Ni kawan-kawan UTM dia
Kimie,Linda & Dilla

Aku, Kak Muna, Nad & Fit
Aku dengan Fit sahabat dia masa kat SMK Darul Ehsan


Kak Yang = MUA, En adha =suami kesayangan saya
Thanks B sebab datang +_+

Makanan telah dimasak secara bergotong-royong oleh family Nad. Family dia memang terkenal dengan makanan yang sedap sehingga menjilat pinggan. Kalau tak takde la ada suami sorang tu tambah sampai 2 pinggan T_T

Door gift Nad telah disiapkan dengan penuh kesabaran oleh aku. Lagi dua hari nak bertunang baru bagitau door gift tak setel lagi. Sampai tertidur-tidur aku lipat kotak tu. But, aku tak kisah. Nad pun dah banyak tolong aku masa wedding aku haritu. Thanks Nad ;P

Aku akan buat 1 entry pasal gift ni

Gambar-gambar penutup harus disertakan gambar orang bertunang ye tak. Kalau tak tak ohsem la entry ni

Mahadi+Nadira

Nad with future family in law

To Nad and Mahadi,

Congratulations to both of you. Im happy for you. Wish you have a great journey towards your big day.Aku sentiasa ada untuk tolong ko even di saat-saat akhir ye mek. Yelar,aku ni ala-ala Wonderpets -__- 


p/s:tolong jangan drama sangat masa preparation wedding ko ye Nad ;P












2 comments: (+add yours?)

Eika Azis said...

salam! awak kawan nad? kitorg satu blok dulu kat utmkl. :)

adlyn833 said...

eika>>nad kawan baik saya masa sekolah dulu.nad pun ada blog...boleh follow dia kat sana ;P

Post a Comment

any idea or comment?just drop here