17

4 comments


Your baby
• How big is your baby now? Spread one of your hands wide open — your baby is about the same size. From the top of his head to the bottom of his buttocks, he's about 11 to 12 cm (4.4 to 4.8 in) long and, over the last two weeks, his weight has doubled to about 100 g (3.5 oz).

• This week your baby starts to develop fat, which will play a crucial role in his metabolism and the production of body heat. At this point in your baby's development, less than one per cent of his body is made up of fat. Over the coming weeks, he'll put on plenty more fat and by the time he's born, almost 70 percent of his body will be made up of fat.

Alhamdulillah esok sudah 17 minggu usia adlyn junior. Hujung bulan ni ada check up. Untung-untung dah tau gender kan? Malam semalam en adha dah pulang ke KL, mood harini berbunga-bunga macam kat taman. So, dia ada wat dialog "next check up kita dah boleh tau gender ke sayang"?. Ohhoo..sudah tidak sabar rupanya. Aku cakap InsyaAllah...Tapi aku rasa baby aku gegirl T____T.hahahah...Macam prediction sepupu aku si Yanie. But, kami tak kisah lelaki or perempuan. Asalkan dia lahir dia selamat dan sihat. Kalau ikut family sebelah hubby memang ramai girl, kalau sebelah aku memang ramai boy. Kalau dah tau gender nanti aku update kat sini,k.

Hari ni memang lemau sangat kat ofis. Memang dah takde mood nak kerja. So, apa planning korang cuti panjang ni?. Aku petang ni nak balik kg dah. Esok balik kg en adha and Ahad kami akan ke Perlis. Weehhhooo...Bestnya. Kami akan pergi makan nasi kenduri kawan en adha. Boleh la makan laksa kat Kuala Perlis pastu g Padang Besar ;P

Happy holiday everybody, have a safe journey,k ^_______^

p/s: cepatlah jam ke pukul 6. Sudah tidak sabar mahu pulang

Baby & Motherhood Expo-Feb & Mac

4 comments

Disebabkan dalam entry aku yang lepas ada yang tanya bila expo baby ni, so better aku share dalam ni. Ok, yang aku share ni untuk bulan depan dengan bulan Mac je. Actually aku tau expo baby ni ada lagi expo di bulan July, August...tapi yang tu macam lambat lagi and aku pun sure tak dapat g sebab tengah dalam pantang -____-

February, 2012

Motherhood Expo'12
Kuala Lumpur Convention Centre
24 Feb - 26 Feb 2012 
10.30am - 9pm

March, 2012

Maternity & Children Expo
Mid Valley Exhibition Centre
9 Mac - 11 Mac 2012
10am - 9pm

So, mula menabung dari sekarang ye. Nanti kita habiskan duit dekat expo-expo ni,k

p/s: Sudah takde mood untu bekerja. Akan bercuti ke Perlis weekend ni.Weeehhooo!!!

Persiapan untuk Baby-Apa yang patut dibeli dulu?

13 comments

Disebabkan bulan depan aku dah 5 bulan semangat untuk membeli-belah barang-barang adlyn junior adalah sangat berkobar-kobar. Aku tau ramai yang cakap tak elok beli before 7 bulan. Tapi bagi aku tu semua ketentuan Tuhan. Jangan negative sangat. Lagipun aku jenis suka beli sikit-sikit. Aku bukan orang ada-ada nak beli semua serentak. Better beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit T___T

Hobi terbaru bila layan internet of coz tengok barang-barang baby. Best kot.huhuhuh...Segala list untuk barang baby yang M2B letak aku print konon nak wat guideline. Tapi bila dah banyak sangat aku jadi blurr.hahha...Apa yang patut aku beli dulu. Aku baca blog orang beli breastpump, aku rasa patut beli breastpump dulu, tengok orang beli baby cot, tilam, baju and list go on. Tapi apa patut aku beli dulu??

Bulan depan aku memang akan start beli skit-skit. Lagipun en adha maybe ada kat KL time tu. Buatnya bulan 3 dia dah kena ke mana-mana susah sikit le aktiviti shopping kami. Sebab tu juga la aku nak beli sikit-sikit. Kalau en adha takde, memang aku paksa rela Yah teman aku.hewhewhew....

