Resepi Crispy Wantan

Nak share resepi yang senang + sedap + cepat + mudah. Waaahh..gitu dasat resepi aku ni. Aku dapat resepi ni masa tengok cerita Giada at Home but aku adjust ikut bahan yang aku ada kat rumah.

Okey, bahan-bahan adalah seperti di bawah

- Kulit wantan
- Pisang - (potong dadu)
- Chocolate Chip
- Kacang- any nuts pun boleh (badam,walnut,etc) aku guna kacang tanah yang dah diblend
- Telur- pukul sedikit & digunakan sebagai gam kulit wantan

Caranya....

Campur je semua bahan tadi kecuali telur


Letak inti dekat tengah-tengah kulit wantan
Sapukan telur keliling kulit wantan

Lipatkan menjadi bentuk segitiga
Sejukkan sekejap dalam peti dalam 10 minit


Gorengkan!!!
Siap untuk di ngap
^__^

Senangkan??
Actually korang boleh je tukar resepi inti ni ikut bahan yang ada kat rumah and apa yang korang suka. Takde coklat chip boleh tukar dengan nutella spread ke. Ikut kreativiti masing-masing.
Makan masa panas-panas. But, careful ye sebab coklat chip tu dah cair masa goreng. Silap cara boleh lebur lidah. hehehe...

Memang sedap buat time minum petang. Rangup, then coklat tu cair dalam mulut....Awwww...Sukar digambarkan dengan kata-kata.
^____^

Selamat mencuba 

p/s: Aktiviti memasak dah jadi rutin sejak dah jadi surirumah ni

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment

any idea or comment?just drop here