Antara barang-barang idaman hati aku
aku memang dah lama suka stroller ni
if ada rezeki memang nak beli T___T
 
InsyaAllah niat dihati memang nak fully breastfeed
Hope dipermudahkan

 
ramai advise tak perlu baby cot
so, dalam dilema nak beli or tak

Tu antara barang-barang yang ada dalam list aku and antara barang yang memerlukan budget yang agak besar. Tak confirm lagi nak beli before or after deliver. Bulan depan memang dah aim nak g expo baby yang kat KLCC Convention Center tu. Dah siap tanda kat kalendar ok.hahaha...Bulan 3 confirm akan bersesak-sesak kat Midvalley plak. Aku dah siap warning kat en adha, jangan nak gatal g outstation time-time tu. Garang ye mak buyong sorang ni *____*

So, buat masa sekarang ni masih lagi blurr apa yang nak dibeli. Pada mommy and bakal-bakal mommy tu boleh la share ye..sharing is caring kan? ^_____^

p/s:aku dah beli 2 helai je rompers untuk adlyn junior masa kat Guangzhou haritu ;P

First Trimester

10 comments

Disebabkan aku hanya berkongsi dengan korang setelah aku habis first trimester, so aku nak share la apa yang aku alami masa aku dalam first trimester. Lagipun saja nak wat entry ni supaya ada juga flashback untuk future kelak ;P

- UPT +ve pada 18 Oktober 2011...Alhamdulillah syukur ;P
- Bleeding di awal kehamilan, minggu ketiga pregnancy aku. Tapi untuk 10 hari je.
- Adlyn junior dah naik flight sewaktu 3 minggu lagi. Untung tau baby ^___^
- Aku mula morning sickness sewaktu 5 minggu -______-
- Takde selera makan nasi. Lebih suka makan benda yang berkuah macam sup, tomyam
- Aku suka makan buah
- Semua makanan western memang tak boleh terima. Sebab tu aku ban Chillis selama setahun.hahah...Baby aku tekak melayu. Senang mama dengan babah T__T
- Aku mula check up and buat buku pink seawal 8 minggu. Aku follow up di Hospital Putrajaya under skim FPP. InsyaAllah akan bersalin di sana juga.
- Aku bleeding sewaktu 7 minggu tapi alhamdulillah, baby sihat
- Heartbeat sewaktu 8 minggu. Subhanallah....Syukur ya Tuhan..
- Bangga dengan berat aku yang dah naik dari 38kg ke 40kg -______-
- Still boleh pakai Levis saiz 24 aku.hew..hew...Oohh..seluar aku low waist. So, tak ganggu baby bump aku
- Tak suka nak melawa. Muka aku suci dari sebarang alat mekap
- Pimples tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan -_______-
- Aku suka tidur. Kadang-kadang kat ofis pun aku bantai tidur.hahaha..kantoi..

Errrmm..tu je kot yang aku ingat. Alhamdulillah aku berjaya melepasi trimester pertama pregnancy aku. Dulu sempat sampai 10 minggu je. Perjalanan aku masih jauh. Doakan aku dan adlyn junior baik-baik saja ye kawan-kawan ;P

p/s: kepada follower saya, Eika Azis thanks sebab sudi tegur haritu. Terharu ada blogger tegur sampai lupa nak jemput datang ke rumah...ahakss..to Eika, jemputlah datang rumah. Boleh borak-borak panjang ;P

Garrett Chicago Popcorn

3 comments

Ok aku tau dah ketinggalan untuk publish entry pasal popcorn yang menjadi kegemaran ramai sekarang ni. Yelar, bila masa plak aku nak ke KLCC tu semata-mata nak beli popcorn. Kecuali aku menangis teresak-esak kat en adha cakap aku mengidam separa gile. Tapi mungkin juga tak dilayan sebab dia kat Terengganu -_____-. Masa aku g Singapore tu tak plak aku teringin nak mecuba.

Tapi bila di kelilingi dengan kawan-kawan yang amat baik hati dan pemurah, dapat gak aku merasa popcorn Garrett ni. Thanks to Yah sebab sudi bagi aku rasa popcorn ni. Semuanya bermula dia message aku cakap dia ada beli popcorn tu kat KLCC. Tapi dia dah sedekahkan separuh dekat officemate dia. APAKAH??Aku tambah pelik bila yang "food lovers" ni boleh bagi popcorn yang menjadi sebutan semua orang kepada officemate dia. Tambahan plak katanya dia beli popcorn tu almost RM50 -____-"". Baik makan steambot Flaming wei

Dari message Yah aku dapat agak tekak Jawa dia tak dapat menerima popcorn tu. Aku terus teruja nak rasa sebab Nad pernah review dalam blog dia di entry ini katanya sedap and dia terus addict popcorn ni. Kata Yah kalau nak rasa sila datang ke rumah dia lepas kerja. Petang tu juga lepas kerja aku terus rempit ke rumah Yah.

Kat depan pagar dia aku terus makan. Sungguh rakus mak buyong sorang ni T____T.
Apa komen aku???hahahah....wei....MANIS nak mampos. Kata Yah tahap potong kaki. Tapi pada aku dah tahap potong tangan okeh!!!Dia beli yang flavor yang Cashew CaramelCrisp. Yang lagi satu aku tak ingat tapi katanya yang tu masin tahap boleh kena darah tinggi.hahahah....Yang masin tu dia dah sedekah kat budak ofis dia. Mereka pun cakap masin gile tapi sebab Yah paksa makan, mereka terpaksa ikut sebab takut Yah garang cam rimau.hahahah...

Bawah ni flavors yang ada. What's ur choice??

Rupa memang boleh menggoda tapi MANIS

Lastly aku kutip cashew dia je T___T. Memang aku tak bleh telan and takut wei. Aku pregnant. Kang tak pasal-pasal kantoi urine test gula tinggi. Lagipun aku memang kureng benda manis-manis ni. Pada semua bakal-bakal ibu aku memang tak nasihatkan untuk makan. Kalau dah mengidam sangat cukup la rasa sikit je. Tapi tak tau la kan tekak orang lain camne. Nad cakap sedap je. Aku ni tekak kampung, Yah plak tekak Jawa. Pada Yah, tempe je paling sedap ;P

P/s: Semalam makan di Kelantan Delights.Ok..nasi tumpang tu lagi sedap and lagi murah dari Garrett ;P

Kenapa Harus Berahsia

8 comments

Masih ingat entry ini?. Lepas aku publish entry tu, ramai kawan-kawan aku call and congratulate me. But, semua tanya nape baru sekarang nak inform. Yelar, dah almost 3 bulan lebih pun aku pregnant. Kalau korang nak tau, yang tau aku pergnant cuma Yah and family aku je.

Actually aku ada problem dengan period aku after aku miscarriage haritu. Aku gugur bulan 5, ramai cakap within 1 month sure period dah normal. Tapi aku tak period dekat 3 bulan ok. Aku ada jumpa doctor but doc advise jangan stress and dia tak bagi aku makan apa-apa ubat even folic acid pun. Aku bukanlah nak terus pregnant lepas gugur tu cuma risau bila tak period. Takut ada sakit lain plak. But, akhirnya aku period gak minggu terakhir bulan 7 and aku cuma tak puasa 4 hari je yang awal-awal tu.

Aku ingat period aku dah ok. Rupanya tak juga. Adooiii...Aku cuma period sehari je bulan 9 tu. Tu pun sikit bebenor. Aku biar je. Malas dah nak g jumpa doctor.Sampai bulan 10, aku still tak period. Tapi tetiba aku macam ada instinct yang aku pregnant. T_____T

Atas nasihat en Adha, aku buat test. But the result is -ve. Tapi sebab still ada naluri yang aku macam pregnant, aku buat lagi sekali. The result is +ve. Alhamdulillah....syukur. Terus inform en adha sebab time ni dia outstation di Kedah. Petang tu terus ajak Yah g jumpa doc. Aku tak tunggu en adha sebab aku risau sebab tetiba aku bleeding. Period or ak bleeding. Terus fobia. Tambah plak aku nak g bercuti ke Guangzhou lagi sehari je. Masih ingat entry bercuti aku yang ini. Lepas aku wat blood test, tu pun lepas doc cakap wat UPT takut tak valid sebab aku dah lama tak period. Result is, im pregnant in early stage. Baru 3 weeks.

Time ni berbelah bahagi nak naik flight or tak. Tapi doc cakap it's ok asalkan aku tak gerak banyak masa kat vacation tu. Then, jangan stop ubat yang dia bagi. Bleeding di awal pregnancy adalah normal unless rasa sakit and more than 10 days rasanya.

Alhamdulillah, sepanjang bercuti aku ok. Sihat and takde mabuk-mabuk. Best kot g Guangzhou.hahahah..Nanti aku update entry Guangzhou,k. Everything is ok until 7 weeks of my pregnancy. Aku breakfast dengan en adha and kawan-kawan ofis aku. After breakfast tetiba aku rasa cam something kat panties. Aku bleeding!!! Time tu aku still tenang dan terus berdoa hope baby takde apa-apa. Nak share dengan office mate pun takde sape yang tau aku pregnant. After kerja, terus wat check up.
The worst part, doc tu terus scan and straight away cakap"ikut experience i, baby you takkan survive. Tanda-tanda nak gugur. Lagipun baby takde heartbeat". It broke our heart.. -_____-

Tapi aku dengan en adha terima seadanya cakap doc tu even dalam hati tuhan je tau. Dia suruh datang for scan another a week. Mungkin kami dah pengalaman sebelum ni, jadi kami lebih tenang. Senang dengan ayat, kalau ada rezeki insyaAlllah baby akan survive.
Next weeknya, kami terus wat appoiment di tempat lain. Doc scan and terus nampak our junior and siap nampak ada heartbeat. Alhamdulillah...Terus lega and rasa nak menangis. En adha senyum sampai ke telinga T__________T

So, lepas apa yang jadi, aku masih belum sedia nak share dengan siapa-siapa. Yah jela yang simpan rahsia sebab kalau en adha takde, dia jela harapan negara nak minta tolong. Aku tau dia sentiasa akan tolong aku. Thanks Yah *____*. Ayat kena baik, senang nak minta hadiah nanti.hahahha....

Lagipun, ini juga permintaan en adha. Dia suruh aku betul-betul dah lepas trimester pertama baru share dengan kawan-kawan. Untuk bergelar isteri mithali, aku harus patuh. huh..mithali la sangat  kan ;P

Kepasa kawan-kawan jangan kecil hati ye especially my BFF. Takde niat nak rahsia-rahsia cuma bagi kami yang pernah bersedih untuk pregnancy yang sebelum ni, maka kami lebih berhati-hati. Tak mahu terlalu excited dan harus terus berdoa semoga semuanya di permudahkan. Even sampai sekarang aku still ada rasa takut.. Doakan aku dan adlyn junior selamat sehingga ke akhirnya. Ooohh..EDD aku 30 Jun 2012. Cepatlah masa berlalu.^___^

p/s: Bulan depan aku dah 5 bulan. Apa yang aku nak beli dulu??List sangat panjang, terus blurr-____-

Kosong

1 comments

Hidup terasa amat kosong hari ini. Malam semalam en adha dah pergi ke Kemaman. Tinggallah aku dengan budak kecik dalam perut ni ;(

Semalam terjadilah cerekarama cerita sedih. Aku menangis masa en adha nak pergi. Ikut hati memang aku tak nak dia pergi. Aku memang jarang menangis and Yah sampai label aku hati kering. Tapi semalam memang rasa syahdu. Mungkin hormon mak buyong.hahaha...Mungkin juga en adha dah lama sangat tak outstation lama-lama.

Sejak dari aku miscarriage hari tu dia dah jarang tinggalkan aku sorang-sorang. Even job offshore pun dia suruh bos dia hantar orang lain. Aku pantang masa gugur tu pun dia yang jaga. Semua benda dia buat. Then, aku pregnant second time ni pun, dia jaga aku. Kebetulan pregnancy aku kali ni agak mencabar, makanya dia terpaksa handle semua kerja rumah termasuk masak, kemas rumah, basuh baju dan lain-lain. Dia juga jadi driver aku sejak aku pregnant. Serius, aku rasa amat bersyukur dikurniakan suami macam en adha. Thanks B.

So, bila pagi ni aku terpaksa bangun sorang-sorang and drive ke office, rasa sangat sunyi. Kalau tak dalam keta, mulut aku paling kecoh. Kalau senyap tu aku tidur la tu.hahaha..Bila dah terbiasa dimanjakan sebelum ni, susah sikit aku dah terasa sangat bila en adha takde. Selamat kat office aku busy, so tak terasa sangat kesedihan aku -____-

Masih bersyukur, at least en adha tak g offshore. Kalau tak sure lagi teruk cerekarama malam ni. Ni at least kami still boleh call-call waktu malam. Siang memang tak dapat la sebab HP tak boleh bawa masuk plant. Weekend pun en adha tak cuti. Bermakna cuti Chinese New Year pun aku tetap sorang. Patutnya kami plan nak bercuti ke Perlis sebab kebetulan ada kawan en adha yang berkahwin waktu tu. Nampak gayanya memang aku dok kat rumah jela. Nak drive balik kampung pun, en adha tak bagi. Bahaya katanya. Terpaksa pujuk mama datang rumah aku la nampaknya. Kalau tak memang mati kutu cuti lama-lama dok sorang-sorang kat rumah.T____T

Hope aku boleh mengharungi sebulan ni jayanya. Cepatlah masa berlalu. Tapi aku tetap kena terima kenyataan yang kerjaya en adha memang camni. Tambah plak dia dah naik pangkat. So, kerja makin banyak. Mana tau bulan depan dia terpaksa pergi Bintulu plak. So, aku memang dah kena prepare mental dan fizikal. Aku kena pandai manage kehidupan aku. Tambah plak lepas ni dah ada baby, mungkin lagi mencabar bila en adha takde nanti.

Tak mau sedih-sedih dah. Esok aku taip enrty gembira-gembira plak ok ^___^

p/s: Aku rasa macam dah bosan dengan layout blog aku. Sedang memikirkan untuk tukar layout baru :)




















2012

2 comments

*terima kasih untuk semua wish pada entry lepas. Aku akan reply semua nanti ye ;P. Sayang korang

Harini hari pertama aku kerja untuk tahun 2012. Lemau macam biskut masuk angin. Takde langsung semangat nak kerja di tahun baru ni. Asyik tengok jam bila mau pulang. Mungkin mengenangkan malam ni en adha akan berangkat ke Terengganu untuk sebulan. Sadis bila nak difikirkan. Tapi aku fikir atas tuntutan kerja aku redha dan mungkin ini juga rezeki kami untuk permulaan tahun 2012. Alhamdulillah...

So, macamana tahun baru korang semua?Aku tak tengok pun bunga api. Jangankan yang real, yang dalam tv pun aku tak tengok. Kami berdua cuma pulang ke kampung en adha je. Dah takde excited untuk celebrate New Year macam zaman muda-muda dulu. Sudah semakin dewasa kan. Wahh..still tak nak guna word tua ok.hahah..

Azam tahun ni pun masih belum difikirkan lagi.Boleh??hahaha...Ada..cuma biarlah aku je yang tau. Yang pasti tahun ini akan lebih bermakna untuk kami berdua. Semakin banyak dugaan dan cabaran untuk kami tempuh bersama. Mengenangkan 2011 yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis, aku masih mampu tersenyum sebab berjaya mengharungi segalanya dengan tabah. Berjaya juga mengharungi setahun usia perkahwinan kami disaat ramai mengatakan tahun pertama perkahwinan adalah yang paling sukar. Setelah aku melaluinya, aku akui bukan mudah. Alhamdulillah kami berjaya ^_____^

Semoga berjaya juga untuk mengharungi untuk tahun ini dan hingga ke akhirnya. Harapan untuk tahun ni cuma mahukan kehidupan yang baik dari tahun sebelumnya. Diberikan kesihatan yang baik and dapat lahirkan junior kami dengan selamat. InsyaAllah..

Walau apa pun azam korang tahun ni, aku doakan semoga semuanya tercapai ye kawa-kawan. Last but not least, buat semua followers and readers aku thanks a lot for all your support. Sudi singgah and baca blog ini. Azam tahun ni gak, aku akan update blog ni selalu. Semoga azam yang satu ni tercapai ye. ;P

p/s: sesiapa yang ada link kan blog ni kat blog korang, sila tinggalkan link. Nanti aku link korang kat sini ye.